Selamat Menyambut `Eidul-Fitr 1441/2020

CYMERA_20200524_112900.jpg

`Eidul-Fitr tahun ini disambut dengan suasana yang berbeza berbanding biasa kerana negara dan seluruh dunia sedang mengalami ancaman virus COVID-19.  Semua bersederhana, tidak boleh merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada ziarah-menziarahi dan mesti mengelakkan diri dari perkumpulan ramai. Malah tahun ini tiada dikerjakan solat `Eid di masjid, tetapi di rumah masing-masing sahaja.  Ia suatu pengalaman yang unik.

Memang ramai tak suka dengan keadaan yang berlaku.  Namun, jika kita bersikap positif, sabar, tenang, redho, tafakkur dan tadabbur; kita akan dapati ujian berupa COVID-19 ini memang ada hikmahnya buat masyarakat secara umumnya dan buat kita secara khususnya.  Hakikatnya, hanya ALLAH yang lebih tahu sebab dan kesannya serta baik dan buruknya.

Apapun keadaan, alhamdulillah. Semoga ALLAH membimbingi kita di atas jalanNYA sampai kita dapat menemuiNYA dalam keadaan DIA meredhoi kita.

Selamat menyambut `Eidul-Fitr yang bahagia. Maaf zahir dan batin. Semoga amalan baik kita diterima dan diganjari oleh ALLAH hendaknya.

Shahmuzir sekeluarga,
Dungun, Terengganu.  1 Syawwal 1441.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: