Category Archives: Kewangan

‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!

Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa.  Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja.  Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri.  Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.

Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga.  Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan.  Syukur alhamdulillah. Continue reading


Sistem Kewangan Islami VS Ribawi: Apa Bezanya?

Ramai bertanya apa perbezaan di antara sistem kewangan Islami yang dipromosi oleh ramai cendekiawan dan pendakwah, dengan sistem kewangan ribawi atau juga dikenali sebagai sistem kewangan konvensional?

Ramai juga berkata bahawa sistem kewangan Islami sama sahaja dengan sistem kewangan Ribawi/Konvensional.  Tiada bezanya, kata mereka.  Malah pengiraan, peratusan, formula dan produk hampir sama ciri-cirinya.  Yang berbeza mungkin nama-nama atau istilah-istilah berbahasa Arab yang digunakan oleh sistem kewangan Islami.  Nama-nama dan istilah-istilah berbunyi keAraban tidak boleh dijadikan hujah bahawa sistem kewangan Islami adalah halal, kata mereka.

Nama KeIslaman dan KeAraban

Saya tidak nafikan bahawa memang betul nama-nama atau istilah-istilah tidak boleh dijadikan hujah ia dikatakan berunsurkan Islam.  Dan alhamdulillah, perbezaan antara sistem kewangan Islami dengan Ribawi/Konvensional bukan setakat pada nama.  Kerana tidak semestinya seseorang yang bernama muslim, maka muslim juga sifat dirinya.  Ada juga yang bernama muslim tetapi kuat rasuahnya, kuat menipunya, kuat kezalimannya dan sebagainya.  Yang paling penting ialah intipatinya.  Samada namanya John kah, Steven kah, Wong kah, Ali kah, Umar kah atau Muthu kah; asalkan dia Muslim dan amalkan keseluruhan agama Islam, maka dia seorang yang mulia dan terbukti keIslamannya.  Continue reading


Benarkah Kenderaan Anda Memerlukan Ron97?

Kenaikan demi kenaikan telah berlaku ke atas harga bahanapi RON97.  Terkini iaitu 5/5/2011 harganya dinaikkan lagi RM0.20, menjadi RM2.90 seliter.  Ramailah yang mengeluh atas situasi ini.  Memang mahal!

Saya sejak dahulu lagi menggunakan RON95 untuk kereta dan motorsikal saya.  Setakat ini tiada masalah dengan enjin dan saya berpada dengannya.  Ini bermakna, saya akan terkecuali dari terpalit kesan secara langsung kenaikan harga bahanapi RON97 ini.  Namun, tentunya kesan secara tidak langsung tetap ada.

Dalam hati, saya tertanya-tanya ramaikah yang terkena kesan secara langsung hasil dari kenaikan ini?  Ramaikah yang menggunakan RON97?  Saya bertanya di ruangan Facebook saya akan beberapa soalan tentang hal ini.  Dan alhamdulillah, banyak maklumat-maklumat menarik telah saya perolehi dari sahabat-sahabat Facebook.  Berikut perbincangan ringkas tersebut: Continue reading


Kisah Pemuda, Takaful, Taubat & Ajalnya

Jumaat yang lalu, saya berjumpa dengan pelanggan Takaful saya untuk menyerahkan polisi Takaful beliau.  Sebelum saya sempat menerangkan secara ringkas isi kandungan polisi Takaful beliau, saya diberitahu bahawa adik lelaki beliau baru sahaja meninggal dunia minggu lepas.  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.

Muda lagi adik beliau ini.  Baru berumur 20an.  Malangnya, pemuda ini meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal di kawasan perumahan beliau sendiri.  Saya yang mendengar kisah ini berasa sangat terharu dan simpati atas kehilangan yang berlaku kepada pelanggan saya ini dan keluarga beliau.

Takaful

Menurut pelanggan saya ini, sebulan sebelum adik beliau meninggal dunia, pemuda ini sempat menguruskan pembelian sebuah rumah teres berharga lebih RM100,000.   Continue reading


Bolehkah Cukai Pendapatan Menggantikan Zakat Pendapatan?

Soalan:

Saya telah menjelaskan cukai pendapatan saban tahun. Adakah ia sudah memadai dan saya tidak perlu lagi menunaikan zakat, khususnya zakat pendapatan?

Jawapan:

Terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman, cukai dan zakat adalah dua perkara yang amat berbeza di dalam Islam.

Jika ditinjau kepada polisi Islam, Rasulullah SAW tidak pernah mengenakan sebarang jenis cukai kepada umat Islam. Bahkan baginda menegah cukai dilaksanakan. Atas dasar itulah, fuqahak seperti Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Syaikh al-Albani dan ramai lagi menegaskan bahawa cukai tidak boleh dikenakan ke atas orang Islam. Continue reading


Hukum Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat

Terdapat 2 jenis hukum terhadap orang yang enggan mengeluarkan zakat.

1.  Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkarinya.

Zakat adalah salah satu rukun ISLAM.  Ia merupakan rukun ketiga selepas 2 kalimah syahadah dan solat fardhu.  Oleh itu, para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang mengingkari kefardhuan Zakat, dia telah kufur dan keluar dari ISLAM.  Darahnya halal sekiranya tidak bertaubat.  Ini disebabkan zakat adalah di antara perkara yang diketahui kefardhuannya secara mudah.  Ia diketahui oleh orang awam dan khas (semua orang ISLAM) dan tidak perlu kepada hujah dan dalil untuk menjelaskannya.

Imam an-Nawawi rahimahullah memetik daripada al-Khattabi:

“Sesiapa yang mengingkari kefardhuan zakat pada zaman ini maka dia telah kafir dengan ijmak orang-orang ISLAM”, katanya lagi:  “Pengetahuan tentang kewajiban zakat telah tersebar secar meluas di kalangan orang ISLAM, hinggakan ia diketahui oleh orang awam dan khusus, dikongsi oleh orang alim dan jahil.  Oleh itu tidak ada alasan bagi sesiapa pun untuk membuat sebarang pentakwilan untuk mengingkarinya.  Begitu juga dengan orang yang mengingkari perkara-perkara agama yang telah disepakati oleh umat apabila pengetahuan tentangnya telah tersebar, seperti solat fardhu 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, mandi junub, pengharaman zina dan berkahwin dengan mahram dan juga hukum-hukum yang seumpamanya.”  (Syarah Muslim; 1/205) Continue reading


Perkara Asas Tentang Zakat Yang Mesti Kita Tahu

Ramai di kalangan ahli masyarakat yang saya temui masih kabur tentang zakat.  Sedangkan zakat merupakan:

>> salah satu rukun Islam yang menjadi tunggak asas agama kepada insan yang bergelar Muslim.  Mengabaikannya boleh menjerumuskan kita kepada dosa besar, dan malah keIslaman seseorang boleh dipertikaikan, na`udzu billahi min dzalik.

Berikut adalah beberapa perkara asas tentang Zakat yang perlu diketahui oleh setiap Muslim:

Pengertian Zakat

  • Dari Segi Bahasa
    • Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.  Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
  • Dari Segi Syara`
    • Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak Continue reading

Skim Pencen Akhirat

Hari ini ramai orang yang bekerja keras siang dan malam supaya kehidupan hari kemudiannya lebih terjamin.  Usia pencen biasanya pada umur 55 tahun.  Maka, sejak mula bekerja hingga umur mencecah 55 tahun itu, dia bekerja dan bekerja.

Dikerahkan tenaga dan idea untuk majikannya.  Diletakkan kesetiaan dan 1001 sifat positif kepada majikannya.  Semua arahan dipatuhi dan semua larangan dihindari.  Dia tidak berani untuk melawan majikannya kerana dikhuatiri skim pencen yang bakal dinikmati pada usia pencennya nanti terjejas dan berkurangan dari yang sepatutnya.

Dia barangkali lupa bahawa skim pencen yang diharap-harapkan itu belum tentu dapat dinikmatinya.  Dia mungkin menemui ajal sebelum sempat menikmati skim pencen itu.  Jika umur panjang pun, apalah sangat yang boleh di’enjoy’ tatkala umur sudah melebihi 55 tahun.  Badan sudah tidak segar, penyakit sudah datang menyerang, lidah sudah rasa tawar dan mata mulai kelabu.

Walaupun ia skim yang baik dan wajar kita berusaha ke arahnya, namun tidak banyak sangat harapan boleh diletakkan kepada skim pencen ini!

Cuba lihat skim pencen ini pula… Continue reading


Perbankan Islami: Antara Perlu dan Nafsu

Berpadalah, jangan tamak dan boros terhadap harta

Apabila kita mengajak agar masyarakat menyokong sistem kewangan Islami, bukan bermakna kita mengajak agar masing-masing berduyun-duyun ke institusi perbankan Islami untuk mendapatkan produk-produk terkini kewangan.  Tidak!  Bukan itu maksudnya!

Yang paling baik, sudah tentulah hidup dengan sederhana dan berpada serta rasa cukup (qanaah) dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kita.  Sifat tamak dan boros juga mestilah dijauhi dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan godaan.  Godaan di sana sini, iklan di sana sini dan promosi di sana sini akan bisa memenangkan kehendak nafsu sekiranya sifat tamak dan boros tidak dikawal.

Memenuhi Keperluan Berurusan Secara Bebas Riba

Wujudnya sistem kewangan Islami adalah supaya ahli masyarakat dapat memilih untuk berurusan kewangan secara bebas Riba di institusi perbankan dan seumpamanya.  Inilah hasrat dan cita-cita kita sejak dahulu lagi.  Dengan hidayah dan taufiq dari ALLAH, maka ramailah ummat ISLAM membuat keputusan berhijrah dari perbankan konvensional ke perbankan Islami, supaya murka dari ALLAH ‘Azza wa Jalla dapat dijauhi.

Dahulu, kita tidak mampu keluar dari belenggu sistem Riba, tetapi kini, alhamdulillah dengan adanya sistem kewangan Islami, ummat Islam kini boleh berasa lega untuk berurusan dengan pihak bank.  Kerana hal Riba sudah dicabut darinya dan diganti dengan kontrak-kontrak yang menepati syariat Islam.  Lebih melegakan, setiap proses & kontrak-kontrak ini telah dan sentiasa dipantau oleh ahli-ahli panel pengawasan syariah masing-masing, bukan sahaja di peringkat institusi bank itu, malah di peringkat bank pusat.

Kini, kita sudah boleh menyimpan wang di bank, membuat pelaburan di bank, memohon pembiayaan untuk pembelian kereta, rumah dan memohon pembiayaan modal perniagaan dengan tidak tidak melibat Riba.  Bukan itu sahaja, malah kita juga boleh melakukan pajak gadai melalui kaedah ar-Rahnu, berinsurans melalui skim Takaful dan bermacam-macam lagi.

Awasi Nafsu

Namun, di sini ingin saya berpesan kepada diri saya dan orang lain supaya kita tidak sewenang-wenangnya melibatkan diri dengan sistem perbankan Islami.  Dengan adanya sistem perbankan Islami ini, seolah-olah masyarakat mula memandang tidak kisah dengan apa-apa produk yang diperkenalkan, asalkan ia diperkenalkan oleh bank Islami, maka ia baik fikir mereka. Continue reading


VIDEO – Pembohongan Sistem Perbankan & Mata Wang

Subjek ini sudah lama saya ikuti secara permukaan sahaja.  Dan saya rasa persembahan berikut adalah antara yang paling menarik dan ringkas untuk difahami (Unsur kartun dan sedikit jenaka).  Ia menerangkan bagaimana bohongnya sistem perbankan yang wujud kini.  Sila ikuti video ini (saya cuma setuju dengan mesejnya sahaja.  Adapun imej, bahasa dan lain-lain yang bertentangan dengan nilai agama tidak saya setujui):

Apa nak buat?  Sebagai orang awam, memang kita tidak mampu hendak buat apa-apa.  Tetapi, dengan kesedaran ini, mungkin kita boleh lebih berhati-hati agar jangan terlibat sangat dengan sistem perbankan.  Jika mampu, jauhinya.  Saya setakat ni masih belum mampu menjauhinya 100% 😦 . Continue reading


%d bloggers like this: