Ubat Panas Baran?

 

Susah nak ubati penyakit ini. Ambil masa yang lama.

Kalau kalian perasan kalian adalah seorang yang panas baran, eloklah ubati segera. Kalau tidak, kesian pada ahli keluarga, kawan dan jiran terpaksa berhadapan dengan sifat buruk tersebut.

Antara kaedah yang saya kira sangat ampuh untuk meredakan sifat bergejolak panas baran ini ialah dengan mengenali sungguh-sungguh peribadi Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Sungguh! Mengenali Baginda, kita akan tertunduk malu mengenangkan sifat-sifat buruk yang ada pada diri kita. Betapa Baginda sangat memiliki sifat-sifat yang mulia. Menjadi contoh buat sesiapa yang mahu kembali kepada ALLAH dalam keadaan mulia.

Antara kitab yang ampuh untuk dibaca dan didengar kuliah bagi mengubat sifat panas baran ini ialah:

1) Asy-Syama’il al-Muhammadiyyah karya al-Imam at-Tirmidzi. Bacalah dari kulit sampai ke kulit. Nescaya banyak kesan terhadap diri kita terutama dalam menundukkan diri dan melembutkan hati.

2) Syarah hadith “Jangan Marah” (لا تغضب). Dalam kitab al-Wafi sebagai contoh didatangkan ulasan terhadap sifat marah dan beberapa aspek berkaitan sifat tersebut. Sebagaimana kita tahu bahawa hadith 40 karya al-Imam an-Nawawi adalah himpunan 42 hadith asas dalam agama. Ia menjadi formula teras dalam mendirikan agama dalam diri. Dan hadith “Jangan Marah” yang pendek itu menjadi salah satu dari asas tersebut. Sewajarnya kita selidiki sifat cepat marah ini.

Cubalah baca 2 kitab di atas.

Bukanlah marah itu sesuatu yang tercela. Kerana ia kurniaan TUHAN buat manusia. Ada kegunaannya. Tetapi meletakkan sifat itu bukan pada tempatnya, lekas marah, sikit-sikit marah, marah melampaui batas; ternyata ia bukan sesuatu yang mulia.

Semoga ALLAH pelihara kita dan tutup aib-aib kita yang banyak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: