Al-Quran & Terjemahan

image

[Muka surat 1/604]
[Surah al-Fatihah]
[Surah nombor 1, ayat 1-7]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. {1:1}

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. {1:2}

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. {1:3}

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). {1:4}

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. {1:5}

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus. {1:6}

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. {1:7}

  • Muka surat 2
  • Muka surat 3
  • Muka surat 4
  • Muka surat 5

%d bloggers like this: