Tag Archives: blog

[Video] Bengkel Penulisan Kreatif 2

Bengkel Penulisan Kreatif Ke 2 Anjuran Bersama Al-Fikrah.net dan Kumpulan Karangkraf berikut telah diadakan di Kompleks Karangkraf Shah Alam pada Sabtu 10 November 2011.

Sila tonton dan ambil manfaat dari tokoh-tokoh ini melalui video yang dipaparkan di bawah: Continue reading


Pemberi Komentar Terbanyak

Saya mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang sudi melawat dan membaca laman blog ini.  Terutama buat semua para pemberi komentar yang selalu singgah dan bersifat pemurah memberi komentar di blog yang sangat dhaif ini.

Jumlah komentar yang direkodkan ialah sebanyak 1,231 komentar sehingga catitan ini ditulis.

Komentar-komentar ini menjadi penghias yang sangat dialu-alukan oleh saya sebagai penulis blog ini.  Takdelah sangat rasa macam ‘syok sendiri’ sahaja, sekurang-kurangnya ada juga yang sudi menegur atau menyapa.

Tentunya ikatan ukhwah lebih terjalin erat dengan mereka (walaupun ramai tidak saya kenali), kerana mereka bukan setakat melawat, malah sudi pula memberikan buah fikiran atau sekadar menyatakan persetujuan.  Juga buat yang menyatakan ketidaksetujuan atau bangkangan, kerana sudi berkongsi idea yang bisa membawa saya melihat dari sudut yang berbeza.  Buat mereka semua yang selama ini sudi, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan kesudian kalian amat-amat saya hargai 🙂

Siapakah mereka yang baik hati itu? Continue reading


Setahun Berblog. Bermanfaatkah?

Hari ini, 20 JUN 2009 genap setahun-seminggu saya berblog di muzir.wordpress.com.  Alhamdulillah, walaupun blog ini tidak dikunjungi ramai, namun ia dapat memenuhi tujuan utama blog ini diwujudkan.  Pada tulisan pertama di blog ini, iaitu pada 14 JUN 2008 yang lalu saya telah menulis:

Saya tidaklah pandai menutur bicara atau menyusun kata seperti ramai penulis laman-laman di internet. Saya sekadar mahu menumpang kemudahan siber dalam mencatatkan beberapa perkara menarik di sepanjang kehidupan. 

Walaupun saya sedar bahawa tanpa catitan inipun, catitan kehidupan tetap akan dilakukan oleh 2 Malaikat yang setia. Sekurang2nya, catitan ini sekiranya bermanfaat diharap dapat dimanfaatkan oleh insan lain yang secara tidak sengaja melewati lembaran dhaif ini. Jika ya, maka akan bertambahlah catitan kebaikan yang bakal direkodkan oleh Malaikat pencatit kebaikan buat diri ini, amin. Mudah2an…(Mula Bicara, 14JUN2008)

Setidak-tidaknya, sedikit usaha ini ada manfaatnya buat sebahagian yang sudi berkunjung ke laman ini.  Jika tidak bermanfaat untuk orang lain, mudah-mudahan usaha ini tetap diberi ganjaran oleh Yang Maha Pemurah.  Kerana di dalam maksud satu hadith ada mengatakan bahawa apabila niatnya baik, ALLAH subhanahu wata’ala telah menyuruh malaikat untuk mencatit satu hasanah.  Jika diikuti niat baik itu dengan perbuatan, maka 10 hasanah akan diberi.  Mudah2an usaha ini dikira hasanah di sisi ALLAH, amin.  Apatah lagi jika kebaikan itu tersebar kepada orang lain, bestnya… 😀 .

Saya sebenarnya sangat cemburu dengan para guru dan ustadz yang sentiasa memberikan bakti dan ilmu kepada para pelajar.  Rasa cemburu itu sebenarnya telah tercetus sejak saya berumur belasan tahun lagi.  Kecemburuan itu semakin meluap-luap apabila melihatkan para guru dan ustadz yang saya kenali sentiasa mengambil peluang dan ruang untuk berbakti bukan sahaja di alam nyata, malah di alam siber.  Salahkah cemburu ini?  Tidak salah, malah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah berpesan bahawa kita tidak boleh cemburu kecuali kepada 2 orang iaitu yang pertama: kepada orang yang diberi ALLAH akan harta dan dia menggunakan harta itu di jalan ALLAH, dan yang kedua: kepada orang yang berilmu dan dia menggunakan ilmunya itu di atas jalan haq dan menyebarkannya. 

Ustadz Zaharuddin, Ustadz Hasrizal, Ustadz Zain-ys, Ustadz Tuan Hasan, Ustadz Kamin dan beberapa nama lain yang saya mungkin terlupa adalah pencetus kepada terbinanya blog ini.  Apa dia?  Cetusannya ialah berdakwah, berkongsi, berbakti melalui alam siber.  Jika mereka telah pun mempunyai sasaran dakwah (mad’u), malah masing-masing mempunyai pengikutnya.  Jadi besar sungguh manfaat yang mereka boleh sampaikan.  Tetapi saya, sekadar berkongsi ruang untuk mencontohi mereka.  Untuk turut menyahut seruan ALLAH, “fastabiqul khairot”.

Saya melihat bahagian statistik untuk mengetahui apakah tulisan di blog ini yang paling dikunjungi oleh para pengunjung.  Disertakan di bawah ini adalah senarai ‘postings’ yang dimaksudkan.  Top 30: Continue reading


%d bloggers like this: