Sudah Lebih Setahun Kita Diuji COVID19

Sudah lebih setahun kita berhadapan dengan ujian COVID19 ini.

Moga kita diberi tambahan pahala oleh ALLAH atas sifat sabar, redho dan taqwa yang cuba kita lakukan ketika berhadapan dengan kesusahan ini.

Moga kita juga diberi tambahan pahala oleh ALLAH atas sikap taat dan patuh serta berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan yang memperkenalkan pelbagai kaedah dan SOP bagi menangani musibah ini.  Bukan senang nak puaskan hati semua orang dan nak kawal rakyat yang ramai.  Kita berilah kerjasama.  Moga-moga itu memberi kebaikan kepada kita semua dan diberi pahala.

Moga kesukaran ini menjadi kaffarah menebus banyaknya dosa-dosa kita.

Moga ALLAH tetap memberikan kita pahala yang sempurna walaupun kita tersekat dek pelbagai peraturan yang ketat lalu menjadikan kita tak dapat melakukan ibadah secara sempurna sepanjang tempoh perintah sekatan pergerakan yang dikenakan oleh pihak kerajaan.  Sesungguhnya ALLAH Maha Kaya dan Luas Dengan RahmatNYA.

Moga kita terus berwaspada terhadap lisan dan tulisan kita sepanjang diuji dengan musibah ini.  Tahan diri dari merungut, menyumpah, mengutuk, mengumpat, menfitnah, membina persepsi negatif dan lain-lain dosa.  Sesungguhnya kita semua sedang diuji.

Moga jantung hati kita menjadi lunak dan lembut lantaran melihat kesusahan orang lain yang lebih susah dari kita.  Lalu menjadikan kita manusia yang lebih bersyukur dan dekat dengan ALLAH.  Bahkan menggerakkan kita untuk membantu orang lain.

Dan semoga kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang telah dan sedang berlaku kepada kita.  Susah atau senang, sempit atau lapang yang sedang kita hadapi ini pasti terhadap hikmah di sebaliknya.  Beruntunglah kalau kita dapat mengambil faedah berupa pengajaran dan iktibar.

Bersabarlah.

Pada kesusahan terdapat padanya selepas itu akan kesenangan.  In shaa ALLAH…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: