Al-Quran Muka Surat 596/604

[Muka surat 596/604]
[Surah al-Lail]
[Surah nombor 92, ayat 15-21]

لَا يَصْلَاهَآ إِلَّا الْأَشْقَى

Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, – {92:15}

الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar. {92:16}

وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى

Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, – {92:17}

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ

Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, {92:18}

وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَىٰ

Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas, {92:19}

إِلَّا ابْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَىٰ

Hanyalah mengharapkan keredhaan TUHANnya Yang Maha Tinggi; {92:20}

وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ

Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada Hari Akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya). {92:21}

[Surah adh-Dhuha]
[Surah nombor 93, ayat 1-11]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

وَالضُّحَىٰ

Demi waktu dhuha, {93:1}

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

Dan malam apabila ia sunyi-sepi – {93:2}

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

(Bahawa) TUHANmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan DIA tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). {93:3}

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ

Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. {93:4}

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ

Dan sesungguhnya TUHANmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat) sehingga engkau redha – berpuas hati. {93:5}

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَئَاوَىٰ

Bukankah DIA mendapati engkau yatim piatu, lalu DIA memberikan perlindungan? {93:6}

وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ

Dan didapatiNYA engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu DIA memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? {93:7}

وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ

Dan didapatiNYA engkau miskin, lalu DIA memberikan kekayaan? {93:8}

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, {93:9}

وَأَمَّا السَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; {93:10}

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Adapun nikmat TUHANmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNYA. {93:11}

[Surah al-Insyirah]
[Surah nombor 94, ayat 1-8]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah KAMI telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? {94:1}

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Dan KAMI telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam) – {94:2}

الَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? {94:3}

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan KAMI telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? {94:4}

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, {94:5}

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. {94:6}

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), {94:7}

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب

Dan kepada TUHANmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). {94:8}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: