Tag Archives: doa

Doa Perlindungan Dari Haiwan Berbisa

screenshot_2016-04-21-00-13-25.jpeg

Dengan ALLAH lah kita berlindung dari segala keburukan dan bahaya.  Kerana hanya DIA sahaja yang dapat menjaga dan melindungi kita secara hakiki.

Antara bahaya yang ditakuti oleh manusia ialah haiwan berbisa.

Walaupun kita bebas menuturkan permintaan kita kepada ALLAH dalam bahasa dan gaya kita sendiri, namun ada eloknya kita memerhati lafaz doa yang pernah diucapkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam khusus dalam hal memohon perlindungan ALLAH dari haiwan berbisa.

Pertama:

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan tiga kali:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

a`uudzu bi kalimaati llaahi ttaammaati min syarri ma khalaq

aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakanNYA

لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Nescaya dia tidak akan dimudharati oleh sengatan berbisa pada malam itu.”

Hadith ini telah direkodkan di dalam kitab Jami` at-Tirmidzi.  Suhail bin Abi Solih (سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ) iaitu salah seorang perawi hadith ini telah menyebut:  “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya setiap malam.  Salah seorang perempuan telah disengat haiwan berbisa, lalu dia tidak berasa sakit.”

Kedua:

Dari Abil Yasar (أَبِي الْيَسَرِ) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari tertimpa benda keras,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي

aku berlindung denganMU dari mati terjatuh,

وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرَقِ وَالْهَرَمِ

aku berlindung denganMU dari tenggelam, kebakaran dan nyanyuk,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ

aku berlindung denganMU dari gangguan Syaitan ketika kematianku,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا

aku berlindung denganMU dari mati mengalah pada jalanMU,

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

dan aku berlindung denganMU dari mati disengat haiwan berbisa.”

Hadith ini direkodkan di dalam Sunan Abu Daud.  Al-Albani mensahihkannya.

Ketiga:

`Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ

Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap hari pada waktu pagi dan petang:

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahi lladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil ardh wa la fis sama’i wa HUA sSami`u l`Alim

Dengan nama ALLAH yang dengan NAMANYA, tiada yang dapat memberikan mudharat samada di bumi dan di langit.  Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرُّهُ شَيْءٌ

sebanyak tiga kali, lalu dia dimudharatkan oleh sesuatu.”

Hadith ini direkodkan di dalam Jami` at-Tirmidzi.  Maksudnya ialah sesiapa yang membaca lafaz ucapan di atas, maka tiada apa pun yang dapat membahayakannya, termasuklah haiwan berbisa.  Dengan syarat mesti dibaca setiap hari:  tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

Allahu a`lam.  Semoga bermanfaat dan dapat kita sama-sama amal.  In shaa’ ALLAH.

– muzir.wordpress.com


Doa Saat Dizalimi Penguasa/Penjajah

Sekumpulan ahli sihir yang pada asalnya dipanggil untuk menyanggah dakwah Nabi Musa `alaihis salam telah berpaling tadah setelah melihat mukjizat dan kebenaran Baginda.  Mereka segera bertaubat dan memilih untuk menerima seruan dakwah Nabi Musa `alaihis salam.

Fir`aun sangat murka.  Dia mengancam ahli-ahli sihir tersebut dengan hukuman yang sangat berat.

Namun mereka memilih untuk tetap dengan pilihan mereka iaitu taat kepada dakwah Nabi Musa.  Mereka lalu berdoa supaya ALLAH berikan mereka kesabaran menghadapi ancaman dan seksaan Fir`aun serta memohon agar mereka mati dalam keadaan Islam.  Doa mereka telah dirakam di dalam al-Quran, surah al-A`raf ayat ke-126: Continue reading


Doa Memohon Sifat Taqwa Yang Diucapkan Nabi SAW

Doa memohon sifat taqwa

Doa memohon sifat taqwa

Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam adalah hamba ALLAH yang terbaik dan paling taqwa.  Dalam ketaqwaan yang sudah menebal dan ranum itu, Baginda masih memohon kepada Tuhannya agar mengurniakan sifat taqwa kepadanya.  Betapa dambanya Baginda akan cinta dan taqwa kepada ALLAH.

Berikut adalah beberapa contoh doa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang khusus memohon sifat taqwa: Continue reading


Indahnya Doa Istikharah Nabi SAW

Doa Istikharah Continue reading


Ya ALLAH, Perlihatkanlah Kami Yang Benar Itu Benar…

Macam-macam maklumat dan perkhabaran sampai ke pengetahuan kita.  Pengajaran, ceramah, buku, majalah, akhbar dan media sarat dengan cerita dan berita.

Benar dan palsu bercampur belaka.   Jelas dan samar dicampur-adukkan bersilih masa.  Sampai keliru tak tahu nak beza.  Pada ALLAH lah kita meminta.  Agar terus di atas jalanNYA.

Moga doa ini bermanfaat buat semua:

Tunjukkan benar itu benar

،اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ

،وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً، وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِساً عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud:

“Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya.  Dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya.  Janganlah ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat.  Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Doa ini diriwayatkan daripada `Umar al-Khattab radhiAllahu `anhu)

Doa di atas cuma salah satu daripada banyak doa yang ada.  Pintalah kepada ALLAH Yang Maha Esa sentiasa.  Hidayah dan taufiqNYA lah yang kita damba.  Agar bertemu dengan ALLAH dalam keadaan yang diredhaiNYA.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami di dunia dengan kebaikan, dan di akhirat dengan kebaikan, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka, amin…

muzir.wordpress.com

===

*Bacalah yang ini juga:

muzir.wordpress.com


Tips Menghadapi Peperiksaan

Saya ditanya oleh seorang mahasiswa apakah tips-tips yang boleh saya kongsikan untuk beliau menghadapi peperiksaan penting yang bakal beliau hadapi.

Allahu A`lam.  Meninggalkan terlalu lama dunia pembelajaran di sekolah dan universiti membuatkan nasihat saya mungkin tidak tepat dengan situasi beliau.  Mungkin beliau pun sudah tahu jawapannya.  Namun, ingin saya kongsikan suatu perkara yang teramat penting untuk semua kita semua hayati, iaitu:


Tiada Yang Dapat Mengampunkan Dosa, Melainkan Hanya ENGKAU!

َّاَللَّهُم
(Allahumma)
Ya ALLAH
 
اَنْتَ رَبِّى
(ANTA Rabbi)
ENGKAUlah Tuhanku
 
َلَا اِلَهَ اِلَّا اَنْت
(La ilaha illa ANTA)
Tiada Tuhan selain ENGKAU
 
خَلَقْتَنِى
(Khalaqtani)
ENGKAU menjadikan aku
 
َوَاَنَا عَبْدُك
(Wa ana `abduKA)
Dan aku ini hambaMU
 
ُوَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْت
(Wa ana `ala `ahdiKA wa wa`diKA mastato`tu)
Dan aku di atas perintah dan perjanjianMU sekadar mampuku
 
ُوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت
(Wa a`udzu biKA min sharri ma sona`tu)
Dan aku berlindung denganMU dari kejahatan yang telah aku lakukan
 
َّوَاَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَى
(Wa abu’ulaka bini`matiKA `alayya)
Dan aku mengaku segala nikmat yang diberikan ke atasku
 
وَاَبُوءُ بِذَنْبِى
(Wa abu’u bidzanbi)
Dan aku mengaku akan dosa-dosaku
 
فَاغْفِرْ لِى
(Faghfirli)
Oleh itu, berilah keampunan untukku.
َ
َفَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلَّا اَنْت
(Fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa ANTA)
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa, melainkan hanya ENGKAU!

Fadhilat

Doa di atas juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar, iaitu Penghulu Bagi Doa Memohon Keampunan.  Selain mempunyai makna yang sangat baik dan sangat menyentuh hati, doa di atas juga mempunyai fadhilatnya tersendiri sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam seperti berikut: Continue reading


Doa Memohon Cinta ALLAH

Dari Abu Darda` radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ: أَللَّهُمَّ، إِنِّي أَسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ. أَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي، َمِنَ الْمَاءِ الْبَارِد

Di antara doa Nabi Daud sallAllahu `alaihi wasallam adalah:  

“Wahai ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMU akan cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMU.  Wahai ALLAH, jadikanlah cintaMU lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk.”

(HR at-Tirmidzi, katanya hadith ini hasan)


Doa Jika Berjumpa Lailatul Qadar

Doa Lailatul-Qadar

Diriwayatkan dari `A’isyah radhiAllahu `anha katanya:

“Saya bertanya:  “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” 

Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wa sallam:  “Katakanlah: 

“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

(Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga at-Tirmidzi yang menyatakannya sahih)


Doa Agar Diberi Ketetapan Hati

Dalam kehidupan yang penuh ranjau ini, kita selalu dibisik oleh nafsu dan syaitan agar selalu melakukan perkara-perkara yang lalai dan dosa. Tentunya hati yang bertatahkan iman yang kukuh merupakan benteng yang ampuh bagi menangani godaan-godaan itu.

Masalahnya ialah hati kita selalu berbolak-balik dan iman kita pula selalu turun dan naik. Itulah sifat hati dan iman.  Ia berbolak-balik dan turun-naik.

Di bawah ini adalah suatu do`a yang selalu diamalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:

Pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH dengan do`a ini.

Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك

(Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atiKA)

“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك

(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)

“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang selalu membacanya.  Dan in sha’ ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.

Hayati makna doa tersebut dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH.  KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.

Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati kita semua pada agamaNYA, amin…

Sebarkan dan kongsilah dengan semua.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com

%d bloggers like this: