Waktu Subuh Tambah 8 Minit di Terengganu Bermula 25 Januari 2020!

Bermula 25 Januari 2020 (Sabtu), waktu solat fardhu Subuh di Terengganu MESTI ditambah 8 minit dari waktu yang sedia ada.

Hal ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali ke-10 yang baru-baru ini bersidang pada 14 Januari 2020.  Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak mufti:

Subuh Tambah 8 Minit

Saya telah menghantar email ke Pejabat Mufti Negeri Terengganu bagi mengesahkan kenyataan tersebut dan alhamdulillah, mereka telah menjawab dan mengesahkannya.

Maka telah rasmi bahawa jadual waktu solat fardhu Subuh di Terengganu perlu ditambah 8 minit dari waktu sedia ada samada yang tertera di jadual-jadual waktu solat yang diperolehi secara bercetak atau elektronik atau aplikasi mobile.

Perubahan ini hanya berlaku kepada waktu solat fardhu Subuh sahaja.  Ada pun waktu-waktu solat fardhu yang lain, ia kekal tanpa perlu dibuat perubahan.

Pada 2 Januari 2020, blog ini ada memaklumkan bahawa waktu solat Subuh di Terengganu tetap mengikut waktu asal sehingga diberitahu oleh pihak berotoriti agama.  Pemakluman tersebut dibuat setelah dibuat pertanyaan ke Jabatan Mufti Negeri Terengganu.  Tuan/puan boleh rujuk pautan berikut untuk membaca makluman tersebut dan latar belakangnya:

https://muzir.wordpress.com/2020/01/02/waktu-subuh-negeri-terengganu/

Dengan keluarnya kenyataan rasmi TERKINI ini, maka sahlah bahawa waktu solat fardhu Subuh di Terengganu ditambah 8 minit dari waktu sedia ada.  Sila sebarkan maklumat ini ke pengurusan masjid dan surau masing-masing supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Semoga ALLAH berkati.

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: