Bagilah Kucing Isi. Bukan Tulang.

Alhamdulillah. Lega baca nasihat di atas.  Saya ambil foto di atas dari laman Facebook Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT).

Rupa-rupanya tulang ikan yang kerap diberi orang kepada kucing sebenarnya boleh memudharatkan kucing tersebut. Kemungkinan boleh menyebabkan tercekik atau membahayakan organ dalaman kucing.

Selama ni memang saya tak setuju dengan kawan saya yang selalu kata kat saya “Buat apa bagi isi! Bagi tulang dahlah kat kucing tu.”

Kadang-kadang kita perlu fikir ikut ‘common sense’ je. Kita manusia ni bukan makan tulang pun. Kita cuma ratah ikut mampu je. Daging-daging yang melekat pada tulang tu kita cuba gigit, hisap, ratah dan makan. Bukan tulang tu kita ngap. Kita nak isi.

Kucing dan haiwan-haiwan lain pun begitulah lebih kurang tabiat makan mereka. Mereka lebih berhajatkan isi, bukan tulang. Kalau kita bagi tulang, mereka akan cuba cari daging di celah-celah tulang tu. Dan mereka akan gigit-gigit tulang tu untuk mendapatkan jus dari bahagian dalam tulang tu.

Kalau mereka dapat daging, mereka akan gembira dan berterima kasih.

ALLAH Asy-Syakur (الشكور) pula akan hargai dan balas dengan kebaikan buat sesiapa yang berbuat baik kepada makhluqNYA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: