Tag Archives: anwar

Sumpah & Qadzaf – Dr Wahbah az-Zuhaily

Sambungan dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/05/16/hakikat-ujian-kepada-orang-yang-beriman-dr-wahbah-az-zuhaily/

Selepas Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily menyampaikan tentang hakikat fitnah dan ujian serta peranan iman dan ilmu untuk berhadapan dengannya di dalam muqaddimah syarahan, beliau seterusnya memberikan tiga contoh peristiwa untuk menerangkan perihal tajuk yang diberi, iaitu:

  1. Tuduhan zina yang dilemparkan kepada saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh kepala munafiqin, `Abdullah bin Ubay bin Salul.
  2. Tuduhan zina oleh seorang suami kepada isterinya.
  3. Mubahalah antara orang Kristian Najran dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Tuduhan Zina

Di dalam peristiwa pertama iaitu tuduhan zina terhadap saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh `Abdullah bin Ubay bin Salul, Sheikh menerangkan bahawa ALLAH telah menjelaskan terdapat sebelas ayat di dalam al-Quran, menetapkan bahawa mana-mana tuduhan zina terhadap orang lain yang terpelihara kehormatannya mestilah dikemukakan dengan empat saksi.

Jika pihak yang menuduh tidak dapat mengemukakan empat saksi, maka pihak yang menuduh ini dikira sebagai pendusta atau munafiq di sisi ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.  Nas secara qat`i telah mensyaratkan perlunya empat saksi dalam hal penuduhan zina seperti ini.  Ia mesti dipatuhi. Continue reading


DS Anwar Ibrahim Menang di Permatang Pauh

Keputusan rasmi:
PKR: 31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,410
Peratus keluar mengundi: 81.1%
Undi rosak: 599 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388

Dipetik dari KLPos

Tahniah kepada beliau 😉 .

Takde apa yang hendak saya komen.  Cuma, sebagai meluahkan harapan sebagai seorang rakyat kecil agar kalian yang dilantik sebagai pemimpin; AMANAHlah…


DEBAT: Tahniah!

Debat semalam telah membuka era baru kepada keterbukaan suasana politik di Malaysia.  Peluang dan ruang sebegini tidak pernah dinikmati oleh rakyat Malaysia sejak puluhan tahun.  Program debat semalam wajar mendapat pujian ramai pihak, terutama buat Agenda Daily, TV3, TV9 dan pendebat yang telah sudi bersua muka di pentas siaran langsung.

Tahniah! Tahniah!
Tahniah! Tahniah!

Pada saya, DS Anwar (DSA) telah berjaya menyampaikan hujah yang lebih berisi dan mudah untuk difahami rakyat berbanding Datuk Ahmad Shabery (DAS).  Mungkin pihak kerajaan boleh mempertimbangkan mengambil dan mengembangkan idea2 DSA untuk manfaat rakyat dan negara.

Tajuk “Hari Ini Perintah, Esok Turun Harga Minyak” telah diperjelaskan oleh DSA secara ringkas mekanismenya tanpa dipengaruhi asakan dan strategi DAS yang suka menyerang peribadi sepanjang proses debat.  DAS sepatutnya menumpukan kepada penerangan justifikasi harga minyak naik, terutama dalam memujuk rakyat yang masih terpinga-pinga dengan soalan, “Kenapa tinggi macam tu?  Kenapa sekarang?”.  Dan barangkali beliau boleh mempertikaikan kemampuan untuk merealisasikan tajuk debat yang boleh disifatkan agak retorik.  

Apapun, saya ucapkan tahniah atas perkembangan yang sangat baik ini.  InsyaALLAH, dengan adanya program2 sebegini pada masa akan datang, ia boleh mencambahkan pemikiran rakyat yang sebelum ini jumud dan statik dengan satu2 pihak sahaja.  Pros dan cons yang diperolehi melalui program debat antara pemimpin akan dapat dicerna oleh rakyat, seterusnya melahirkan masyarakat yang ulul albab sifatnya.

Cuma, apa yang lebih penting dari itu adalah untuk mengambil point2 yang bermanfaat untuk dilaksanakan supaya rakyat sejahtera.  Jangan pula debat tinggal debat, malah hanya digunakan untuk menaikkan populariti masing2.

Walaupun debat sebegini mempunyai kelemahannya juga, namun ramai menaruh harapan agar ia diteruskan.

–Gambar di atas saya perolehi dari Institut al-Qayyim.


KES LIWAT. APA KOMEN?

Hari ni saya ditanya dek seorang sahabat, juga pelanggan saya tentang kes yang panas dewasa ini.  Apa dia?  Iaitulah kes seorang tokoh meliwat bekas penolong peribadinya.  Benar atau tidak?  Any comment?

Pada pandangan saya, kes ini boleh mengaibkan kita ummat ISLAM, terutama kepada mereka yang terlibat.  Saya kalau boleh sentiasa ingin mengelakkan diri dari mengatakan tentang aib manusia lain.  Kerana apa?  Kerana diri ini juga mempunyai aib sendiri, dan kalau boleh ingin mohon pertolongan ALLAH agar tidak dipertontonkan aib diri ini di khalayak ramai di dunia dan akhirat.  Ini sesuai dengan hadith dari Rasulullah SAW.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi sallALLAHU ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.” (HR Muslim)

Sesunguhnya dengan memiliki sifat sebegini lebih dekat dengan TAQWA.

Jika kita menyedari akan kelemahan diri sendiri, kita pasti tidak sibuk2 untuk bercerita perihal kelemahan orang lain.  Apatah lagi sekiranya ia hanya membuka pekung dan aib insan lain. 

Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam ada bersabda:

“Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak mengurusi (membicarakan) aib-aib orang lain.” (HR. Ad-Dailami)

Biarlah kes yang hangat ini diselesaikan oleh mereka yang berkewajiban.  Kita sibuk-sibuk kat kedai kopi/pejabat pun tak ke mana sok-sek-sok-sek tu.  Merugikan, malah mungkin boleh menambah dosa.

Saya bukanlah mengajak kita semua meninggalkan berita panas ini tanpa mengambil berat perkembangan kes tersebut.  Kerana kita tidak boleh menjadi manusia seperti ‘katak di bawah tempurung’.  Cuma, janganlah kita semua terlalu disibukkan dengan sesuatu yang kita tidak pasti.  Saya percaya dalam membualkan kes panas seumpama ini, pastinya sangat sedap ditambah pelbagai perencah.  Maka, akan jadilah ia berita rantaian yang menggila di tengah masyarakat. 

Hari ini, apabila melawati laman web Dr Asri, beliau ada menyarankan agar pihak yang terlibat bermubahalah.  Untuk mengetahui lanjut tentang komen Dr Asri, sila ke:  http://drmaza.com/?p=349

Waduh, bikin sakit kepala saya memikiri ‘geografi’ politik Malaysia.  Ternyata, saya bukanlah seorang yang sesuai dalam hal kepolitikan.  Namun, saya sentiasa berharap agar ALLAH subhanahu wata’ala memberi bantuan dan kemenangan kepada golongan yang sentiasa istiqamah & menyeru ke arah daulah Islamiyyah.  ALLAHU AKBAR!

wAllahu ta’ala a’lam.


%d bloggers like this: