Pernahkah kita terbayang keadaan seseorang yang sedang nazak?
Seseorang yang nazak biasanya terlalu lemah untuk menggerakkan fizikalnya. Bahkan untuk menggerakkan bibirnya sendiri pun tak mampu. Lemah ternganga mulutnya terlantar di atas pembaringan.
Tapi sedarkah kita bahawa ada ucapan yang masih boleh diucapkan dalam keadaan tidak perlu menggerakkan bibir? Ucapan itu ialah:
- ALLAH (الله)
- LA ILAHA ILLALLAH (لا إله إلا الله)
Tak percaya?
Cuba anda ucapkan ucapan di atas banyak-banyak. Ucapan tersebut tak memerlukan bibir untuk bergerak seperti ucapan-ucapan lain. Hanya pergerakan lidah sahaja. Walaupun begitu, ia tetap dapat diucap dengan sempurna dan jelas. Betul tak?
Bayangkan anda sedang terbaring sangat lemah atau dalam keadaan nazak. Dan cuba ucapkan ucapan di atas sambil mengeluarkan suara. Ucapan tersebut dapat diucapkan secara sempurna dan malah jelas dapat didengari.
Syukur kepada ALLAH atas kurniaan ini!
Perbanyakkan ucapan di atas sebagai latihan sendiri dan berusaha untuk menghayatinya.
لا إله إلا الله
LA ILAHA ILLALLAH
Maksudnya: “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”
Ia ucapan mulia dan ucapan dzikir paling utama. Perbanyakkanlah menyebutnya dan malah menghidupkannya agar apabila kita nak mati nanti, kita berpeluang mati dalam keadaan menyebutnya. Aamiin…
Semoga ALLAH berkati.
Leave a Reply