
Assalamu`alaikum…
Nak dapatkan sokongan daripada tuan/puan sahabat-sahabat semua boleh?
Jumlah semua RM100. Kalau nak bantu sebahagian pun boleh. Sebut je nak A, B atau C.
Semua ni untuk PASTI Khairun Najah, Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
Kalau dah bank-in, mesej saya ye. Saya nak rekod dan pantau status terkini.
Terima kasih. Semoga ALLAH berkati.
Shahmuzir Nordzahir
019-3826408
Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
==========
Lanjutan dari status FB yang ini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158628714783707&id=656733706
STATUS
20 September 2020 (Ahad): Kutipan telah dapat mencapai sasaran dan ditutup. Namun sumbangan C iaitu infaq umum untuk PASTI masih terus dialu-alukan.
21 September 2020 (Isnin): Buat tempahan pembelian meja pelajar sebanyak 60 buah.
29 September 2020 (Selasa): Sebanyak 60 meja pelajar yang telah ditempah telah dihantar ke PASTI Khairun Najah, Sura Hujung, Dungun.
2 Oktober 2020 (Jumaat): Gotong-royong pemasangan meja oleh guru-guru dan ibubapa.
2 Oktober 2020 (Jumaat): Mula membuat pembelian bagi menjayakan usaha mengadakan ruang bacaan mini untuk PASTI Khairun Najah, Sura Hujung, Dungun.
8 Oktober 2020 (Khamis): Kesemua pembelian dan pesanan barangan serta buku bagi menyiapkan ruang bacaan mini telah lengkap sampai dan dikumpulkan.
11 Oktober 2020 (Ahad): Penghantaran dan menyiapkan ruang bacaan mini yang terdiri dari 2 buah rak buku, 1 set puzzle mat dan lebih 40 buah buku bacaan yang sesuai dan menarik untuk kanak-kanak.

Bagi pihak JIBG, pengurus, para guru, ibubapa dan murid-murid PASTI Khairun Najah, Sura Hujung, Dungun; saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari pelbagai pihak bagi menjayakan usaha ini. Semoga ALLAH balas dengan kebaikan, aamiin…
SELESAI! 🤗😃🥰