Tag Archives: gerakan islam

Jemaah Tabligh: Iman Terputus Jika Dakwah Putus

“Astaghfirullah, macam ni keadaan belting ni hancur?!”  kata saya.

“Ha’ah bang.  Motor skuter macam abang pakai ni kena selalu buat maintenance bang.  Sebulan sekali kena tengok.  Manja sikit skuter ni”  balas mekanik yang berumur hujung belasan tahun.

Saya termenung.  Agaknya selama ni saya bawa motorsikal dalam keadaan belting tersebut nyawa-nyawa ikan sahaja.  Dan syukurlah, ajalnya sampai ketika hari masih siang, cuaca elok dan ditentukan oleh ALLAH ia gagal berdekatan dengan woksyop pula.  Alhamdulillah.

'Belting' motor terputus & hancur!

Saya terpaksa tunggu lama.  Sebab tiada spare part.  Mereka terpaksa membelinya di kedai spare part yang berdekatan.  Sambil menunggu saya melihat telatah dan gelagat remaja-remaja yang keluar masuk ke bengkel motorsikal tersebut.  Mendengar perbualan mereka, saya dapat mengagak bahawa bengkel tersebut diusahakan oleh beberapa orang pemuda/remaja Melayu.  Datang rasa bangga dalam hati saya, lalu mendoakan agar mereka berjaya dalam perniagaan, amin.

Sedang menunggu, tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi Continue reading


Fathi Yakan Pergi Bertemu Dengan Tuhannya

Jumaat lepas, saya telah dikejutkan dengan berita kematian Syeikh Fathi Yakan.  Terbaca di status Facebook Ustadz Hasrizal berkenaan berita tersebut.  Saya cuba memeriksa kesahihan berita tersebut di al-Ahkam.net, al-Fikrah.net dan lain-lain sumber di internet.  Ya, berita tersebut tersebar.  Tetapi sebahagian pihak telah menafikan kematian syeikh Fathi Yakan.  Beliau ketika itu belum meninggal dunia lagi, tetapi sangat nazak dan bergantung kepada alat bantuan hayat.

Disebabkan beritanya masih belum disahkan, maka saya menangguhkan untuk menulis tentangnya di blog.  Langsung terlupa.  Tiba-tiba semalam saya teringat untuk menulisnya apabila seorang rakan bertanya tentang tarikh kematian syeikh Fathi Yakan.

 

 

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

As-Syeikh Dr Fathi Yakan

 

 

Syeikh Fathi Yakan Kembali Bertemu Tuhannya

Syeikh Fathi Yakan yang saya kenal namanya melalui buku ‘Madza Yakni Intima-i lil-ISLAM’ (Apa Ertinya Saya Menganut ISLAM), iaitu buku yang sering digunakan oleh ahli gerakan ISLAM dalam sesi usrah telah bertemu dengan Tuhannya pada hari Sabtu 13 JUN 2009, jam 4.45 petang.  Beliau telah meninggal dunia di Hospital Hotel Dieu, Lubnan.  Beliau meninggal dunia pada umur beliau 76 tahun disebabkan oleh penyakit angin ahmar (stroke).  Inna lillahi wa inna ilaihi raji’unContinue reading


%d bloggers like this: