Tag Archives: Fikrah

Beberapa Pendapat Ulama Muktabar Tentang Sambutan Nisfu Sya`ban

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

“ALLAH melihat kepada hamba-hambaNYA pada malam nisfu Sya`ban, maka DIA mengampuni semua hamba-hambaNYA kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”

(Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).  Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Hadith di atas merupakan hadith yang sahih dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam berkenaan fadhilat nisfu Sya`ban.  Terdapat banyak lagi dikatakan hadith-hadith yang membentangkan tentang fadhilat dan kaifiat sempena Nisfu Sya`ban.  Namun, hadith-hadith tersebut telah dikategorikan sebagai dhaif (lemah) dan maudhu` (palsu).

Adapun berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya`ban, berikut disenaraikan beberapa pandangan `ulama muktabar tentangnya:

(1)  Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

(2)  Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

(3)  Al-Hafiz al-Iraqi:

“Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya`ban adalah maudhu`, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”

(4)  Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan `Isya’ pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya`ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid`ah (ditokok tambah dalam agama).”

(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

(5)  Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz:

“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).”

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

(6)  Al-Imam as-Suyuti:

“(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).”

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Kesimpulan

  • Beribadatlah mengikut apa yang telah disyariatkan melalui nas sahih yang diperolehi dari al-Quran dan as-Sunnah.  Jangan sekadar mengamalkan sesuatu ibadah kerana ikut-ikutan, tanpa sandaran yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunnah.

  • Diharuskan untuk memperbanyakkan ibadah pada malam Nisfu Sya`ban dengan mengambil fadhilat dari hadith yang telah disebutkan di atas.  Iaitu contohnya dengan mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan lain-lain amalan baik bagi mendekatkan diri kepada ALLAH.  Tiada amalan ibadah tertentu dan khas yang bersumberkan nas yang sahih sempena Nisfu Sya`ban.  Hal ini telah disebut oleh beberapa ulama seperti di atas.

  • Jauhkan dari perbuatan syirik dan sifat permusuhan.  Kerana dua sifat yang buruk ini membuatkan diri seseorang tidak mendapat keampunan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

  • Berhati-hatilah dengan ancaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dalam hal berdusta ke atas Baginda.  Berdusta ke atasnya bermaksud menyandarkan sesuatu amalan dan perkara kepada Baginda sallAllahu `alaihi wasallam, walhal Nabi SallAllahu `alaihi wasallam tidak pernah berkata, perbuat atau bersetuju amalan sebegitu.  Sabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang bermaksud:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).  Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.)

Semoga ALLAH Yang Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa kita, amin.

WAllahu Ta`ala A`lam.

www.muzir.wordpress.com

(Disusun dan disunting semula bersumberkan artikel di al-Ahkam.net)


ISLAM HADHARI: Sekadar komen saya

Pertama kali saya terserempak dengan istilah “ISLAM HADHARI” ni ketika Malaysia di ambang pilihanraya umum ke-11, tahun 2004.  Istilah ini tidak pernah kelihatan/kedengaran di KL dan Selangor ketika itu.  Tetapi di Terengganu, banner-banner ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI” menjadi hiasan di mana-mana ceruk negeri.  Padanya terpampang gambar DS Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Dr Abdullah Md Zin dan DS Idris Jusoh (seingat saya).

Terengganu ketika itu diterajui kepimpinan negerinya oleh PAS.  Disebabkan PAS adalah parti yang dilihat sebagai pihak yang memperjuangkan ISLAM, maka mungkin UMNO merasakan ISLAM HADHARI boleh dijadikan formula ampuh merampas kembali Terengganu demi political mileage mereka.  Ternyata, ia menjadi… ditambah pula dengan pelbagai “*strategi politik*” yang digunakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat politik mereka.

Selepas itu, tersebarlah istilah ini ke seluruh ceruk negara.  Malah ia dipromosi ke luar negara.  Pelbagai reaksi positif dan negatif timbul. 

Saya, secara peribadi sangat tidak setuju dengan istilah ‘ISLAM HADHARI’ yang pelik ini sejak ia mula diperkenalkan.  Sangat janggal istilahnya.  ISLAM tidak perlu ditongkatkan dengan mana-mana istilah untuk menampakkan kehebatannya.  Atau untuk ia diterima sesuai dengan zaman semasa.  ISLAM ya’lu wala yu’la ‘alaih!  Namun siapalah saya?  Kata2 insan kerdil ini tidak mempunyai pengaruh langsung bagi merubah kehendak kerajaan agar jangan digunakan istilah ini.

Setahu saya, sekitar tahun 2004 hingga awal 2007, belum ada lagi fatwa dan pendapat ulama’ yang terkenal yang tidak bersetuju dengan istilah tersebut.  Mungkin istilah tersebut masih belum tersebar ke luar negara.  Namun, di Malaysia, beberapa ulama’ telah mengeluarkan pendapat mereka, antaranya TG Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain ahli agama dan akademik.  Malah TG Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan buku khas berkenaan isu ini yang bertajuk ‘Hadharah Islamiyyah, Bukan ISLAM Hadhari’ yang menyanggah penggunaan istilah ‘ISLAM HADHARI’.

Ummat ISLAM yang mempunyai iman yang sihat, tentu sukar untuk menerima jenama ISLAM HADHARI yang diperkenalkan ini, termasuklah saya, walaupun saya maklum bahawa iman saya tidaklah sekental orang lain.  Komen-komen terdahulu yang pernah saya utarakan di AAN, ada saya lampirkan di bahagian komen.

Terkini, antara fatwa dan pendapat ulama’ tersohor dunia yang saya jumpai yang menolak istilah ISLAM HADHARI ini adalah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi:

Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil. 

 dan Prof Dr Wahbah Zuhaili:

Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan) dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.  Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki).

Nah, mereka telah bersuara.  Namun suara-suara ulama’ besar ini tidak kedengaran di media perdana akibat kekangan.

Sebagai insan kita mengakui bahawa setiap apa yang diusahakan insan pasti ada cacat-celanya, apatah lagi jika ia diusahakan atas dasar political mileage pihak berkuasa.  Haruskah kita menolak bulat-bulat ISLAM HADHARI ini?  Pada saya istilahnya; YA, kita kena tolak.  Namun, pengisiannya mestilah diterima secara terbuka oleh kita, tetapi bersyarat.  Selagi menepati al-Quran dan as-Sunnah, kita kena meraikannya dan membantu perlaksanaannya.

Kesimpulan saya:

  • ISLAM yang diturunkan ALLAH subhanahu wata’ala kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam telah sempurna dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.  Ia tidak mememerlukan nilai tambah ciptaan manusia utk menjadikan ia relevan dengan nilai semasa.
  • ISLAM HADHARI bermasalah dari segi istilah.  Malah pendekatannya boleh menyesatkan manusia dalam tempoh yang panjang.
  • Disebabkan ia dasar kerajaan yang tak mampu kita ubah (melainkan berubahnya kerajaan), maka kita perlu mengambil ruang dan peluang yang ada untuk melaksanakan ISLAM yang hakiki, walaupun terpaksa mual menggunakan istilah ISLAM HADHARI.  Kakitangan kerajaan dan swasta yang berfikrah Islami harus bijak mencari ruang yang tersedia ini utk merealisasikan ajaran ISLAM ke dalam organisasi dan dasar kerajaan dan negara.
  • Teguran dan sifat bantu-membantu atas hal kebaikan dan mencegah keburukan harus diperutuhkan di kalangan rakyat.  Jangan asyik mengadu dan mengkritik sahaja.  Cadangan membina kepada kerajaan dan lain-lain pihak yang ingin menterjemahkan ISLAM ke dalam masyarakat perlu dibuat.  Supaya kebaikan ISLAM dapat disebar-luaskan kepada masyarakat.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
13 Julai 2008


World-world jugak, akhirat jangan lupa!

“World-world juga, akhirat jangan lupa!”

Eh, terbalik tu.  ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh kita:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.”  (Surah 28. al-Qashash ayat 77)

Jadi ungkapan yang sepatutnya adalah:

Akhirat tujuan utama, dunia jangan pula dilupa!”

Mudah2an kita jelas dengan tujuan dan keutamaan kita!


Borak larut malam…

Isteri:  “Bang, kawan2 Linie kan selalu cerita pasal duit yang nak diorang gunakan selepas pencen nanti.  Ada kata nak buat rumah besar, nak buat itu…ini…bla…bla.  Linie tak terfikir pun macam tu.  Entah sempat sampai umur pencen entah kan tidak.”

Suami:  “Sayang, baguslah macam tu.  Jangan fikiran kita asyik disibukkan dengan benda dunia.  Berpada-padalah.  Harta yang kita beli dan sibukkan ni, belum tentu dapat memanfaatkan kita di akhirat nanti.  Yang kita infaq, yang kita salurkan utk agama, yang kita manfaatkan utk ISLAM itulah sebenarnya harta kita.  Bekalan kita.”

Isteri:  “Ha’a…”

Suami:  “Kalau nak beli rumah, belilah sekarang untuk tujuan kita tinggal.  Esok, kalau dah pencen nak bina rumah besar2 pun tak berguna sangat.  Anak2 pun tak tinggal dah dengan kita.  Cukuplah dengan rumah utk menjadi teduhan melindungi diri di samping menikmati baki umur yang tinggal.  Kita punya life expectation pun dah tak banyak.  Kalau ada simpanan ratusan ribu tatkala pencen nanti, banyakkan memberi dari menggunakannya utk diri sendiri.”

Isteri:  “Betul tu bang…”

Suami:  “Bermula sekarang, kita kena banyakkan harta yang boleh memberi manfaat kepada kita di akhirat nanti.  Kalau kita berharta, yang mana harta tu hanya kita sahaja yang menikmatinya.  Takat tu jelah.  Cuba sayang tengok kat internet ni, berduyun-duyun manusia membina bekalan supaya ia menjadi antara bekalan yang berkekalan memberi kebaikan kepada kita.”

Suami:  “Abang sendiri cuba utk berlumba dengan orang lain.  Abang cuba nak mempunyai pahala yang banyak macam orang lain setakat mampu.  Walaupun tak ramai ke website abang, tapi at least ada, sesuailah dengan kemampuan yang terhad ini.  Mudah2an ia terus dilawati manusia.  Tengok ni website ni, ustadz Zaharuddin punya, lebih sejuta manusia telah mendapat manfaat.  Ni website al-ahkam dah dekat 10 tahun mencurah bakti.  Sayang tak jealous ke?”

Isteri:  “Fuh, banyaknya!  SUbhanALLAH!”

bla…bla…bla…

Moralnya?  Fikirkanlah sendiri…


Tolonglah, Jangan Tangguhkan Mereka!

ISLAM adalah addin yang benar. Dan kebenaran ISLAM bisa sahaja mengetuk pintu hati sesiapa sahaja yang diberi ALLAH akan hidayah & taufiq.

Malangnya, kedengaran kisah kadang2 ada non-muslim yang berminat untuk memeluk ISLAM yang ditangguhkan oleh ustadz/pegawai/wakil Jabatan Agama, malah kita sendiri pun. Ada sebahagian mereka merespon kepada non-muslim ini, dengan berkata:

“Datang pejabat saya minggu depan…”

“Nanti kita setkan appointment ye…”

“Awak dah fikir betul2 ke…?”

“Baca dan kaji dulu…”

“Dah ‘potong’ …?”

“You pergilah pejabat agama…”

Dan lain2 respon yang merugikan si non-muslim itu. Sedangkan hidayah & taufiq telah mengetuk hati fitrah si non-muslim itu untuk memeluk ISLAM.

Inilah senario yang terdapat di Malaysia dan mungkin di lain2 tempat juga. Amat sedih sekali . Sedangkan peluang sebegini bukan selalu mendatangi kita, iaitu peluang membantu si non-muslim menyatakan kesaksiannya kepada ISLAM: mengucap 2 kalimah syahadah. Peluang sehebat ini jarang dilepaskan oleh orang yang tahu akan kebaikannya, seperti video berikut:

Sepatutnya, apabila ada si non-muslim datang kepada kita menyatakan hasrat ingin memeluk ISLAM, railah dia, bantulah dia serta merta agar terbuka luas & mudah untuknya menikmati ISLAM & IMAN ini. Bantulah dia mengucap 2 kalimah syahadah. Selepas itu, barulah kita bawa dia ke pejabat agama dan mengikuti pelbagai prosedur.

Tolonglah…jangan tangguhkan mereka!

Utk mengikuti kisah2 revert/convert-to-ISLAM, sila lawati:

www.wechooseislam.wordpress.com

waAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
1 Julai 2008


%d bloggers like this: