Memang bergetar hati apabila mendengar ucapan Sultan Brunei di majlis perasmian perlaksanaan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 yang diadakan pada 30 April 2014. Betapa keazaman kerajaan Brunei Darus Salam untuk melaksanakan hukum ALLAH begitu jelas terpancar dari ucapan Baginda Sultan Brunei. Berikut sebahagian petikan ucapan tersebut: Continue reading
Tag Archives: hudud
Alhamdulillah, Kerajaan Brunei Laksana Hudud – Kita Cemburu, TGNA Lagi Cemburu!
Berita terkini mengenai Kerajaan Brunei akan melaksanakan hukum syariat Islam telah tersebar dengan mendapat respon yang pelbagai dari seluruh yang membacanya. Tentunya bagi orang-orang yang beriman, berita ini disahut dengan puji-pujian kepada ALLAH dan takbir. Alhamdulillah! Allahu Akbar!
Genap 3 tahun, kini Oktober 2013, hasrat mulia Baginda Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum syariat Islam (hudud) mulai terealisasi. Berita video ini menunjukkan kepada kita akan perkembangan tersebut: Continue reading
Sultan Brunei: Siapa Kita Nak Kata ‘Tidak’ Atau ‘Tunggu’ ?!
Hati saya bergetar sebak bercampur gembira apabila membaca dan mendengar kata-kata ini. Kalau ia diucapkan oleh seorang ustadz atau cendekiawan Islam, saya sudah biasa mendengarnya. Namun, kali ini ia diucapkan oleh seorang pemerintah di sebuah negara yang berjiran dengan negara kita, iaitu Sultan Brunei. Tersangat gembira membacanya. Dalam bab ini nampak macam boleh dicontohi…
Saya berdoa kepada ALLAH `Azza wa Jalla agar semua pemimpin dan pemerintah mencontohi semangat dan azam yang ada di dalam dada pemerintah negara tersebut. Dan semoga Baginda Sultan Brunei istiqamah dengan tindakannya.
Berikut adalah petikan akhbar Continue reading
SAMPAI BILAAA??!!
Apabila terlihat poster SHARLINIE, selalu anak saya bertanya:
“Tak jumpa lagi ke abah? Kesian Sharlinie”.
SHARLINIE & NURIN adalah antara gadis kerdil yang telah menjadi mangsa kerakusan & bangsat binatang yang bertopengkan manusia. Berita seumpama ini semakin menggerunkan kita apabila kejayaan menemui semula mangsa penculikan tipis kedengaran. Maknanya, si bangsat dan celaka yang melakukan kezaliman dahsyat itu masih di luar sana.
Justeru, buat ayah & ibu, berhati-hatilah. Lihat-lihatlah di mana anak kalian kini berada. Doakanlah kesejahteraan mereka sentiasa. Dan buat para pemimpin & pihak penguatkuasa, gandakanlah usaha kalian dalam memastikan kesejahteraan ummat di negara ini khususnya. Semua orang perlu berperanan.
Dan saya ingin bertanya: Continue reading