Pantun Jumaat & Solawat

Hidup sepakat dalam keluarga,
Anak beranak semua beruntung;
Nabi Muhammad junjungan kita,
Budinya banyak tidak terhitung.

Kalau betul sayangkan bini,
Berlembutlah kita kepadanya;
Kalau betul sayangkan Nabi,
Bersolawatlah kita ke atasnya.

Rapat-rapat suami isteri,
Cinta tersemat makin bahagia;
Nak rapat di Syurga dengan Nabi,
Banyakkan solawat ke atasnya.

Makan ubi di hujung laman,
Sakat menyakat di waktu pagi;
Solawat Nabi jadi amalan,
Hari Jumaat gandakan lagi.

Sungguh lazat menjamu pengat,
Apatah lagi bersama famili;
Malam Jumaat siang Jumaat,
Solawat ke Nabi berkali-kali.

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آل مُحَمَّدٍ

Dari Aus bin Aus (اوس بن اوس) radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari Juma`at.  Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku.”

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: