Tag Archives: derma

Strategi Yang Baik Oleh Peniaga Untuk Berbakti

Beberapa barangan yang disumbangkan oleh pengguna

Gambar di atas saya rakam di Kota Terengganu pada 2 Syawwal yang lalu.  Saya singgah ke kedai ini kerana pada hari tersebut semua kedai runcit di bandaraya tersebut tutup.  Dan disebabkan kedai tersebut lengang, saya sempat berbual sebentar dengan juruwang kedai tersebut.

Menurut beliau, Continue reading


Malulah Kalian, Orang Susah Di Palestin Pun Derma Ke Somalia!

Saya baru sahaja pulang dari mendengar taklimat dari dua orang wakil Aqsa Syarif Berhad yang baru-baru ini telah berada beberapa hari di Ghazzah, Palestin.  Biasalah, beberapa pengalaman dan kisah yang mereka sampaikan memang biasa saya dengar dari beberapa wakil NGO yang memperjuangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin.

Cuma, kali ini diceritakan tentang perkembangan terkini sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh rakyat Malaysia dan bagaimana sumbangan-sumbangan itu diterjemahkan ke dalam bentuk yang boleh memanfaatkan rakyat Palestin di sana.  Alhamdulillah, tahniah buat Aqsa Syarif Berhad.

Rakyat Palestin Prihatin Terhadap Krisis Kebuluran di Somalia

Anak Palestin

Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila kami diberitahu bahawa masyarakat di Ghazzah (Gaza), Palestin dengan inisiatif sendiri telah mengumpul sejumlah wang untuk membantu saudara-saudara seagama mereka di Somalia yang kini teruk dilanda krisis kebuluran.  Setiap keluarga telah menyumbangkan sebanyak 10 dollar dan dikatakan bahawa antara bantuan terawal yang sampai ke Somalia ialah dari Palestin. Continue reading


Krisis Somalia – Dermalah & Doakanlah Untuk Mereka

Mengenang saudara-saudara kita di benua Afrika sana yang tidak cukup makanan, kurus kering sampai berbentuk rangka, tidak berumah sempurna dan menangis menderita…saya terus hilang selera.  Hilang selera kerana nafsu makan saya pengsan dek melihat kesusahan mereka.  Jantung berdebar tidak keruan dan air mata mula bergenang, lantas bercucuran.  Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan sebegitu…

Tidak cukup setakat itu wahai kawan-kawan sekalian.  Jika kita sedih, mereka yang terpaksa menanggung penderitaan itu, jauh lebih lagi sedih.  Dengan penyakit yang menyerang, dengan tangisan dan raungan anak-anak, dengan kematian insan tersayang dan pelbagai lagi musibah.  Kita mesti buat sesuatu yang bermakna buat mereka.  Apa yang patut kita buat? Continue reading


Kepedulian Kita Terhadap Palestin

111

Masjid al-Aqsa

Bumi ambia, Palestin menempatkan salah satu tempat suci ummat ISLAM di dalamnya iaitu Masjid al-Aqsa.  Firman ALLAH subhanahu wata’ala dalam surah al-Isra’, ayat 1:

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Malah, keutamaan masjid al-Aqsa di sisi ummat ISLAM telah disabdakan oleh Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam sebagaimana berikut: 

“Tidak ditekankan ziarah (kunjungan) ke masjid-masjid kecuali pada ketiga masjid, yaitu masjidil Haram (Mekah), masjidil Aqsha (Baitul Maqdis), dan masjidku ini (Madinah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Solat di dalam masjid suci Al Masjid Al Haram (Mekah) diganjari 100,000 solat, satu solat di Masjidku (Madînah) diganjari 1,000 dan satu solat di Al Masjid Al Aqsa (Palestin) diganjari 500 solat lebih dari masjid-masjid lain.” (HR Bukhari)

Selain itu, ia juga pernah menjadi qiblat pertama ummat ISLAM sebelum ALLAH memerintahkan Nabi memalingkan qiblat ke arah masjidil Haram (Surah al-Baqarah, ayat 144).  Dan yang agak unik ialah masjidil Aqsa merupakan satu-satunya masjid yang telah dihimpunkan ALLAH subhanahu wata’ala akan para nabi pada satu masa.  Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam telah mengimamkan solat yang ahli jemaahnya terdiri dari sekalian para Nabi dan Rasul ‘alaihimus salam.  Peristiwa tersebut berlaku sebelum Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam diangkat naik bertemu ALLAH subhanahu wata’ala dalam isra’ mikraj.  Continue reading


%d bloggers like this: