Tag Archives: fitnah

[An-Nasihah] Lindungi Dari Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

Muka surat 1

Muka surat 1

Muka surat 2

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH: Continue reading


[Video] Saya Tidak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr Haron Din

Kisah Dato’ Dr. Haron Din memindahkan sekumpulan jin menggunakan beberapa buah bas pernah hangat dulu dan masih diperkatakan sehingga sekarang.  Ketika saya belajar di UKM pada tahun 1995-1999, kisah ini selalu dijadikan buah mulut para penceramah agama, apatah lagi peristiwa tersebut dikatakan berlaku di sebuah fakulti di UKM dan dekat pula dengan kamsis tempat saya tinggal.

Mungkin beliau pernah membuat penjelasan sebelum ini.  Kini dengan adanya teknologi internet, penjelasan lebih mudah disebarkan kepada ramai.  Berikut adalah penjelasan Dato’ Dr. Haron Din tentang kisah tersebut: Continue reading


Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr Wahbah az-Zuhaily

Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily

Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.  Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan.

Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama, ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi dari segala kejahatan.

Beliau mengingatkan para hadirin bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam ujian.  Ujian-ujian itu mungkin datang samada disebabkan oleh diri sendiri atau boleh juga disebabkan oleh perbuatan orang lain. Continue reading


Usaha Lindungi Diri Dari Fitnah Dajjal

Keluarnya al-Masih ad-Dajjal adalah antara tanda  besar bahawa Hari Kiamat semakin hampir berlaku.  Dajjal pasti akan keluar menjelang hari kiamat bagi memesongkan ummat manusia agar sesat dari landasan yang sebenar.

Hal tersebut telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam melalui hadith-hadith Baginda.

Justeru, kita yang berada  pada akhir usia dunia ini   sangat wajar berhati-hati agar tidak ditipu dan didustai dengan fitnah dan tipu daya si Dajjal itu.  Malah sekalian Nabi hingga Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan ummatnya agar berhati-hati terhadap fitnah Dajjal.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:

  • Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA.  Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah   manusia.
  • Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
  • Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya.  Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari terjebak mengikuti dan   mempercayainya.
  • Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah  Dajjal.  Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:

اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ

مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.”

(Muttafaqun `alaih)

  • Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal   surah al-kahfi, pasti terlindung  daripada Dajjal.”

(HR Muslim 809)

  • Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.

“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara   hingga lapan hari, daripada segala   fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

  • Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar.  Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.

“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi ALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.”

(HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal  kecuali Makkah & Madinah.” 

(HR Bukhari)

Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…

– muzir.wordpress.com


Khutbah Jumaat Dr Abd Basit: Isu Fitnah Dan Sumpah

Assalamu’alaikum…

Mutaakhir, negara telah dihebohkan dengan berita berunsur fitnah dan saranan sumpah.  Saya secara peribadi mencegah diri dari heboh membicarakannya, apatah lagi mensensasikannya.  Kenapa?  Klik.

Berikut adalah khutbah Jumaat Dr Abdul Basit Abd Rahman, Pondok Sungai Durian mengupas isu semasa berkaitan dengan fitnah dan sumpah.  Video di bawah saya petik dari laman al-Ahkam.net.  Mudah2an ia bermanfaat, insyaALLAH:

Video 1/3:

Video 2/3 (sambungan):

Video 3/3 (sambungan):


%d bloggers like this: