Tag Archives: anak

Wasiat Penting Kepada Anak-Anak

Apakah nasihat atau wasiat penting yang seharusnya kita sampaikan kepada anak-anak kita?

Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-132 dan 133 ada diceritakan contoh wasiat yang diberikan oleh para Nabi yang mulia `alahimus solatu wassalam kepada anak-anak mereka.  Justeru, sewajarnya contoh dari mereka kita jadikan ikutan dan cuba untuk amalkan.

ALLAH `Azza wa Jalla berfirman: Continue reading


Anakku, Buatlah Perkara Baik dan Ajaklah Adikmu & Kawanmu Sama!

Selesai mengajar Nabilah dan Husna mengaji al-Quran, saya membacakan hadith tentang kebaikan menuntut ilmu dan kelebihan menyebarkannya.  Ada empat hadith telah saya baca.  Tapi yang paling menyeronokkan saya dan anak-anak ialah hadith berikut:

Dari Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr al-Ansori al-Badri radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”  (HR Muslim)

Nabilah dan Husna tersipu-sipu malu apabila saya memberikan beberapa contoh tentang bagaimana mereka berdua boleh mengaplikasikan hadith di atas samada di rumah, di sekolah ataupun di rumah transit tempat mereka menumpang. Continue reading


Dua Sebab Utama Orang Segera Berhenti Merokok


Berhenti sekarang! Jangan tangguh esok!

Bukan senang hendak berhenti dari tabiat merokok.  Bagi saya yang tidak pernah merokok, mungkin senang untuk menasihatkan kenalan-kenalan saya agar berhenti merokok.  Hakikatnya dalam hati mereka memang mempunyai niat dan azam untuk berhenti merokok.  Namun, mereka selalu gagal akibat banyak faktor.  Antara faktor itu ialah merokok sudah menjadi tabiat yang sukar ditinggalkan, ketagihan dan juga dorongan kawan-kawan.

Kenaikan kadar cukai ke atas produk tembakau dan kempen ilustrasi bahaya rokok yang tertera di atas kotak rokok gagal membuatkan para perokok meninggalkan tabiat yang sudah sebati dengan kehidupan mereka.  Namun, ada juga yang berjaya berhenti dari merokok.  Sepemerhatian saya, ada dua faktor yang memberikan mereka motivasi yang lebih untuk berhenti merokok. Continue reading


Doa Dari Al-Quran Untuk Kebaikan Zuriat & Keluarga

Ibubapa yang soleh boleh memberikan contoh yang baik kepada anak2

Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia.  Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya.

Apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-anak supaya menjadi soleh?

Ada banyak cara.  Yang pertama dan yang paling utama ialah ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang soleh dan harus memberikan contoh yang baik.  Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan perbuatan dari ibubapa mereka.  Mata dan segala pancaindera anak sentiasa meniru perbuatan ibubapa.  Dari yang kecil-kecil hingga yang besar-besar semuanya dirakam oleh anak-anak akan perbuatan ibubapa mereka.  Justeru, ibubapa mesti menjaga akhlaq sebelum mengharapkan anak menjaga akhlaq mereka.

Yang kedua ialah jangan lekang dengan do`a kerana selepas usaha dan ikhtiar, mesti kita serahkan urusan kita kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Kita tidak mampu membentuk dan mengawal 100% anak-anak kita.  Pasti unsur luar akan sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak kita walaupun kita telah berusaha menanam nilai yang kita mahu ke dalam diri anak-anak kita.  Jadi, di sinilah kekuatan do`a mesti digunakan.  Kepada ALLAH lah kita serahkan mereka.  Hidayah dan taufiq untuk anak-anak adalah haq ALLAH.

Ada banyak doa yang boleh kita panjatkan.  Dan kita boleh berdoa dengan gaya bahasa dan perkataan sendiri.  Namun, di dalam Al-Quran terdapat beberapa rakaman do`a-do`a yang sesuai dan khas untuk kebaikan zuriat dan keluarga.  Maka, sebaik-baiknya yang itulah kita baca dan cuba amalkan,  Kerana do`a-do`a tersebut menjadi contoh buat kita semua dalam hal berdo`a.

Antara yang sangat baik diamalkan ialah:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا

 أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: Wahai TUHAN kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”   (Al-Baqarah : 128)

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ

 سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya:  “Wahai TUHAN ku, berilah aku dari sisiMU akan seorang anak yang baik. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar doa”.  (Ali-Imran : 38)

 رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ

 أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ

Maksudnya:  “Wahai TUHAN ku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي

 رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Bermaksud:  “Wahai TUHAN ku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat.  Wahai TUHAN kami, perkenankanlah doa.”  (Ibrahim : 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ

 يَقُومُ الْحِسَابُ

Bermaksud:  “Wahai TUHAN kami, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat).”  (Ibrahim : 41)

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ

 أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud:  “Wahai TUHAN kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي

 أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ

صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

 إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bermaksud:  “Wahai TUHAN ku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatMU yang telah ENGKAU berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang ENGKAU redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.

wAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
12 September 2009

==========================

Lain-lain artikel kekeluargaan: https://muzir.wordpress.com/category/kekeluargaan/


“Pakcik, ada seringgit?”

Balik dari solat isyak di surau, saya singgah ke Maybank ATM untuk mengeluarkan sedikit wang.  Apabila saya hendak ke motorsikal, saya didekati oleh seorang kanak2 yang barangkali umurnya 5-7 tahun.

“Pakcik, ada seringgit?” tanya budak itu.

“Buat apa dengan duit tu?”  saya bertanya.

“Alaa, pakcik ada duit seringgit tak?”  tanyanya lagi.

“Kenapa adik mintak kat pakcik.  Kenapa tak mintak dengan mak ke, ayah ke?  Mak ayah mana?”  soal saya.

“Diorang ada kat rumah”  jelas budak tu.

“Bahaya jalan-jalan macam ni.  Pergi balik rumah ye.”  saya menyuruh dia balik kerana risau keadaannya yang tidak ditemani mak & ayah.

“Seringgit je, tak pun dua ringgit”  kata budak tu. Continue reading


Kanak2 Selalu Meniru Orang Dewasa!

Baru-baru ini, kami suami isteri membincangkan berita tentang kanak-kanak dan remaja yang saban hari dilaporkan terlibat dengan pelbagai masalah dan gejala sosial.  Ada yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah, merokok, tak hormat orang tua, sehinggalah kepada gejala seksual, gangsterisme dan sebagainya.  Sangat merisaukan!!

Ada banyak faktor yang menyebabkan ia berlaku.  Rakan sebaya, media, sekolah dan teknologi internet adalah antara yang utama menjadi faktor.  Namun, sebelum kita ingin melihat ke luar, saya rasa elok kita lihat rumahtangga kita dahulu.  Ibubapa sebenarnya menyumbang faktor terbesar dalam membentuk peribadi, akhlaq dan jatidiri anak-anak. 

Mungkin kita boleh mempelajari sesuatu dari video berikut:

Sebelum mereka dihasut dengan pengaruh luar, dan sebelum mereka mengenal tangan-tangan di luar; mereka terlebih dahulu banyak dipengaruhi oleh ibubapa.  Saya percaya ramai menyedari hakikat ini.  Oleh itu, usahakanlah selagi diberi peluang dan ruang untuk kita menanam nilai yang soleh ke dalam diri anak-anak kita.

Sungguh, anak-anak kita dilahirkan ke dunia ini bersih tanpa dosa.  Mereka tidak mengerti apa-apa.  Hari demi hari, mereka mengutip pelajaran kehidupan.  Sudah tentulah, kita sebagai ibubapa iaitu insan yang paling dekat dan paling awal dikenalinya akan menjadi tempat rujukan utama.  Mata, telinga, mulut dan segala pancaindera mereka menyerap segala apa yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuhnya.

Ayuh ibubapa, kita bentuk kebaikan diri kita!  Kita perbaiki akhlaq kita!  Kita perkemaskan pendekatan kita!  Agar anak-anak kita hanya mencontohi yang baik-baik daripada kita.

Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tiap bayi dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah-Islami). Ayah dan ibunya lah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala).” (HR. Bukhari)

Semoga mereka (kita dan anak-anak kita) menjadi muslim yang soleh.  Berguna buat agama, keluarga dan negara, amin…

WAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
28 Julai 2008 


%d bloggers like this: