Tag Archives: anak yatim

Ramadhan: Jangan Cemarkan Hati Anak-Anak Yatim & Penuntut Ilmu Agama

Seorang anak yatim melukis gambar ibunya lalu tidur di sampingnya…

Kebiasaannya, apabila munculnya Ramadhan, anak-anak yatim dan penuntut-penuntut ilmu (khususnya penghafaz al-Quran) akan diberikan perhatian oleh masyarakat untuk berbuat kebajikan kepada mereka.  Alhamdulillah, itulah sebaik-baiknya.  Sewajarnya kita semua berlumba-lumba berbuat kebajikan demi mendapatkan keredhaan ALLAH setiap masa, apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Apa yang mahu disentuh dalam tulisan ini ialah mengenai cara masyarakat berbuat kebajikan kepada golongan yang kita sama-sama kasihi ini.  Tindakan membawa anak-anak yatim dan penuntut-penuntut ilmu agama ke majlis-majlis besar seperti di hotel-hotel atau restoran-restoran besar mempunyai implikasi negatif terhadap mereka yang selama ini telah ditarbiyah dengan baik oleh guru-guru masing-masing. Continue reading


Strategi Yang Baik Oleh Peniaga Untuk Berbakti

Beberapa barangan yang disumbangkan oleh pengguna

Gambar di atas saya rakam di Kota Terengganu pada 2 Syawwal yang lalu.  Saya singgah ke kedai ini kerana pada hari tersebut semua kedai runcit di bandaraya tersebut tutup.  Dan disebabkan kedai tersebut lengang, saya sempat berbual sebentar dengan juruwang kedai tersebut.

Menurut beliau, Continue reading


Belalah Nasib Anak Yatim, Jangan Biarkan Mereka

Bismillah walhamdulillah…

Sudah bertahun saya dan tuan/puan menempuhi kehidupan berkeluarga.  Mempunyai pekerjaan, rumah, kereta, simpanan di bank, harta dan kasih sayang dari insan tersayang samada dari isteri, suami, anak-anak ataupun ibubapa.  Segala pujian bagi ALLAH atas segala nikmat itu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan tuan/puan sekalian agar merenung akan nasib anak-anak yatim yang sudah kematian insan yang sepatutnya menjaga mereka.  Mereka telah hilang kasih sayang ibu dan bapa.  Insan yang sepatutnya menjadi tempat untuk mereka berteduh atau bergantung nasib telah pergi buat selama-lamanya.  Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang penuh kasih sayang dan perhatian seperti anak-anak kita.

Bukan sahaja kehausan kasih dan sayang, malah nasib dan masa depan mereka seakan gelap tanpa masyarakat mahu membantu mereka.  Mereka tinggal di rumah anak-anak yatim beramai-ramai.  Ditinggalkan di sana.  Mereka menangis di sudut-sudut bilik.  Mereka tertanya-tanya adakah masih ada cahaya untuk mereka pada esok hari?  Namun, tiada siapa yang peduli.  Sesiapa yang pernah menjadi anak yatim, dia tahulah apa rasanya… sukar untuk disusun dalam ayat dan kata-kata. Continue reading


%d bloggers like this: