Sedang memandu menyusur jalan-jalan perumahan mengikut petunjuk GPS, tiba-tiba kami sekeluarga ternampak sebuah premis yang bangunannya berekabentukkan unsur budaya cina.
Saya mengajak anak-anak supaya meneka bangunan apakah itu? Mereka sangka itu tokong cina. Dalam hati, saya sudah boleh mengagak apakah ia, namun saya diamkan sahaja kerana saya sendiri kurang pasti akan jawapan saya itu. Apabila kami lalu di hadapannya, ternyata sangkaan saya tepat.
Tertera di gerbang masuk premis tersebut suatu nama keIslaman yang menandakan ia sebuah premis Muslim. Ma shaa’ ALLAH, tertera di situ: Kompleks Al-Sa`adah. Continue reading
Di dalam tulisan bertajuk Muslimah & Tudung Labuh, ada seorang muslimah yang telah memberi komen menceritakan sebab beliau masuk Islam. Menurut beliau, pemakaian sebahagian muslimah yang bertudung labuh telah menarik hatinya untuk mengenali seterusnya memeluk agama yang suci ini.
Berikut adalah petikan komen beliau:
Tudung labuh boleh jadi sebab kepada hidayah ALLAH.
Hari ini, saya menulis dengan ringkas di Facebook mengenai satu situasi yang berlaku di dalam majlis rasmi sebuah kementerian. Ia berkaitan bagaimana si muslimah bertudung labuh secara tidak langsung telah mengubah situasi majlis kepada yang lebih baik.
“Enta tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena standby lebih kurang RM20 ribu tau!” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.
“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang masuk ISLAM. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.
“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.
“Alhamdulillah, kos pengebumian kita takdelah mahal macam tu kan. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja kan. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan…” saya menambah. Continue reading
Semalam, 26 JUN 2009 (Jumaat), dunia hiburan antarabangsa telah kehilangan Raja Pop mereka. Michael Jackson telah meninggal dunia pada umur beliau 50 tahun disebabkan oleh jantung beliau gagal berfungsi. (Sumber berita)
Michael Jackson pada tahun 1984
Beliau baru sahaja memeluk ISLAM pada tahun lepas iaitu pada 22 NOV 2008 (baca di sini). Bukankah itu suatu nikmat yang besar? Alhamdulillah, walaupun sebenarnya saya mengharapkan insan semahsyur beliau dapat membantu ISLAM selepas memeluk ISLAM seperti yang dilakukan oleh rakannya Yusuf ISLAM (Cat Steven), namun saya tetap lega kerana ALLAH memberikannya hidayah. Continue reading
Semasa saya kecil, saya sangat meminati Michael Jackson. Lagu2nya seperti Beat It, Thriller, Billy Jean, Bad, We Are The World dan lain2 lagu yang saya tak ingat tajuknya menjadi kegemaran saya. Berita tentangnya sentiasa menggamit diri saya untuk mengambil tahu. Part yg saya suka dia punya moonwalking dance tu, hehe 😉 .
Semalam, 22 NOV 2008 saya terbaca berita di Metro yang melaporkan bahawa Michael Jackson telah memeluk ISLAM. Dan Kosmo juga melaporkan:
LOS ANGELES – Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah’s Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel.
Saya gembira, namun masih curiga. Kerana sebelum ini telah banyak berita tentang keISLAMan beliau dilaporkan. Semuanya palsu. Tetapi kini berita tentang keISLAMan beliau nampaknya telah menjadi nyata dan ia dilaporkan oleh berbagai pihak di internet. Antara yang sempat saya baca adalah:
Siapakah insan yang telah mengenalkan ISLAM kepada beliau? Tak lain tak bukan adalah Jermaine Jackson iaitu abangnya yang terlebih dahulu telah memeluk ISLAM. Selain Jermaine; saya rasa antara insan lain yang terlibat adalah Yusuf Islam, Wharnsby Ali dan Idris Phillips yang kesemuanya berlatarbelakangkan seni muzik.
Jika Michael Jackson telah memeluk ISLAM dan benar2 tulus dengan nikmat terbesar ini, maka tak mustahil beliau bakal mengikuti jejak seperti Yusuf Islam yang begitu komited dengan kerja dakwah demi menyebarkan addin ISLAM yang tinggi dan suci ini. Kita sama2 doakan beliau agar beliau terus diberi hidayah dan taufiq dari ALLAH subhanahu wata’ala, amin…
ISLAM adalah addin yang benar. Dan kebenaran ISLAM bisa sahaja mengetuk pintu hati sesiapa sahaja yang diberi ALLAH akan hidayah & taufiq.
Malangnya, kedengaran kisah kadang2 ada non-muslim yang berminat untuk memeluk ISLAM yang ditangguhkan oleh ustadz/pegawai/wakil Jabatan Agama, malah kita sendiri pun. Ada sebahagian mereka merespon kepada non-muslim ini, dengan berkata:
“Datang pejabat saya minggu depan…”
“Nanti kita setkan appointment ye…”
“Awak dah fikir betul2 ke…?”
“Baca dan kaji dulu…”
“Dah ‘potong’ …?”
“You pergilah pejabat agama…”
Dan lain2 respon yang merugikan si non-muslim itu. Sedangkan hidayah & taufiq telah mengetuk hati fitrah si non-muslim itu untuk memeluk ISLAM.
Inilah senario yang terdapat di Malaysia dan mungkin di lain2 tempat juga. Amat sedih sekali . Sedangkan peluang sebegini bukan selalu mendatangi kita, iaitu peluang membantu si non-muslim menyatakan kesaksiannya kepada ISLAM: mengucap 2 kalimah syahadah. Peluang sehebat ini jarang dilepaskan oleh orang yang tahu akan kebaikannya, seperti video berikut:
Sepatutnya, apabila ada si non-muslim datang kepada kita menyatakan hasrat ingin memeluk ISLAM, railah dia, bantulah dia serta merta agar terbuka luas & mudah untuknya menikmati ISLAM & IMAN ini. Bantulah dia mengucap 2 kalimah syahadah. Selepas itu, barulah kita bawa dia ke pejabat agama dan mengikuti pelbagai prosedur.
Tolonglah…jangan tangguhkan mereka!
Utk mengikuti kisah2 revert/convert-to-ISLAM, sila lawati:
(2) Sebarkanlah bagi tujuan mengajak kepada kebaikan, menyuruh berbuat yang ma`ruf dan mencegah kemungkaran. Silakan, tidak perlu keizinan saya. Cuma, sebaik-baiknya letaklah sumber ambilan tuan/puan bagi memudahkan rujukan pada masa akan datang.
(3) Sebarang teguran, nasihat dan cadangan dari tuan/puan, amat saya alu-alukan.
(1) Blog ini dan pemiliknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini.
(2) Blog ini dan pemiliknya berlepas diri dari iklan-iklan (ads) yang tertera di dalam blog ini (jika ada) kerana iklan-iklan tersebut bukan di bawah kawalan blog ini dan pemiliknya. Ia dijana oleh pihak ke-3 tanpa keredhaan.