Agihan Al-Qur’an Waqaf Sempena Ramadhan 1441/2020

Alhamdulillah, baru-baru ini telah dapat dijalankan usaha untuk mengedarkan al-Qur’an Waqaf sempena Ramadhan 1441/2020 yang lalu.  Walaupun menghadapi kekangan untuk melakukan penyerahan pada tahun ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan lantaran COVID-19, namun akhirnya kesemua naskhah al-Qur’an telah dapat diagihkan.  Semoga ALLAH berkati dan balas dengan kebaikan buat para peserta dan penyumbang, aamiin…

Senarai Agihan Naskhah Al-Qur’an:

  1. Madrasah Darul Hikmah, Kg Pasir Minal, Chukai, Kemaman, Terengganu. – 20 buah
  2. Teratak Ngaji, Kg Pulau Serai, Dungun, Terengganu. – 30 buah
  3. Masjid Tahfiz Darul Hijrah, Kompleks Tahfiz dan Anak Yatim, Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. – 30 buah
  4. Surau Pusat Islam Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu. – 25 buah
  5. Masjid Bukit Besi, Dungun, Terengganu.  – 30 buah
  6. Surau Hj Osman, Sura Hujung, Dungun, Terengganu.  – 10 buah
  7. Surau Padang, Sura Hujung, Dungun, Terengganu.  – 10 buah
  8. Surau Ubudiyyah, Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu. – 10 buah
  9. Pondok Pengajian al-Quran dan Hadis, Kg Sum Sum, Janda Baik, Bentong, Pahang. – 20 buah
  10. Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum, Kampung Bukit Chengal, Batu Jong, Kuala Kerai, Kelantan. – 20 buah
  11. Sekolah Pendidikan al-Imtiyaz Bukit Teh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – 40 buah
  12. Kelas Al-Quran & Fardhu Ain Asnaf & Muallaf, Kg Sinisian, Kundasang, Ranau, Sabah – 20 buah
  13. Maahad Tahfiz Darul Masri, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.  – 28 buah
  14. Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.  – 22 buah

Kelebihan buat para penyumbang yang telah menyertai usaha ini:

  1. Mereka dapat menjimatkan wang kerana naskhah al-Qur’an dibayar pada harga yang lebih murah.  Bukan pada harga jualan sebenar di kedai-kedai buku.
  2. Mereka dapat menjimatkan wang kerana tak perlu menghantar naskhah al-Qur’an ke masjid, surau, madrasah, sekolah atau pusat-pusat dakwah.  Segala kos penghantaran samada perjalanan darat atau udara ditanggung beres.
  3. Mereka juga dapat menjimatkan tenaga dan masa.
  4. Urusan sangat mudah kerana sumbangan boleh disalurkan melalui atas talian (online).
  5. Tiada caj pengurusan.
  6. Naskhah al-Qur’an yang dipilih untuk usaha ini adalah dari edisi terkini, berkualiti, cantik dan disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia.  Tambahan pula ia mengandungi pelbagai kelebihan antaranya mempunyai terjemahan BM, panduan berwarna hukum tajwid, tafsir ringkas ayat pilihan dan lain-lain lagi.  Ciri-ciri ini diharapkan agar naskhah al-Qur’an yang disumbangkan menjadi pilihan utama para pembaca untuk menggunakannya dan memanfaatkannya.
  7. Setiap naskhah al-Qur’an dicop WAQAF dan diletakkan di tempat umum supaya naskhah-naskhah tersebut dimanfaatkan oleh ramai orang silih berganti.  Justeru, semoga sumbangan naskhah al-Qur’an tersebut menjadi suatu amalan jariah yang dapat mengalirkan pahala yang berterusan kepada para peserta, bi idznillah.
  8. Dan banyak lagi.

Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama tuan/puan, sahabat-sahabat dan ahli keluarga semua.  Semoga ALLAH berkati usaha ini, aamiin…

Jika tuan/puan berminat untuk mewaqafkan al-Qur’an, silalah hubungi saya.  Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan hajat tuan/puan, in shaa’ ALLAH.  Kos berkaitan penghantaran ditanggung oleh pihak saya.  Dari semasa ke semasa memang ada pihak yang memerlukan naskhah al-Qur’an yang baharu, lebih-lebih lagi yang mempunyai terjemahan maksud ayat al-Qur’an.  Kerana naskhah yang mempunyai terjemahan BM memang masih kurang terdapat di surau, masjid, madrasah dan pusat-pusat dakwah.  Sama-sama kita galakkan masyarakat baca al-Qur’an berserta kefahaman.

Saudaramu,

Shahmuzir bin Nordzahir, 019-3826408

http://www.wasap.my/60193826408/waqaf+alquran


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: