Category Archives: Takaful

MLTT vs MRTT – Kelebihan & Kekurangannya

Kini, apabila masyarakat ingin membeli hartanah, mereka sudah mempunyai kecenderungan untuk bertanya mengenai MLTT (Mortgage Level Term Takaful) sebagai alternatif kepada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful).  Ramai sudah mulai tahu akan kebaikan MLTT.

Saya mula mendengar mengenai MLTT ini sekitar tahun 2004 ketika menghadiri seminar kewangan Milan Doshi di Kuala Lumpur.  Seorang pembentang telah memperkenalkan hadirin suatu perkembangan terkini dalam melindungi pembiayaan hartanah mereka.  Ia dikenali sebagai MLTA (Mortgage Level Term Assurance) dan ML (Mortgage Life).  Ia suatu istilah baru yang digunakan sebagai alternatif kepada MRTA (Mortage Reducing Term Assurance).  Ketika itu, pengetahuan masyarakat mengenai pakej ini sangat rendah dan belum digunakan secara meluas. Continue reading


Genap 7 Tahun Bersama Takaful IKHLAS

Alhamdulillah, segala puji-pujian untuk ALLAH, Rabb sekalian alam.

Hari ini 1/5/2012, telah genaplah 7 tahun saya bersama dengan syarikat Takaful IKHLAS Sdn Bhd sebagai Perunding/Ejen Takaful sepenuh masa.  Banyak kisah pahit dan manis sepanjang tempoh ini.  Apa yang saya harapkan moga-moga itu semua dikira oleh ALLAH `Azza wa Jalla sebagai sebahagian daripada amal-amal soleh supaya ia dapat diambil manfaatnya pada Hari Akhirat nanti, amin.

Terima kasih saya ucapkan buat kesemua rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan menyokong saya pada awal kerjaya saya sebagai Perunding Takaful.  Pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan tips yang kalian kongsikan telah banyak menjadikan diri ini bersedia dengan cabaran.

Terima kasih yang teramat sangat buat kesemua para pelanggan saya yang percaya dan menyokong saya sejak awal penglibatan saya di dalam kerjaya dan perniagaan ini.  Tanpa kalian, siapalah saya.  Kepercayaan dan sokongan kalian yang berterusan itu telah menguatkan saya zahir dan batin.

Semoga ALLAH membalasi kebaikan kalian dengan kebaikan dari sisiNYA, amin…

“Ingat Takaful, Ingat Shahmuzir”

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
019-3826408
Perunding Takaful
Takaful IKHLAS Sdn Bhd

IKHLAS Medic Assist Takaful

Apabila tuan/puan tertimpa musibah sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital, pernahkah tuan/puan terfikir akan kos perubatan yang terpaksa dibayar?  Kos perubatan pada hari ini bukanlah murah dan ia boleh menjadi beban kepada seseorang apabila terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

Dengan sebab itulah Takaful IKHLAS Sdn Bhd memperkenalkan IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT).  Tujuannya ialah supaya peserta yang menyertai pelan ini dapat berasa tenang dan tidak khuatir akan kos perubatan tersebut kerana pelan ini menyediakan perlindungan kepada kos-kos perubatan dan pembedahan hospital.

Pelan ini terbuka untuk disertai oleh semua dari umur 30 hari hingga yang berumur 60 tahun.  Maklumat pelan secara terperinci beserta kadar caruman/bayaran boleh dirujuk ke sini: Continue reading


Pertanyaan Takaful

Sila gunakan borang ‘online’ ini untuk bertanya apa-apa hal tentang Takaful.  Terima kasih.


Kisah Pemuda, Takaful, Taubat & Ajalnya

Jumaat yang lalu, saya berjumpa dengan pelanggan Takaful saya untuk menyerahkan polisi Takaful beliau.  Sebelum saya sempat menerangkan secara ringkas isi kandungan polisi Takaful beliau, saya diberitahu bahawa adik lelaki beliau baru sahaja meninggal dunia minggu lepas.  Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.

Muda lagi adik beliau ini.  Baru berumur 20an.  Malangnya, pemuda ini meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal di kawasan perumahan beliau sendiri.  Saya yang mendengar kisah ini berasa sangat terharu dan simpati atas kehilangan yang berlaku kepada pelanggan saya ini dan keluarga beliau.

Takaful

Menurut pelanggan saya ini, sebulan sebelum adik beliau meninggal dunia, pemuda ini sempat menguruskan pembelian sebuah rumah teres berharga lebih RM100,000.   Continue reading


IKHLAS Warga Emas Takaful (terhad sehingga 15 Mei 2010)

Pelan eksklusif IKHLAS Warga Emas Takaful ini hanya dibuka 15 April 2010 – 15 Mei 2010!

Pelan yang memberi perlindungan untuk warga emas berumur 50 – 70 tahun ini insyaAllah bertujuan membantu mereka mengendalikan hidup dengan sempurna pada usia lanjut dan meringankan beban keluarga peserta akibat kematian yang tidak dijangka.

Produk simpanan yang hanya RM50 sebulan ini adalah sumbangan istimewa Takaful Ikhlas di kala kegawatan ekonomi ini, selain bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran pelaburan di kalangan warga emas. Continue reading


Takaful Ikhlas Terbaik Lagi!!!

Saya sebagai salah seorang ejen Takaful Ikhlas yang berbangga dengan kejayaan ini, alhamdulillah

Hari ni, saya mendapat berita melalui seorang teman di Facebook bahawa Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua, alhamdulillah.

Saya selalu juga ditanya, “Syarikat Takaful manakah yang terbaik?”  Dengan yakin saya akan menjawab, “Setakat yang saya tahu, Takaful Ikhlas Sdn Bhd adalah syarikat Takaful terbaik!” 

Jawapan ini bukanlah lahir hanya dari kerana saya merupakan ejen Takaful Ikhlas.  Tetapi ia lahir dari pengalaman saya yang berada di dalam industri Takaful ini selama 9 tahun.  Dan pengalaman selama hampir 5 tahun dengan Takaful Ikhlas Sdn Bhd.  Tempoh pengalaman ini telah memberi peluang kepada saya mengenali secara mendalam selok-belok industri Takaful dan persaingan di dalamnya.

Continue reading


TAWARAN Dari Takafulonline.net Sempena Tahun Baru!

Assalamu’alaikum…
Bersempena Tahun Baru Hijrah 1431H dan beberapa hari lagi akan masuk tahun baru 2010M, Takafulonline.net dengan sukacitanya ingin memaklumkan tawaran:
  • DISKAUN 30% bagi caruman bulan pertama Takaful
  • Hadiah GOODIE BAG

Pelan-pelan Takaful yang terlibat di dalam promosi ini adalah:

  1. IKHLAS SAVINGS TAKAFUL
    www.takafulonline.net/ist.php
  2. IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC
    www.takafulonline.net/ietc.php
  3. IKHLAS WANITA TAKAFUL
    www.takafulonline.net/iwt.php

Tempoh promosi ini sah sehingga 31 JANUARI 2010.

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya atau taip sahaja di dalam borang online yang disediakan di dalam link2 di atas.

Sekian, terima kasih.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
019-3826408
5 Muharram 1431H
22 Disember 2009M

(Promosi ini bukan ditawarkan oleh syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd, tetapi ia adalah inisiatif saya sendiri yang merupakan Financial Advisor yang berdaftar dengan syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd)


Sekitar Majlis Anugerah Takaful IKHLAS

Minggu lepas 29 Mei 2009, satu majlis telah diadakan oleh Takaful IKHLAS Sdn Bhd bagi meraikan penerima-penerima anugerah bagi kategori Takaful Keluarga dan Takaful Am.  Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor.

Menerima Anugerah As-Sabiqun

Menerima Anugerah As-Sabiqun

Terima kasih kepada Nik Faizul, Pengurus Unit Al-Faisal Agency kerana berkongsi gambar yang telah dirakam sepanjang majlis tersebut 😉 .


Kematian Kita dan Anak Isteri Yang Ditinggalkan.

Semalam saya menerima berita kematian salah seorang imam Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor.  Pastinya pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang besar buat masyarakat di sekitar tempat beliau tinggal dan berkhidmat.

Dan yang paling pasti, pemergiannya sangat dirasai oleh ahli keluarga al-marhum.  Apatah lagi beliau meninggalkan 7 orang anak dan seorang bayi yang masih di dalam kandungan.  Malah, isteri beliau tidak pula bekerja.  Ini bermakna almarhum imam tersebut merupakan tunggak keluarga yang menjadi jatuh-bangun keluarga tersebut.  Tanpanya, pasti awanan kelabu datang menyelubungi keluarga beliau.

Saya sempat memberikan beberapa ringgit apabila sampul wang datang untuk dikutip supaya saluran kewangan dapat diberikan kepada keluarga waris sebagai bantuan dan pertolongan sesama muslim.  Pastinya, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang lain akan turut membantu meringankan beban keluarga almarhum samada dalam bentuk wang ringgit atau lain2 bentuk.  (semoga ALLAH menerima amalan2 kita, amin)

Saya tertanya-tanya, pada hari ni ya orang ramai berasa simpati dengan pemergian beliau dengan memberikan bantuan kewangan.  Esok dan lusa bantuan masih akan diberi.  Bolehlah digunakan wang tersebut untuk membeli keperluan keluarga.  Bagaimana pula bulan depan?  Bulan2 yang akan datang?  Tahun2 mendatang?

Saya teringat pengalaman saya semasa berumur 13 tahun yang terpaksa menerima hakikat kematian ayah.  Continue reading


%d bloggers like this: