Tag Archives: al-quran
Skrip Jawapan Oleh Pelaku Syirik & Bid`ah
ALLAH Jalla wa A`la mengarahkan sekalian manusia supaya membulatkan penyembahan hanya kepada ALLAH dan jangan memuja, memohon dan menyembah selain ALLAH. Ini adalah suatu mesej yang sangat penting untuk dijadikan panduan dan penghayatan kita.
Namun, ada sesetengah manusia telah menjadikan selain ALLAH tempat mereka mengadu, memohon dan memuja. Mereka beralasan bahawa mereka melakukan hal tersebut bukanlah untuk menyembah selain ALLAH, tetapi sebagai perantara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan menjadi pemberi-pemberi syafa`at.
Perhatikanlah ayat-ayat berikut yang dipetik dari al-Qur’an bahawa ALLAH berfirman:
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَمَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ
“Sungguh! Ingatlah! Agama ini (penyembahan dan pengabdian) hanyalah untuk ALLAH!
Dan orang-orang yang mengambil auliya’ (pelindung dan pemberi pertolongan) selain ALLAH (sambil mereka berkata):
Tidak kami sembah mereka melainkan supaya mereka dapat mendekatkan diri kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya.“
(Surah az-Zumar, 39:3)
Dan firman ALLAH:
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ
هَٰؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللَّهِ
“Dan mereka menyembah selain ALLAH, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata:
Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi ALLAH.”
(Surah Yunus, 10:18)
Itulah antara jawapan-jawapan mereka.
Jawapan-jawapan tersebut adalah jawapan-jawapan yang tidak ALLAH redhai. Ia tidak dapat dijadikan alasan bagi memperbolehkan perbuatan mensyirikkan ALLAH dan melakukan bid`ah. ALLAH menyuruh seluruh manusia agar hanya menyembah, memohon dan mengabdikan diri kepadaNYA sahaja! Jelas dan tegas! Tiada alasan!
Tentu banyak sekali pengajaran kenapa ALLAH meletakkan jawapan-jawapan manusia salah ini di dalam al-Quran.
Antaranya mungkin supaya kita jangan tergolong ke dalam golongan manusia yang jenis ini. Dan juga untuk memberitahu mengenai sifat manusia yang sejak dahulu memang ada yang memberikan alasan atas perbuatan salah mereka kononnya mereka buat itu semua atas alasan mahu dekatkan diri kepada ALLAH. Sifat begini akan ada pada manusia setiap zaman. Ya, memang ada!
Dan mungkin juga untuk mengkhabarkan kepada kita bahawa ia memang suatu skrip jawapan yang diberikan oleh para pelaku syirik dan bid`ah bagi menghadapi teguran para mukhlisin terhadap mereka. Seolah-olah jawapan mereka sudah menjadi skrip yang akan diucapkan sepanjang zaman.
- “Kami bukannya sembah kubur! Kami hanya memohon supaya ruh para wali dapat sampaikan hajat kami kepada ALLAH!”
- “Kami bukannya puja dan sembah para wali! Kami hanya menjadikan mereka sebagai perantara sahaja. Kami tetap minta dengan ALLAH sebenarnya!”
- “Kami bukan memohon kepada Nabi dan para wali yang telah mati! Kami hanya memohon syafaat daripada mereka!”
- “Kami bukan sembah pun kepada Nabi atau para wali! Kami melakukan perbuatan-perbuatan ini semua supaya mereka (Nabi dan para wali) dapat mendekatkan kami kepada ALLAH! Itu sahaja hasrat kami! Salahkah?!!”
Itulah antara skrip yang berulang-ulang diucap oleh pelaku syirik dan bid`ah apabila mereka ditegur.
Hampir sama dengan skrip yang dipetik dari al-Quran di atas bukan?
Semoga kita tidak termakan dan terhasut dengan jawapan-jawapan sebegini lalu redha dengan perbuatan syirik dan bid`ah mereka. Sesungguhnya jawapan yang diberikan oleh para pelaku syirik dan bid`ah tidak dapat diterima sebagai suatu jawapan yang kukuh dan sah.
Yang salah tetap salah. Mana-mana perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam dari segi ibadah dan tidak dicontohkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam tidak boleh kita terima dan redha ia sebagai amalan agama, walau kelihatan pada zahirnya ia baik diamalkan, apa salahnya diamalkan dan lain-lain seumpamanya.
Tekadkan dalam qalbu kita bahawa hanya kepada ALLAH lah kita memohon, menyembah, beribadah dan mengabdikan diri; zahir dan batin.
Semoga ALLAH menunjukkan kita semua akan jalan yang diredhaiNYA dan moga dibimbing kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…
Wasiat Penting Kepada Anak-Anak
Apakah nasihat atau wasiat penting yang seharusnya kita sampaikan kepada anak-anak kita?
Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-132 dan 133 ada diceritakan contoh wasiat yang diberikan oleh para Nabi yang mulia `alahimus solatu wassalam kepada anak-anak mereka. Justeru, sewajarnya contoh dari mereka kita jadikan ikutan dan cuba untuk amalkan.
ALLAH `Azza wa Jalla berfirman: Continue reading
Qari Kegemaran Saya
Qari kegemaran saya ialah:
- Sheikh Mahmud Khalil al-Husory (محمود خليل الحصري)
- Sheikh Sa`ad Sa`id al-Ghamidi (سعد سعيد الغامدي)
- Sheikh Abdul Rahman as-Sudais (عبد الرحمن السديس)
- Sheikh Mishary Rashid al-Afasi (مشاري بن راشد العفاسي)
Berikut adalah beberapa video bacaan mereka dari youtube: Continue reading
Utrujjah, Tamar, Raihanah, Hanzolah: Kita Ibarat Apa?
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam ada memberikan suatu perumpamaan mengenai seseorang yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim dan bagaimana hubungan mereka dengan Al-Quran. Baginda mengibaratkan mereka seperti buah utrujjah, buah tamar, raihanah dan buah hanzolah. Continue reading
Kenapa Al-Quran Diturunkan?

Dapatkah tujuan Al-Quran diturunkan itu tercapai jika kita membacanya dengan tanpa memahami maksudnya?
Di dalam Al-Qur’an telah disebutkan secara jelas mengapa ia diturunkan.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Qur’an yang telah menerangkan antara tujuan ia diturunkan untuk kita sama-sama hayati:
1. Petunjuk bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
“Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari ALLAH dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”
Cara Nabi Muhammad Membaca Al-Quran

Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia…
Di dalam tulisan sebelum ini bertajuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran telah disenaraikan beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai anjuran, galakan dan kelebihan berkaitan Al-Quran. Semoga dengannya kita semakin bersemangat untuk mendampingkan diri kita dengan Al-Quran, in shaa’ ALLAH.
Berikut pula diterangkan cara Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran. Tujuannya adalah supaya kita dapat mengetahui, lalu cuba meniru dan mengikuti cara terbaik tersebut. Hadith-hadith di bawah telah disalin dari kitab asy-Syama’il al Muhammadiyyah karya al-Imam at-Tirmidzi dan kitab Riyadhus Solihin karya al-Imam an-Nawawi – rahimahumallah. Continue reading
Janji ALLAH Ta`ala Buat Mukmin Di Dalam Syurga
ALLAH Ta`ala berfirman:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ . ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ . وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ . لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِين
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air – mata air terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.”
(Surah Al-Hijr, 15 : 45-48)
ALLAH Ta`ala berfirman: Continue reading
Si Sufi, Haraki, Tablighi & Salafi

Siapakah ALLAH?
Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran telah memberitahu kita siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifat ALLAH. Di dalam tulisan ini akan diterangkan secara ringkas siapakah ALLAH sebagaimana yang telah diceritakan sendiri oleh ALLAH di dalam al-Quran iaitu kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad (semoga solawat dan salam ALLAH ke atasnya).
Berikut disenaraikan beberapa ayat yang biasa dibaca oleh orang-orang Islam beberapa kali dalam sehari. Ayat-ayat ini dibaca berulang-ulang kali supaya antara hikmahnya ialah orang-orang yang beragama Islam dan beriman dengan ALLAH faham dan menghayati dengan sungguh-sungguh akan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatNYA.
Siapakah ALLAH dan Bagaimana Sifat-sifatNYA?
Surah pertama di dalam al-Quran iaitu surah al-Fatihah ada menceritakan siapakah ALLAH dan bagaimanakah sifat-sifatnya. Surah ini dibaca berulang-ulang kali oleh umat Islam ketika mengerjakan ibadat solat. Paling kurang 17 kali dalam satu hari. Lihat ayat 2-5 yang dari surah tersebut yang menceritakan siapakah ALLAH: Continue reading