Kawan tak perlu banyak. Yang penting jujur, tulen dan setiakawan sifatnya.
Anak tak perlu banyak. Yang penting kita jaga nafkah dan didik mereka jadi manusia berguna.
Isteri tak perlu banyak. Yang penting solehah, setia dan pandai jaga kita.
Pendapatan tak perlu banyak. Yang penting halal, berkat dan cukup ada.
Makan tak perlu banyak. Yang penting halal, berkhasiat dan hilang lapar kita.
Amalan tak perlu banyak. Yang penting ikhlas, ikut syariat dan istiqamah melakukannya.
Harta tak perlu banyak. Yang penting senang nak urus dan tak menyusahkan kita waktu hisab di Akhirat sana.
Umur tak perlu banyak. Yang penting penuhi matlamat kejadian kita, iaitu beribadah menghambakan diri kepada TUHAN Yang Maha Esa, beramal soleh keranaNYA dan tidak sekali-kali mensyirikkanNYA.
Leave a Reply