Solat Jumaat Pertama PKPP – Pengalaman di Terengganu

Hari ini, 12 Jun 2020 adalah hari Jumaat pertama masyarakat awam di Terengganu dibenarkan bersolat fardhu Jumaat di masjid. Saya mengambil peluang ini dengan menghadirkan diri ke Masjid Lama Kampung Sura, Dungun, Terengganu. Berikut adalah pengalaman saya:

12.40 PM:  Saya bertolak ke masjid yang terletak 2.5 kilometer dari rumah.

12.45 PM:  Sampai di masjid kelihatan dah banyak kereta dan motorsikal.  Maknanya ramai yang dah sampai ke masjid.  Saya terus parking motor dan segera beratur di salah satu tempat masuk yang dibenarkan.  Sejadah dan pelitup muka (mask) adalah perkara penting yang diperiksa oleh AJK masjid.  Kalau tak bawa sejadah dan tak pakai pelitup muka, AJK masjid tak benarkan masuk.  Yang berumur 15 tahun dan ke bawah tak dibenarkan masuk.

Sebelum dibenarkan masuk ke bangunan masjid, AJK masjid menyembur tangan hadirin dengan sanitiser dan meminta hadirin untuk memberikan butiran diri seperti nama dan nombor telefon untuk dicatit di dalam buku daftar.  Ada petugas  wanita yang menjaga buku daftar kehadiran.  Kelihatan juga beberapa anggota PDRM dan ATM segak beruniform siap bersenjata mengawasi tempat masuk ke bangunan masjid.  Mungkin bagi tujuan menunjukkan betapa tegasnya prosedur yang mahu dilaksanakan.

Selepas itu, saya terus ke ruangan solat.  Orang dah ramai di dalam masjid ketika itu.  Masjid hampir penuh.  Padahal masuk solat Zuhur lambat lagi.  Iaitu lebih kurang 20 minit lagi.  AJK masjid menunjukkan tempat di mana saya boleh membentangkan sejadah saya.  Saya terus akur dan mengambil tempat. 

Jarak antara setiap ahli jemaah ialah lebih kurang 1 meter.  Saya lihat semuanya sangat berdisiplin. Ada yang solat sunat, berdzikir, membaca al-Qur’an di telefon bimbit dan duduk diam di tempat masing-masing dalam keadaan memakai pelitup muka.  

Dari pengamatan saya, tidak lebih 30 barisan (saf) semuanya dari depan sampai belakang.  Setiap saf boleh memuatkan lebih kurang 12-15 orang.  Anggaran saya jumlah hadirin di tingkat bawah tidak kurang dari 400 ahli jemaah masjid.  Masjid ini mempunyai 2 paras.  Paras atas saya tak pasti bagaimana keadaannya.  Mungkin boleh memuatkan 1/2 atau 1/3 dari bilangan hadirin di tingkat bawah.  Allahu a`lam.

1.05 PM:  AJK masjid menyampaikan ucapan ringkas dengan bersyukur kepada ALLAH dan ucapan tahniah kepada para hadirin kerana berpeluang hadir ke masjid setelah hampir 3 bulan tidak boleh ke masjid.  Beliau juga memberikan taklimat ringkas mengenai SOP yang mesti dipatuhi serta langkah demi langkah perkara yang akan dilakukan sepanjang bersolat Jumaat hari ini.  Ahli jemaah masjid diingatkan bahawa segala prosedur yang dijalankan sepanjang solat Jumaat ini adalah dipantau oleh Pejabat Agama dan PDRM.

Pada waktu ini juga kedengaran dari luar bangunan masjid beberapa suara orang bercakap-cakap.  Rupa-rupanya kebenaran untuk masuk ke bangunan masjid sudah ditutup.  Mereka tak dibenarkan masuk ke bangunan masjid.  Mungkin kerana telah memenuhi kuota hadirin yang mampu ditampung oleh masjid.  Ya lah, apabila duduk berjarak-jarak antara satu sama lain, maka tak ramai lah boleh masuk sebagaimana biasa. 

1.10 PM:  Azan dilaungkan bagi menandakan masuknya waktu solat fardhu Zuhur.  Selesai azan, tiada solat sunat qabliah dikerjakan.  Hal ini telah dijelaskan dalam taklimat ringkas tadi.  Jadi, ahli jemaah faham.  Khatib lalu beri salam dan duduk.  Kemudian azan kedua pula dilaungkan.

1.15 PM:  Khatib iaitu ustadz Ridhuan bin Osman memulakan khutbah sejurus selesai azan kedua.  Isi khutbah berkisarkan ketaqwaan.  Taqwa kepada ALLAH walau di mana pun berada dan setiap masa.  Itulah pesan khatib.  Khatib juga mengingatkan hadirin agar terus sabar dan patuh kepada arahan pemerintah dalam sama-sama menangani ancaman COVID-19.

1.30 PM:  Mula solat fardhu Jumaat.  Rakaat pertama imam baca ayat 18 hingga 21 dari surah al-Hasyr.  Rakaat kedua, beliau baca ayat 22-24 dari surah yang sama.

1.38 PM:  Imam beri salam.  Selesai solat fardhu Jumaat.

Begitulah pengalaman saya mengerjakan solat Jumaat pertama setelah hampir 3 bulan tidak dibenarkan ke masjid untuk mengerjakannya.  Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.  Berkat persediaan semua pihak dan kerjasama masyarakat tempatan yang baik dan memahami.  Tahniah semua!  

Semoga ALLAH angkat musibah COVID-19 ini dan menggantikannya dengan keimanan yang mantap dalam jiwa-jiwa ummat Islam.  Sungguh!  Pada setiap kejadian yang ALLAH timpakan ke atas kita, terdapat padanya hikmah dan pengajaran yang besar andai kita mahu berfikir dan mengambil iktibar.  Gunanya agar kita kembali kepada ALLAH.

Pengalaman ini dikongsi dengan tujuan mudah-mudahan ia dapat dijadikan sedikit gambaran dan panduan buat lain-lain tempat dan negeri.  Sefaham saya, negeri Terengganu antara negeri yang membenarkan masjid-masjidnya mendirikan solat fardhu Jumaat dengan SOPnya yang tersendiri.  Antaranya ialah bilangan jemaah yang boleh hadir bersolat adalah bergantung kepada kapasiti masjid masing-masing.  Tidak terhad kepada bilangan piawai tertentu.

Begitulah adanya.

Nampaknya minggu depan kena datang lebih awal lagi!  🙂

muzir.wordpress.com

12/6/2020.  Dungun, Terengganu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: