Berkesinambungan dari usaha tahun lepas (rujuk sini), usaha mewaqafkan al-Qur’an diteruskan lagi pada tahun 1443 ini, in shaa’ ALLAH. Sekumpulan hamba-hamba ALLAH telah memberikan komitmen untuk menyertai usaha ini setiap bulan dan dimaklumi melalui WhatsApp berkenaan status usaha dan agihan al-Qur’an tersebut.
Jenis al-Qur’an yang digunakan untuk usaha ini ialah al-Qur’an yang mempunyai terjemahan Bahasa Malaysia. Harapannya ialah untuk mengajak masyarakat bukan sahaja membaca al-Qur’an tetapi juga berusaha untuk memahami mesej-mesej mulia dan penting di dalamnya.
Apakah kelebihan buat yang menyertai usaha ini?
Selain mengharapkan kebaikan di sisi ALLAH yang mana ia adalah tujuan paling utama usaha ini, ia juga dapat memberi kelebihan lain kepada yang menyertai. Antaranya ialah:
- Naskhah al-Qur’an dibayar pada harga yang lebih murah. Bukan pada harga jualan sebenar di kedai-kedai buku.
- Dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga kerana tak perlu mengagih dan menghantar sendiri naskhah al-Qur’an ke masjid, surau, madrasah, sekolah atau pusat-pusat dakwah. Bahkan kos penghantaran samada melalui darat atau udara ditanggung beres.
- Urusan sangat mudah kerana boleh disalurkan melalui atas talian (online).
- Tiada caj pengurusan.
- Tiada mark-up harga.
- Naskhah al-Qur’an yang dipilih untuk usaha ini adalah dari edisi terkini, berkualiti, cantik dan disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia. Tambahan pula ia mengandungi pelbagai kelebihan antaranya mempunyai terjemahan BM, panduan berwarna hukum tajwid, tafsir ringkas ayat pilihan dan lain-lain lagi. Ciri-ciri ini diharapkan agar naskhah al-Qur’an yang disumbangkan menjadi pilihan utama para pembaca untuk menggunakannya dan memanfaatkannya.
- Dan lain-lain lagi.

Senarai Agihan
Berikut adalah senarai agihan:
✅ Muharram 1443 (10/8/2021 – 7/9/2021)
- Pusat Kuarantin & Rawatan COVID19, MAEPS, Serdang, Selangor – 40 buah
- Pusat Kuarantin & Rawatan COVID19, Langkawi, Kedah – 40 buah
- Masjid Balai Besar, Dungun, Terengganu – 30 buah
- Masjid Kg Gong Beris, Marang, Terengganu – 20 buah
- Surau Pantai, Kg Sura Pantai, Dungun, Terengganu – 10 buah
✅ Safar 1443 (8/9/2021 – 7/10/2021)
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor – 40 buah
- Surau Muzir, Kg Sg Jarom, Jenjarom, Selangor – 40 buah
- Masjid Kampung Nyiur, Paka, Dungun, Terengganu – 20 buah
- Masjid Kampung Beris Meraga, Chukai, Kemaman, Terengganu – 11 buah
✅ Rabi`ul Awwal 1443 (8/10/2021 – 5/11/2021)
- Masjid Kg Jambu Bongkok, Marang, Terengganu – 30 buah
- Masjid Kg Pulau Serai, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 20 buah
- Masjid Kg Durian Rendang, Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu – 25 buah
- Masjid Kg Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu – 25 buah
- Masjid Kg Sura, Dungun, Terengganu – 25 buah
- Surau Markas, Kg Che Lijah, Dungun, Terengganu – 15 buah
✅ Rabi`ul Akhir 1443 (6/11/2021 – 5/12/2021)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Abang, Dungun, Terengganu – 40 buah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura, Dungun, Terengganu – 30 buah
- Masjid Kg Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu – 20 buah
- Surau Kg Kertas Pulas, Kuala Abang, Dungun, Terengganu – 10 buah
✅ Jumadal Awwal 1443 (6/12/2021 – 3/1/2022)
- Masjid Kg Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu – 16 buah
- Surau an-Nur, Kg Balik Bukit, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu – 8 buah
- Surau Tanjung Jara, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 12 buah
- Surau Haji Jusoh, Kg Batu Tiong, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 8 buah
- Surau Teluk Bidara, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 8 buah
- Surau Pak Malik, Kg Kubang Putat, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 8 buah
- Surau Kampung Temiang, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 8 buah
- Diamanahkan kepada ustadz Herzali untuk agihan al-Qur’an ke masjid/surau/sekolah/pihak yang memerlukan di kawasan yang teruk terjejas banjir di Banting dan Sungai Buloh, Selangor dan di Temerloh, Pahang – 100 buah
✅ Jumadal Akhir 1443 (4/1/2022 – 2/2/2022)
- Diamanahkan kepada ustadz Kamal untuk agihan al-Qur’an ke masjid/surau/sekolah/pihak yang memerlukan di kawasan yang teruk terjejas banjir di Karak dan Chenor, Pahang dan di Kuala Langat, Selangor – 120 buah
- Sekolah Rendah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal, Melaka yang teruk terjejas banjir – 50 buah
✅ Rajab 1443 (3/2/2022 – 3/3/2022)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan – 60 buah
- Masjid Khairiah, Lenggeng, Negeri Sembilan – 20 buah
- Masjid al-Siddiqin, Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan – 20 buah
- Surau Desa Saga, Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan – 20 buah
✅ Sya`ban 1443 (4/3/2022 – 2/4/2022)
- Pondok Darul Uloom, Kampung Lak Lok, Jerteh, Terengganu – 100 buah
- Masjid UiTM, Dungun, Terengganu – 31 buah
- Surau Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan – 20 buah
- Masjid Pak Sabah, Kuala Dungun, Dungun, Terengganu – 20 buah
- Masjid al-Mustaqim, Pulau Serai, Dungun, Terengganu – 20 buah
- Surau Nur Hidayah, Kg Alor Tempoyak, Dungun, Terengganu – 10 buah
- Surau Hj Abdullah Soleh, Balai Besar, Dungun, Terengganu – 10 buah
✅ Ramadhan 1443 (3/4/2022 – 1/5/2022)
- SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak – 100 buah
- Maahad Darul Qur’an, Rusila, Marang, Terengganu – 40 buah
- SM Imtiaz Dungun, Terengganu – 40 buah
- Teratak Ngaji, Pulau Serai, Dungun, Terengganu – 25 buah
- Masjid as-Salikin, Jalan Sungai Udang, Dungun, Terengganu – 25 buah
✅ Syawwal 1443 (2/5/2022 – 31/5/2022)
- Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu – 60 buah
- Masjid Kampung Baru Kuala Abang, Dungun, Terengganu – 30 buah
- Masjid Lama Kampung Sura, Sura Tengah, Dungun, Terengganu – 30 buah
✅ Dzulqa`dah 1443 (1/6/2022 – 30/6/2022) – KHAS! Mushaf edisi Mujamma` al-Malik Fahd cetakan Madinah.
- Masjidil-Haram, Makkah – 120 buah saiz A5
- Masjidil-Haram, Makkah – 15 buah saiz A4
✅ Dzulhijjah 1443 (1/7/2022 – 30/7/2022) – KHAS! Mushaf edisi Mujamma` al-Malik Fahd cetakan Madinah.
- Masjidil-Haram, Makkah – 120 buah saiz A5
- Masjidil-Haram, Makkah – 45 buah saiz A4

Semoga usaha ini diberkati ALLAH, diterima olehNYA, dikira ia sebagai amal jariah yang berkekalan pahalanya dan dibalas oleh ALLAH dengan kebaikan buat semua yang terlibat. Mudah-mudahan ia juga memberi manfaat kepada masyarakat sasaran, in shaa ALLAH. Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama semua yang menyertai. Semoga ALLAH berkati usaha ini, aamiin…
Dari semasa ke semasa memang ada pihak yang memerlukan naskhah al-Qur’an yang baharu, lebih-lebih lagi yang mempunyai terjemahan maksud ayat al-Qur’an kerana naskhah yang mempunyai terjemahan BM memang masih kurang terdapat di surau, masjid, madrasah dan pusat-pusat dakwah. Sama-sama kita galakkan masyarakat baca al-Qur’an berserta kefahaman.
Jika anda berminat sama-sama menyertai usaha ini, silalah hubungi saya.
Saudaramu,
Shahmuzir bin Nordzahir, 019-3826408
Leave a Reply