Tag Archives: Gaza

Malulah Kalian, Orang Susah Di Palestin Pun Derma Ke Somalia!

Saya baru sahaja pulang dari mendengar taklimat dari dua orang wakil Aqsa Syarif Berhad yang baru-baru ini telah berada beberapa hari di Ghazzah, Palestin.  Biasalah, beberapa pengalaman dan kisah yang mereka sampaikan memang biasa saya dengar dari beberapa wakil NGO yang memperjuangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin.

Cuma, kali ini diceritakan tentang perkembangan terkini sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh rakyat Malaysia dan bagaimana sumbangan-sumbangan itu diterjemahkan ke dalam bentuk yang boleh memanfaatkan rakyat Palestin di sana.  Alhamdulillah, tahniah buat Aqsa Syarif Berhad.

Rakyat Palestin Prihatin Terhadap Krisis Kebuluran di Somalia

Anak Palestin

Apa yang paling menyentuh hati saya ialah apabila kami diberitahu bahawa masyarakat di Ghazzah (Gaza), Palestin dengan inisiatif sendiri telah mengumpul sejumlah wang untuk membantu saudara-saudara seagama mereka di Somalia yang kini teruk dilanda krisis kebuluran.  Setiap keluarga telah menyumbangkan sebanyak 10 dollar dan dikatakan bahawa antara bantuan terawal yang sampai ke Somalia ialah dari Palestin. Continue reading


Ceramah Tentang Palestin

Rakyat Palestin Telah Lama Menderita. Prihatinkah Anda?

Seperti yang telah kita semua maklum, Palestin terutama di Ghazzah telah diserang dan dizalimi oleh pihak Zionist Israel.  Bagi memberi pencerahan akan situasi yang berlaku kepada para remaja, Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih Klang melalui Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menganjurkan ceramah berkenaan isu tersebut pada hari Jumaat, 16 Januari 2009.

Antara yang telah saya sentuh ialah:

  1. Keistimewaan Palestin di sisi ummat ISLAM
  2. Apa yang berlaku kini?
  3. Faktor ummat ISLAM di Palestin dizalimi, khususnya dan seluruh dunia umumnya.
  4. Peranan ummat ISLAM dalam isu tersebut.

Boleh dibaca di dalam versi artikel di sini:

Berikut disertakan slide show yg telah digunakan dalam ceramah tersebut untuk tuan/puan manfaatkan, insyaALLAH:

Shahmuzir Nordzahir

www.wordpress.com


Air mata telah menitis…

Doa telah dipanjat…

Rayuan telah dipohon…

Hati telah digoncang…

Wang sudah dihulur…

Mulut sudah mewar2 akan nasib ummat bumi yg diberkati…

Tangan sudah menahan dari membeli dari si bangsat…

Apa lagi yg aku nak buat??!!

Saban waktu saudara2ku dizalimi, ditembak, dihunus, ditendang, disepak, dipukul, dibom, diterajang, dicabul, disekat dan dianiaya…

Aku pula?

Muslim yg lain buat apa?  (Masih berkira2 apa nak buat?!)

Oooohhhh…Tuhan!

Kami tak mampu…

Ampunkan kami…Satukanlah kami…Perbaikilah kami…

Janganlah ENGKAU biarkan kami menzalimi diri kami sendiri…

Oh TUHAN…oh TUHAN…oh TUHAN…

Bantulah kami ummat ISLAM…muliakanlah kami dgn ISLAM…


Qunut Nazilah

Qunut Nazilah adalah salah satu sunnah yang telah dipinggirkan oleh kebanyakan ummat Islam di seluruh dunia. Ia adalah doa yang dibaca di dalam solat, selepas iktidal; apabila ummat Islam sedang menghadapi bahaya atau bala.

Anas bin Malik radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” [Sahih Ibnu Khuzaimah, Bulugh al-Maram – 0242)

Abdullah ibnu Abbas radhiAllahu anhu telah berkata:

“Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam pernah membaca doa qunut selama sebulan berturut-turut dalam solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat; iaitu ketika iktidal sehabisnya mengucap ‘samiAllahu liman hamidah’. Di situ ( dalam doanya) baginda mengutuk kaum Banu Sulaim, Ri’l, Dzakwan dan Ushaiyah; sedangkan makmum di belakangnya mengaminkan doa itu.” [sunan Abu Daud – 1393]

Lafadz do’a qunut adalah bebas.  Tiada lafadz khusus.  Terpulang bagaimana hendak dipanjatkan do’a itu kepada ALLAH, asal sahaja meminta bantuan ALLAH agar kezaliman kepada ummat ISLAM dihentikan.

Berikut adalah contoh-contoh do’a qunut yang sempat saya cari:  Continue reading


Kenyataan Rasmi Mursyid Am IM Tentang Ghazzah (Gaza)

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala’ kepadanya (Wala’ – tempat kecintaan, rujukan dsb. – pent.)..

Firman Allah swt bermaksud,

“Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud,

“Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin).”

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Continue reading


%d bloggers like this: