Fenomena Dedah Aib & Kutuk Beramai-Ramai di Media Sosial

Besar dosanya kalau kita sebar-sebarkan kesalahan / kesilapan / dosa / aib orang lain! Ditambah pula kutuk beramai-ramai orang yang buat salah tu. Bahkan lebih teruk lagi, habis hal lain juga diselongkar bagi menjatuhkan individu/pihak tersebut.

Begitulah yang ramai orang buat pada zaman media sosial ni. Dah jadi suatu kebiasaan pulak. Tak rasa bersalah melakukannya, malah dilakukan pula dengan seronok dan bangga. Ia tindakan yang melampau dan sangat tak wajar.

Sebagai contoh seorang lelaki tiba-tiba naik angin kerana berlaku salah faham di jalan raya, lalu dia mengamuk dan bersikap agresif terhadap orang lain. Bukankah ramai juga di kalangan kita pernah mengalami hal yang sama? Cuma kita bernasib baik, aib kita tidak disebarkan. Biasanya kita akan menyesal kan? Kita pun pelik entah macam mana darah boleh menyirap sampai begitu sekali hingga tindakan kita menjadi luarbiasa. Itulah manusia, kadang-kadang tenang, kadang-kadang bergelombang.

Kalau kalian ternampak sesuatu yang mengaibkan, janganlah rakam dan sebarkan. Kalau setakat nak rakam untuk simpanan sendiri dan menghantarnya ke pihak berkuasa untuk tindakan, itu tak mengapa. Tapi untuk menyebarkan ke media sosial lalu mengundang pelbagai reaksi buruk dan dahsyat warga internet, janganlah sekali-kali!

Sibukkan Aib Sendiri

Lihatlah kepada aibmu sendiri sebelum engkau melihat kepada aib manusia lain.

Ingat! Kita juga ada banyak aib. Kalau kita nak peluang aib kita ditutup ALLAH pada Hari Akhirat nanti, janganlah kita sewenang-wenangnya dedahkan aib orang lain. Kalau dapat tutup aib orang lain, itu suatu yang sangat bagus. Kerana setiap manusia ada harga diri dan maruah.

tutup aib muslim

Tutup aib Muslim

Masih ingat lagi seorang lelaki yang kantoi minum arak pada zaman Rasulullah? Nabi sebagai pemimpin negara hukum dia, tapi Nabi larang dan marah orang lain kutuk-kutuk si pesalah tersebut. Kerana perbuatan itu akan memudahkan kerja syaitan untuk membuat si pesalah rasa putus asa, kecewa, murung, hilang arah dan semakin jauh dari jalan kebenaran. Sedangkan Islam sentiasa memberikan harapan untuk manusia kembali ke jalan yang benar.

wp-1594339321817.jpg

Hadith sahih

Setiap sesuatu yang berlaku ada pengajaran buat kita. Ambillah iktibar. Jangan pula kita makin burukkan keadaan. Setiap yang berlaku juga perlu ditimbang atas neraca pahala dan dosa. Jangan sampai kita pula turut berdosa atas kesilapan/kesalahan orang lain. Tak pasal-pasal!

Jaga diri ye.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: