Tag Archives: berita

Takaful Ikhlas dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

 

 Shahmuzir Nordzahir adalah ejen Takaful IKHLAS yang sah.  Hubungi 019-3826408.

Shahmuzir Nordzahir adalah ejen Takaful IKHLAS yang sah. Hubungi 019-3826408.

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk ALLAH. 

Saya sebagai salah seorang tenaga ejensi Takaful IKHLAS berbangga dengan pencapaian yang bertalu-talu dianugerahkan kepada syarikat Takaful IKHLAS Sdn Bhd.  Anda sebagai pemegang polisi Takaful (pelanggan) seharusnya juga bangga kerana anda telah memiliki pelan Takaful iaitu perlindungan kewangan berlandaskan syariah yang mendapat pengiktirafan sebagai PENYEDIA TAKAFUL TERBAIK 🙂 .

Takaful Ikhlas dipilih Penyedia Terbaik anugerah IFN 2008

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) dipilih sebagai Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik 2008 menerusi undian yang diadakan sempena Anugerah Berita Kewangan Islam (IFN) 2008, baru-baru ini.

Anugerah yang diadakan buat kali keempat pada tahun ini dimenangi oleh Takaful Ikhlas menerusi undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam melalui IFN yang diterbitkan pada setiap hari Jumaat.

IFN memberi tumpuan terhadap industri dan pasaran kewangan antarabangsa. Continue reading


Erdogan Melangkah Keluar Protes Kenyataan Peres

Semalam, berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan WORLD ECONOMIC FORUM selepas beliau berasa tidak puas hati dengan ketidakadilan yang diberikan kepada beliau.  Masa yang diberikan kepada beliau tidak memadai berbanding masa yang telah diberikan kepada Simon Peres, wakil negara haram Israel.  (Maaf, saya tak iktiraf Israel sebagai negara yang berdaulat, apatah lagi nak iktiraf si Peres sbg PM, ptui…)

Berikut adalah terjemahan ucapan tak sampai seminit beliau di akhir forum:

Continue reading


Takaful IKHLAS Menang Kategori Produk Paling Inovatif di KLIFF 2008

PETALING JAYA, 19 November 2008 – Syarikat pengendali perlindungan berasaskan syariah, Takaful Ikhlas  Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) dinobatkan sebagai penerima Anugerah bagi Kategori Produk Takaful Paling Inovatif sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 kelima (KLIFF 2008) pada 18 November 2008, semalam.

Anugerah yang diperolehi melalui Produk IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT) itu telah disampaikan oleh Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah KLIFF 2008 di Hotel Istana, Kuala Lumpur di sini semalam.  Continue reading


Takaful IKHLAS – Syarikat takaful/insurans pertama menerima Sijil MS1900:2005

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2008 – Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai penerima Sijil MS1900:2005 di kalangan syarikat pengendali takaful dan insurans di Malaysia secara rasminya pada hari ini.

Syarikat pengendali Takaful yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima penubuhannya pada 14 Oktober 2008 yang lalu diberi pengiktirafan tersebut oleh SIRIM QAS International bagi Sistem Pengurusan Kualiti dari Perspektif Islam.  Continue reading


%d bloggers like this: