Berkongsi Melalui Ceramah

Sebarlah dan ajaklah kepada kebaikan.

Inilah motivasinya…!

Dengan nama ALLAH.  Segala puji-pujian milik ALLAH.  Kita memuji, memohon pertolongan dan keampunan daripadaNYA.  Solawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam iaitu hambaNYA dan pesuruhNYA.  Juga solawat dan salam buat ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda serta semua yang mengikuti Baginda.

Selain menulis di blog, saya juga kadang-kadang ada diberi peluang oleh insan-insan yang mengenali saya untuk menyampaikan sedikit ceramah, nasihat atau tadzkirah di premis-premis mereka.  Tajuk-tajuknya ringan sahaja, tetapi penting.  Kadang-kadang, saya juga diminta menjadi penceramah gantian kepada penceramah asal pada saat-saat akhir.  Saya OK sahaja.  Asalkan dapat mendatangkan sesuatu yang bermanfaat buat saya dan orang lain, maka saya setuju sahaja.  “Ijlis bina, nukmin saa`ah” bermaksud “marilah duduk bersama, kita meningkatkan keimanan sebentar”.

Saya sangat berbesar hati dapat peluang berkongsi dan menyampaikan apa yang saya tahu dan pengalaman terutama kepada para pemuda-pemudi yang masyarakat harapkan mereka dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara kelak.

In shaa’ ALLAH, tuan/puan boleh menghubungi saya seperti berikut:

Atau melalui ini:

Oh, ya!  Berikut ini adalah beberapa perkongsian yang pernah dilakukan:

  • Ramadhan:  Taqwa dan Al-Quran – 24 Julai 2013 di SAM Nurul Iman, Klang.
  • Tokoh Terbilang Ummat Islam14 Jun 2013 di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.
  • Cinta & Ikut Rasulullah SAW – 1 Februari 2013 di SAM Jeram, Kuala Selangor.
  • Biografi Rasulullah SAW – 31 Januari 2013 di Surau as-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam.
  • Rasulullah SAW Sebagai Ikon Remaja – 25 Januari 2013 di SMK Shahbandaraya, Kampung Jawa, Klang.
  • Sifat & Akhlaq Rasulullah SAW – 24 Januari 2013 di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.
  • Tahsin Akhlaq – 27 Disember 2012 di Surau Roudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.
  • Tahsin Solat – 20 Disember 2012 di Surau Roudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.
  • Panduan Ibadah Haji – 29 Oktober 2012 di SAR Meru 2, Jalan Nenas, Meru, Klang.
  • Ramadhan & Taqwa – Ogos 2012 di SAM Tinggi Sultan Hisamuddin Kampung Jawa, Klang.
  • Persiapan Menghadapi Ramadhan – 19 Julai 2012 di SAM Tinggi Sultan Hisamuddin Kampung Jawa, Klang.
  • Jagalah Syariat ALLAH! – 20 Mei 2012 di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.
  • Al-Quran & As-Sunnah Entiti Mujahidin – 29 April 2012 di SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor.
  • Tahsin Solat – 20 April 2012, SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Ceramah Kesedaran Tentang Isu di Syria – SAM Sultan Salahuddin Sungai Bertih, Klang.
  • Ceramah Maulidur-Rasul – 28 Januari 2012, PERKIM cawangan Shah Alam, Selangor.
  • Jagalah ALLAH, Nescaya ALLAH Jaga Kamu –  7 Januari 2012, SMKA Kuala Lumpur, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur.
  • Nasihat Nabi Buat Remaja – 11 November 2011, SAM Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
  • Forum ‘Remaja & Cinta‘ – SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Ramadhan Menjana Kekuatan Ummah – 2 Ogos 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Nilai, Negeri Sembilan.
  • Ceramah Isra’ & Mi`raj – 1 Julai 2011 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Isu Remaja – 15 April 2011 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Adab Dengan ALLAH – 15 Disember 2010 di Surau Taman Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor.
  • Semangat Pasca Ramadhan – 29 September 2010 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Adab Pergaulan & Isu ‘Couple’ – 5 Ogos 2010 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Pengajaran Dari Isra’ & Mi`raj – 9 Julai 2010 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Cinta:  Fitrah atau Fitnah? – 12 November 2009 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Forum ‘Cinta & Masa Depan Remaja’ – 29 Oktober 2009 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Al-Quran & Kita – 11 September 2009 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Forum ‘Dilema Remaja‘ – 3 Julai 2009 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
  • Palestin & Ummat ISLAM – 16 Januari 2009 di SAM Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.

Saudaramu dalam Islam,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
019-3826408

%d bloggers like this: