Tag Archives: dakwah

Tak Wajar Larang Bukan Islam Ucap Ucapan Islamik

Ada institusi agama Islam mahu melarang perkataan-perkataan ini dari diucapkan oleh yang bukan Islam:

  • “Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah, Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi, Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi, Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.”

Continue reading


‘Anak Angkat Masjid’ – Indahnya Kelembutan Dakwah

Gambar hiasan – mynewshub.my/wp-content/uploads/tabung-MASJID.jpg

Pada suatu hari, seorang budak lelaki telah ditangkap oleh ahli jemaah masjid kerana telah mencuri duit dari tabung masjid.  Apabila mendengar berita tersebut, ahli-ahli jemaah masjid yang lain menjadi marah, malah ada yang mahu memukul budak lelaki tersebut.

Pengerusi masjid apabila mendengar hal itu, telah meminta semua bertenang, bersabar dan jangan memukul budak itu.  Beliau meminta supaya budak itu dibawa kepadanya untuk disoal selidik. Continue reading


Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Dakwah

Saya sengaja tanya sekumpulan pelajar menengah agama yang agak mahir ilmu al-Quran, hadith, Bahasa Arab dan sebagainya:

“Belajar Bahasa Inggeris boleh bawa kita ke Syurga atau tidak?”

Lalu serentak mereka menjawab dengan sangat yakin, ada yang kuat menggeleng:

“Tidakkkkk!”

Mereka terkejut dengan respon saya yang tidak bersetuju dengan jawapan mereka.  Ada yang berubah wajah mereka.  Mencebik pun ada.  Mereka menjangkakan hanya ilmu syar`i sahajalah yang membawa mereka ke Syurga.  Saya lalu memberikan penjelasan akan maksud saya kepada mereka seadanya.

Ketahuilah rakan-rakan pembaca sekalian, Bahasa Inggeris kini adalah bahasa yang semakin penting apabila kita menghubungkannya dengan Hari Akhirat.  Ia bukan sekadar bahasa antarabangsa atau bahasa teknologi, bahkan kini Bahasa Inggeris adalah bahasa dakwah yang sangat penting. Continue reading


Kompleks Al-Sa`adah Di Tengah Masyarakat Cina

Sedang memandu menyusur jalan-jalan perumahan mengikut petunjuk GPS, tiba-tiba kami sekeluarga ternampak sebuah premis yang bangunannya berekabentukkan unsur budaya cina.

Saya mengajak anak-anak supaya meneka bangunan apakah itu?  Mereka sangka itu tokong cina.  Dalam hati, saya sudah boleh mengagak apakah ia, namun saya diamkan sahaja kerana saya sendiri kurang pasti akan jawapan saya itu.  Apabila kami lalu di hadapannya, ternyata sangkaan saya tepat.

Tertera di gerbang masuk premis tersebut suatu nama keIslaman yang menandakan ia sebuah premis Muslim.  Ma shaa’ ALLAH, tertera di situ:  Kompleks Al-Sa`adah. Continue reading


Kemuncup Di Padang Dakwah

Berjalan di padang yang berkemuncup memang tidak dapat dielakkan dari kemuncup itu melekat di kaki seluar.  Adalah kurang bijak jika seseorang itu asyik berhenti di tengah padang untuk membuang kemuncup yang melekat kerana sudah tentu kemuncup-kemuncup akan melekat lagi di kaki seluarnya.

Yang lebih baik ialah abaikan dahulu kemuncup-kemuncup yang melekat itu dan teruskan langkah hingga sampai di tempat sesuai yang tiada kemuncup lagi.  Di situ cabutlah semuanya.  Perbuatan ini tentunya lebih produktif dan efektif.

Perumpamaan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) di atas telah digunakan oleh Tuan Guru Dr Abdul Basit Abd Rahman sebagai selingan dalam memberikan nasihat kepada para hadirin di Yayasan Ta`lim pagi tadi yang menyentuh soal adab menuntut ilmu.  Ia ditujukan terutamanya buat para pendakwah dalam menangani kemuncup yang mungkin mengganggu di padang dakwah.  (Semoga ALLAH memelihara kedua-dua tuan guru, amin) Continue reading


Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

“Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!”  kata saya.

“Ha’ah bang.  Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang.  Sebulan sekali kena tengok.  Manja sikit skuter ni”  balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.

Saya termenung.  Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja.  Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula.  Alhamdulillah.

'Belting' motor terputus & hancur!

Saya terpaksa tunggu lama.  Sebab tiada spare part.  Mereka terpaksa membelinya di kedai spare part yang berdekatan.  Sambil menunggu saya melihat telatah dan gelagat remaja-remaja yang keluar masuk ke bengkel motorsikal tersebut.  Mendengar perbualan mereka, saya dapat mengagak bahawa bengkel tersebut diusahakan oleh beberapa orang pemuda/remaja Melayu.  Datang rasa bangga dalam hati saya, lalu mendoakan agar mereka berjaya dalam perniagaan, amin.

Sedang menunggu, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi Continue reading


Filem ‘SANG MUROBBI’

Esok, 6/12/2008 akan diadakan tayangan perdana filem ‘SANG MUROBBI’ di George Town, Pulau Pinang.  Setelah melihatkan trailer filem tersebut, aduh sangat terangsang jiwa dakwah di dalam diri ini.  Air mata tergenang di tebing mata, hati berombak bercampur rasa, kerana cemburu akan manusia-manusia yang telah berjaya dengan perjuangan mengajak manusia lain menuju Rabb al-‘alamin.

Continue reading


Sheikh Yusuf Estes di Shah Alam

yusufpromo

Siapa Sheikh Yusuf Estes?  Sila lawati laman berikut untuk mengenali beliau:


%d bloggers like this: