Category Archives: Kekeluargaan

“Abah, Macam Mana Nak Ada Rasa Takut Kat ALLAH?”

Soalan ni ditanya oleh anak berumur 9 tahun kepada saya. Saya tersentap.

Berat nak bantu jawab.  Sebab abahnya sendiri pun ‘miskin’ dengan sifat tersebut.  Namun sebagai bapa, kita kena bantu anak dengan tujuan anak dapat panduan dan tunjuk ajar.

Tidak lain dan tidak bukan ‘supplement’ untuk menyuburkan rasa takut diri kepada ALLAH ialah dengan membaca al-Qur’an. 

Bukan baca saja-saja.  Tapi baca dengan sungguh-sungguh mahu memahaminya.  Bukan baca dengan laju dan terburu-buru seperti mahu mengejar sesuatu.  Tapi membacanya perkataan demi perkataan mahu menghayatinya.  Kerana al-Qur’an itu ialah petunjuk yang dapat membimbing manusia yang mahu mempunyai sifat taqwa kepada ALLAH.  Dan rasa takut kepada ALLAH adalah salah satu dari makna taqwa itu. 

Di dalam al-Qur’an sarat dengan mesej yang mensifatkan ALLAH.  Sifat TUHAN seluruh alam.  Dengan mengenali sifat-sifat ALLAH, manusia akan kenal lebih dekat akan keagungan ALLAH.  Bukan sahaja rasa takut, malah pelbagai rasa akan muncul dalam diri.  Hormat, segan, cinta, kagum, rindu, rendah diri, tunduk, hina dan 1001 perasaan akan menyusul juga.

Saya tanya kepada anak.  Kenapa dia ada rasa takut kepada sebahagian makhluk?  Walhal makhluk itu semuanya adalah ciptaan ALLAH belaka. Tentulah yang mencipta lebih hebat dan agung dari yang dicipta.

Saya berikan beberapa contoh sebagai latihan berfikir dan merenung.  Supaya dia mengerti bagaimana rasa takut itu boleh hadir dalam jiwanya. Rasa takut itu hadir kerana kita kenal makhluq tersebut, biasa dengar cerita mengenainya, nampak sifatnya dan dapat lihat zahir fizikalnya.

Ya!  Nak hadirkan rasa takut kepada ALLAH ialah dengan cara mengenali ALLAH.  Nak kenal ALLAH, hendaklah dengan al-Qur’an.  Ulang dan ulang baca.  Ulang dan ulang berusaha untuk memahami mesej-mesej di dalamnya. Supaya terus sebati. Supaya dapat istiqamah sampai mati.

Iman itu naik dan turun.  Supaya iman kita terus bertambah dan tidak lekas turun, al-Qur’an hendaklah dijadikan dampingan hidup.  Iman kepada perkara ghaib terutama iman kepada ALLAH dan Hari Kiamat sangat ampuh disegarkan dengan al-Qur’an. 

Selain al-Qur’an, dengan membaca serta mendengar hadith-hadith Nabi dan kisah-kisah ketaqwaan para salafussoleh juga dapat membantu kita mempunyai rasa takut kepada ALLAH.

Sesungguhnya rasa takut kepada ALLAH adalah sesuatu yang sangat tinggi dan penting untuk dimiliki.  Orang-orang soleh dan alim sejak zaman salafussoleh selalu berusaha memilikinya dan mereka meminta kepada ALLAH agar dibantu dapat memilikinya.  Berdoalah kepada ALLAH agar DIA membimbing kita.

Semoga ALLAH kurniakan kita sifat takut kepadaNYA dan mampu beristiqamah dengan sifat tersebut dalam kehidupan kita sampai mati.

Soalan anak tersebut adalah suatu tadzkirah kepada saya.  Ia mengetuk hati saya yang selalu lalai.  Mengajak saya agar memuhasabah diri akan kepentingan mempunyai sifat takut kepada ALLAH dan berusaha menerapkan sifat tersebut setiap masa dalam kehidupan.

Siapa kata anak tak boleh menasihati ibubapanya.  Inilah salah satu caranya.  Iaitu dengan membangkitkan soalan-soalan cepu emas seperti ini.  Terima kasih wahai anak.  Semoga ALLAH pelihara kita semua.


Elakkan Ajar Anak Di Tempat Awam Jika…

Jika kita jenis yang tak boleh tahan marah ketika mengajar anak, elaklah pilih tempat awam duduk mengulangkaji pelajaran dengan anak.  Kesian kat anak tu. Dan kesian juga kat diri sendiri.

Di perpustakaan baru-baru ni, saya ternampak seorang ibu yang marah-marah anaknya. Mungkin ±20 meter radius boleh dengar.  Sangat tak selesa mendengar bahasa yang digunakan. Mungkin subjek Matematik agaknya sebab butir-butir kata yang keluar dari ibu tersebut sekitar angka dan formula.

(Ini adalah perpustakaan khas untuk kanak-kanak, jadi memang tempat ni memang tak sunyi macam perpustakaan biasa.  Budak-budak berlari dan bermain di sini.)

Situasi sebegini bukanlah kali perkara saya melihatnya.  Ada beberapa kali sebelum ini. Pernah lihat di restoran, di kedai buku dan lain-lain tempat.

Saya teringatkan diri sendiri.  Dan teringat juga beberapa perkongsian rakan-rakan lain. Kebanyakannya beremosi tatkala mengajar anak-anak sendiri.  Entah kenapa?  Yang pasti semua ibubapa sangat sayang dan cinta pada anak-anak.  Jadi ia mungkin datang dari kuatnya ikatan emosi itu.  Tapi apabila sesetengah kita sedar keadaan itu, biasanya kita mulai cara jalan mengawalnya.  In shaa’ ALLAH…

Setiap ibubapa ada cara menjayakan anak masing-masing.  Tapi janganlah terlalu jelas menjatuhkan air muka anak kita dan air muka sendiri di khalayak ramai.

Sebagai manusia biasa, kita terdedah dengan banyak kesilapan dan keterlanjuran. Semoga ALLAH ampuni keterlanjuran kita semua dan tutup aib kita.  Aamiin…


Surat Dari Guru Besar Yang Berjiwa Pembimbing

Surat berikut telah ditulis oleh Guru Besar Barrowford Primary School yang terletak di United Kingdom.  Surat ini ditujukan kepada semua pelajar tahun 6 yang telah memperolehi keputusan peperiksaan sekolah tersebut.  Cuba baca dan hayati seni mendidik yang tertulis pada surat yang diterima oleh salah seorang pelajar sekolah tersebut yang bernama Charlie Owen. Continue reading


Sifat Baran Merosakkan Rumahtangga

Pemuda-pemuda yang mempunyai sifat cepat marah dan panas baran mesti ubati sifat tersebut dengan segera.  Jika tidak, nanti apabila sudah berumahtangga, isteri dan anak-anak pasti akan menjadi mangsa baran kalian itu.  

Telah banyak isteri dan anak-anak yang bukan sahaja dimarah dan ditengking akibat perkara-perkara kecil, bahkan ada juga yang telah dilempang, ditumbuk dan ditendang oleh suami akibat panas baran yang menggila.  Sungguh, ini bukan sifat suami yang mudah masuk Syurga! Continue reading


Wasiat Penting Kepada Anak-Anak

Apakah nasihat atau wasiat penting yang seharusnya kita sampaikan kepada anak-anak kita?

Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-132 dan 133 ada diceritakan contoh wasiat yang diberikan oleh para Nabi yang mulia `alahimus solatu wassalam kepada anak-anak mereka.  Justeru, sewajarnya contoh dari mereka kita jadikan ikutan dan cuba untuk amalkan.

ALLAH `Azza wa Jalla berfirman: Continue reading


Anak-anak, Inilah Agenda Utama Cuti Sekolahmu!

Cuti sekolah sudah bermula!

Kepada anak-anak, manfaatkanlah tempoh ini untuk berbakti kepada ibubapa.  Biasanya kalau waktu persekolahan kebanyakan ibubapa akan melepaskan anak-anak dari disibukkan dengan kerja-kerja rumah disebabkan oleh kasihan kerana melihat anak-anak yang sudah seharian kepenatan di sekolah.  Ditambah lagi dengan tugasan anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah.  Ibubapa faham hal ini.

Jadi, atas kelapangan yang ada sempena cuti sekolah ini, ambillah peluang untuk berbakti kepada ibubapa.  Gembirakanlah ibubapa dan ringankanlah beban mereka.  Antara yang anak-anak boleh lakukan ialah mengemas rumah, sapu sampah, lap tingkap, lap kipas, gosok lantai, cuci tandas, lipat serta kemas pakaian, susun atur perabot serta perhiasan rumah, buang habuk di siling, berkebun, urut mak ayah, hiburkan mereka dan sebagainya. Continue reading


Selagi Mereka Mahu Bermanja…

“Abah, janganlah dukung Jannah…”  Jannah meminta agar dirinya diturunkan.  Dia malu-malu.

“Kenapa?  Kan biasa abah dukung Jannah…”  Saya terus memeluknya.  Makin erat.  Tak bagi dia turun.

“Malulah cikgu nampak. Kawan-kawan nampak…”  Jannah membisikkan kepada saya sambil memuncungkan bibirnya ke arah guru dan rakan-rakannya.

Dah tahu malu dah anak ke-4 saya ni.  Umurnya kini sudah 4 tahun.

Kakak-kakaknya dan abangnya sudah melalui proses yang sama.  Kini dia pula.  Saya insaf sendiri memikirkan keadaan ini. Continue reading


Kenapa Lelaki Mudah Gemuk Selepas Kahwin?

Untuk dimuhasabah.

Contoh gambar seorang lelaki sebelum berkahwin.  Dan 11 tahun selepas berkahwin.  Membesar dan melebar.  Perut pula kedepan.  Lebih 30kg naik. Gambar ini untuk dimuhasabah kita semua.

Ramai di kalangan lelaki, pada zaman bujang dahulu tubuhnya tidaklah besar, lebar atau gemuk.  Mungkin lebih kecil kelebarannya berbanding sekarang.  Namun selepas berkahwin, keadaan tersebut berubah.  Semakin membesar dan melebar jadinya.

“Muka kau sekarang ni bagai di pam-pamlah.  Bulat sungguh!”

“Bulatnya kau sekarang ni!”

“Uit, dah nampak dah perut tu.  Makin ke depan dah tu…”

Itulah antara komen-komen yang sampai ke telinga seorang lelaki apabila berjumpa rakan lama.

Kenapa boleh jadi begitu?  Kenapa lelaki mudah menjadi lebar atau besar selepas berkahwin?  Atau dalam bahasa yang kurang didengar – menjadi gemuk? Continue reading


Waspada Bahan Bacaan Anak-Anak Kita

Terkejut saya dibuatnya apabila terlihat gambar ini.  Ia dimuatnaik oleh seorang kenalan Facebook saya.  Huruf ‘Z’ boleh diwakili zirafah, zaitun (sejenis buah), zip, Zimbabwe, Zorro (watak lagenda) dan zink dan mungkin lain-lain lagi.  Malangnya perkataan ‘itu’ (dalam gambar) pula yang dipilihnya untuk mewakili huruf ‘Z’ bagi buku seumpama ini.  Sangat tidak sesuai! Continue reading


Mata Anak Yang Melihat

“Abah, Jannah nak macam ni”  Jannah memanggil saya sambil menutup mulut dan hidungnya dengan hujung tudungnya.  Saya tertawa melihat telatahnya.

Sudah seminggu dia buat begitu.  Kali pertama dia buat begitu ialah apabila kami balik dari kuliah agama di Shah Alam.  Sejak hari itu, dia selalu meminta dengan saya dan isteri dengan aksi yang sama, iaitu dengan menutup mulut dan hidung dengan hujung tudungnya.  Kadang-kadang dengan hujung bajunya.

Rupa-rupanya dia mahukan kami belikan purdah untuknya.  Nabilah anak sulung kami yang berumur 10 tahun dan Husna yang berumur 8 tahun ada menyebut mahu memakai purdah, tapi disebabkan kami rasa belum sesuai maka kami menangguhkan dahulu permintaan mereka.

Tak sangka pula Jannah meminta perkara yang sama.  Tapi permintaannya berulang-ulang kali sampai penat kami mendengarnya.  Walaupun penat, tapi tetap terhibur dengan telatahnya itu.  Kadang-kala apabila Jannah terlupa, Faisal dengan sengaja mengingatkannya pula.  Hish, Faisal nih, bertuah sungguh. Continue reading


%d bloggers like this: