Agihan Al-Qur’an Waqaf Tahun 1442H

Bermula Muharram 1442H, telah dimulakan usaha mewaqafkan al-Qur’an dengan azam dapat dijalankan sepanjang tahun 1442H, in shaa’ ALLAH. 

Sekumpulan hamba-hamba ALLAH telah berikan komitmen untuk menyertai usaha ini setiap bulan dan dimaklumi melalui WhatsApp berkenaan status usaha dan agihan al-Quran tersebut. 

Jenis al-Qur’an yang digunakan untuk usaha ini ialah al-Qur’an yang mempunyai terjemahan Bahasa Malaysia dengan harapan dapat mengajak masyarakat bukan sahaja membaca al-Qur’an tetapi juga berusaha untuk memahami mesej-mesej mulia dan penting di dalamnya. 

Berikut adalah senarai agihan:  

✅ Muharram 1442
(20/8/2020 – 18/9/2020)

  1. Masjid Kg Tanjung Agas, Pekan, Pahang – 20 buah
  2. Sekolah Pendidikan al-Imtiyaz Bukit Teh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang – 20 buah
  3. Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu – 20 buah
  4. Masjid Lama Sura Tengah, Dungun, Terengganu – 22 buah

✅ Safar 1442
(19/9/2020 – 17/10/2020)

  1. Masjid Sultan Ismail, Kg Cenering, Kuala Terengganu, Terengganu – 30 buah
  2. Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum, Kampung Bukit Chengal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan – 40 buah
  3. Masjid Balai Besar, Dungun, Terengganu – 3 buah
  4. Surau Taman Permint, Dungun, Terengganu – 3 buah
  5. Surau Abdullah Soleh, Dungun, Terengganu – 3 buah
  6. Surau Sek Men Kg Nyiur, Paka, Dungun, Terengganu – 12 buah
  7. Surau Kubur Kg Molek, Dungun, Terengganu – 2 buah
  8. Surau Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu – 2 buah
  9. Surau Muhammad Abdullah, Sg Soi, Kuantan, Pahang – 3 buah
  10. Surau al-Madinah, Taman Tas, Kuantan, Pahang – 2 buah

✅ Rabi`ul Awwal 1442
(18/10/2020 – 16/11/2020)

  1. Surau Baitun Najihin, Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu – 40 buah
  2. Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Kampung Sura Gate, Dungun, Terengganu – 10 buah 
  3. Masjid Nurul Ihsan, Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan – 20 buah
  4. Masjid Muhajirin, Batu 7, Dungun, Terengganu – 30 buah

✅ Rabi`ul Akhir 1442
(17/11/2020 – 15/12/2020)

  1. Pusat Islam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu  –  15 buah
  2. Surau Kilang Padi, Kg Sura Tengah, Dungun, Terengganu  –  15 buah
  3. Masjid Khariah, Kg Cherating, Kuantan, Pahang  –  30 buah
  4. Kelas Al-Qur’an anjuran Projek Care4Ummah melibatkan 15 kampung di daerah Kudat dan Pitas di Negeri Sabah  –  40 buah

✅ Jamadil Awwal 1442
(16/12/2020 – 14/1/2021)

  1. Baitus Solehah, Skudai, Johor  –  40 buah
  2. Maahad Tahfiz Darul Uloom, Bukit Takal, Kemaman, Terengganu  –  40 buah
  3. Masjid Lama Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu  –  20 buah
  4. Surau Hj Osman, Sura Hujung, Dungun, Terengganu  –  10 buah
  5. Surau Taman Sri Tanjung, Sura, Dungun, Terengganu  –  8 buah
  6. Surau al-Falah, SK Sura, Dungun, Terengganu  –  12 buah

✅ Jamadil Akhir 1442
(15/1/2021 – 12/2/2021)

  1. Tarbiyatul A`la Care Centre, Banting, Selangor –  20 buah
  2. Tarbiyatul A`la Care Centre, Shah Alam, Selangor  –  20 buah
  3. Surau Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Kg Tambak Paya, Melaka  –  20 buah
  4. Masjid ar-Ridwan Kg Bukit Nibong, Paya Dalam, Melaka  –  20 buah
  5. Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Kuda, Klang, Selangor  –  20 buah

✅ Rajab 1442
(13/2/2021 – 14/3/2021)

  1. Maahad Ihya al-Ahmadi, Banting, Selangor  –  140 buah
  2. Baitus Solehah, Skudai, Johor  –  20 buah
  3. Surau Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, Selangor  –  40 buah
  4. Surau ar-Raudhah, Taman Bersekutu, Dungun, Terengganu –  10 buah

✅ Sya`ban 1442
(15/3/2021 – 12/4/2021)

  1. Kelas Mengaji al-Qur’an Seliaan En Nasrun Ismail di Kampung Penarak, Langkawi, Kedah  –  20 buah
  2. Sekolah Agama Rakyat Darul Ma`arif, Kg Mesilou, Kundasang, Ranau, Sabah  –  40 buah
  3. Madrasah Darul Futuh, Sungai Buloh, Selangor  –  40 buah
  4. Misi Kebajikan Untuk Keluarga Asnaf anjuran Balai Bomba & Penyelamat Seri Manjung, Perak  –  40 buah
  5. Surau Balai Besar, Dungun, Terengganu  –  15 buah
  6. Surau as-Solihin, Mukim Sura, Dungun, Terengganu  –  10 buah
  7. Masjid Nahdatul Islam, Kg Pulau Kerengga, Marang, Terengganu  –  30 buah
  8. Surau Kg Baru Sungai Kerak, Marang, Terengganu  –  15 buah

✅ Ramadhan 1442
(13/4/2021 – 12/5/2021)

  1. Kelas Al-Quran anjuran Projek Care4Ummah melibatkan 15 kampung di daerah Kudat dan Pitas di negeri Sabah  –  100 buah
  2. Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah  –  40 buah
  3. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun, Terengganu  –  40 buah
  4. Masjid Kg Pinang Merah, Paka, Dungun, Terengganu  –  30 buah
  5. Pondok Warga Emas Darul Bayan, Kg Pinang Merah, Paka, Dungun, Terengganu  –  20 buah
  6. Surau Darussalam, Paka, Dungun, Terengganu  –  10 buah
  7. Surau Darussunnah, Kg Alor Tempoyak, Dungun, Terengganu  –  15 buah
  8. Surau Hj Osman, Sura Hujung, Dungun, Terengganu  –  5 buah

✅ Syawwal 1442
(13/5/2021 – 11/6/2021)

  1. Masjid, surau, sekolah atau tempat-tempat bersesuaian sekitar daerah Kabong, Sarawak.  Usaha agihan diamanahkan kepada ustadz Mohammad Anuwi bin Jusoh  –  140 buah
  2. Sekolah Agama Rakyat Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor  –  40 buah
  3. Surau Kubur, Gong Pasir, Dungun, Terengganu  –  20 buah
  4. Surau al-Ansar, Jalan Melati, Dungun, Terengganu  –  20 buah
  5. Agihan kepada masyarakat sasaran yang berminat menghidupkan al-Qur’an di rumah masing-masing dalam misi dakwah kelolaan en Azhar dan kawan-kawan sekitar Putrajaya  –  40 buah
  6. Islamic & Cultural Centre, Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor  –  30 buah

✅ Dzulqa`dah 1442
(12/6/2021 – 10/7/2021)

  1. Surau Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Selangor  –  40 buah
  2. Masjid Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor  –  40 buah
  3. Kelas Fardhu Ain Khairun Najah, Kg Sura Hujung, Dungun, Terengganu  –  20 buah

Dzulhijjah 1442
(11/7/2021 – 9/8/2021)

  1. Agihan oleh En Hafiz Lidin untuk masyarakat sasaran yang memerlukan al-Qur’an dalam lawatan beliau semasa mengagihkan bantuan akibat COVID19 sekitar Sitiawan, Perak  –  40 buah
  2. Pondok at-Tawwabin, Kajang, Selangor  –  40 buah
  3. ?

 

Semoga usaha ini diberkati ALLAH, diterima olehNYA, dikira ia sebagai amal jariah yang berkekalan pahalanya dan dibalas oleh ALLAH dengan kebaikan buat semua yang terlibat.  Mudah-mudahan juga ia  memberi manfaat kepada masyarakat,  In shaa ALLAH, kita sama-sama azam untuk istiqamah waqaf al-Qur’an sepanjang tahun 1442H ini. 🥰

Apa kelebihan buat yang menyertai usaha ini?

Selain mengharapkan kebaikan di sisi ALLAH yang mana ia adalah tujuan paling utama usaha ini, ia juga dapat memberi kelebihan lain kepada yang menyertai.  Antaranya ialah:

  1. Naskhah al-Qur’an dibayar pada harga yang lebih murah.  Bukan pada harga jualan sebenar di kedai-kedai buku.
  2. Dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga kerana tak perlu mengagih dan menghantar sendiri naskhah al-Qur’an ke masjid, surau, madrasah, sekolah atau pusat-pusat dakwah.  Bahkan kos penghantaran samada melalui darat atau udara ditanggung beres.
  3. Urusan sangat mudah kerana boleh disalurkan melalui atas talian (online).
  4. Tiada caj pengurusan.
  5. Tiada mark-up harga.
  6. Naskhah al-Qur’an yang dipilih untuk usaha ini adalah dari edisi terkini, berkualiti, cantik dan disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia.  Tambahan pula ia mengandungi pelbagai kelebihan antaranya mempunyai terjemahan BM, panduan berwarna hukum tajwid, tafsir ringkas ayat pilihan dan lain-lain lagi.  Ciri-ciri ini diharapkan agar naskhah al-Qur’an yang disumbangkan menjadi pilihan utama para pembaca untuk menggunakannya dan memanfaatkannya.
  7. Setiap naskhah al-Qur’an dicop WAQAF dan diletakkan di tempat umum supaya naskhah-naskhah tersebut dimanfaatkan oleh ramai orang silih berganti.  Justeru, semoga sumbangan naskhah al-Qur’an tersebut menjadi suatu amalan jariah yang dapat mengalirkan pahala yang berterusan kepada para peserta, bi idznillah.
  8. Dan banyak lagi.

Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama semua yang menyertai.  Semoga ALLAH berkati usaha ini, aamiin…

Dari semasa ke semasa memang ada pihak yang memerlukan naskhah al-Qur’an yang baharu, lebih-lebih lagi yang mempunyai terjemahan maksud ayat al-Qur’an kerana naskhah yang mempunyai terjemahan BM memang masih kurang terdapat di surau, masjid, madrasah dan pusat-pusat dakwah.  Sama-sama kita galakkan masyarakat baca al-Qur’an berserta kefahaman.

Jika anda berminat sama-sama menyertai usaha ini, silalah hubungi saya. 

Saudaramu,

Shahmuzir bin Nordzahir, 019-3826408

http://www.wasap.my/60193826408/waqaf+alquran

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: