Al-Quran Muka Surat 560/604

[Muka surat 560/604]
[Surah at-Tahrim]
[Surah nombor 66, ayat 1-7]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

يَآ أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَآ أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ  تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ  وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh ALLAH bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, ALLAH ampunkan kesilapanmu itu) dan ALLAH sememangnya Maha Pengampun, Maha Mengasihani. {66:1}

قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ  وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ  وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda – kaffarah); dan ALLAH ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan DIA Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. {66:2}

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَن بَعْضٍ ۖ  فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنبَأَكَ هَٰذَا ۖ  قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan ALLAH menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberitahu hal ini kepadamu?” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh ALLAH Yang Maha Mengetahui, Maha Mendalam PengetahuanNYA (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi)”. {66:3}

إِن تَتُوبَآ إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ  وَإِن تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ  وَالْمَلَآئِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ

Jika kamu berdua bertaubat kepada ALLAH (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya jantung hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya ALLAH adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan Malaikat-Malaikat – juga menjadi penolongnya. {66:4}

عَسَىٰ رَبُّهُ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِّنكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُّؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, TUHANnya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, – yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, – (meliputi) yang janda dan yang anak dara. {66:5}

يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوٓا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَآئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-Malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada ALLAH dalam segala yang diperintahkanNYA kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. {66:6}

يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ ۖ  إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam Neraka): “Wahai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada Hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan”. {66:7}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: