Artikel di bawah telah saya petik dari al-Ahkam.net. Sangat menarik untuk dibaca.
Saya mengharapkan tokoh2 muda lapisan akan datang gerakan ISLAM dapat menyertai bukaan minda ini seperti yang diutarakan oleh artikel di bawah. Suara seperti ini mesti diketengahkan. Ia hasrat ramai ahli gerakan ISLAM yang berfikir, tetapi selalu dianaktirikan dek populariti manusia2 yg kuat vokalnya…
Betapa nasihat `Umar `Abdul-`Aziz kepada anaknya perlu direnung terutama pada zaman yang telah jauh ruh ISLAM kini:
“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga, dan aku takut untuk membawa kebenaran secara total lantas mereka (rakyat) meninggalkannya secara total, maka berlakulah fitnah.”.
Negara Islam, Biarkan Wacana Kritis Berjalan

Saya kira, debat mengenai Islam dan kenegaraan pernah berlangsung hangat tatkala Syeikh Ali Abdul Raziq menggemparkan wacana politik Mesir menerusi buku terkenalnya, al-Islam wa Usulul Hukm beberapa tahun selepas kejatuhan pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan hanya sebuah buku kritikal mengenai politik kenegaraan dan Islam, sekalian ulama al-Azhar pada waktu itu seakan-akan terkejut, lantaran Ali Abdul Raziq juga merupakan salah seorang ulama al-Azhar bersama-sama mereka. Lantas, menyebabkan Ali Abdul Raziq dihukum dengan beberapa tindakan, antaranya ialah dilucutkan statusnya selaku ulama al-Azhar. Continue reading