Tag Archives: kiblat

Masjid Tersalah Arah Qiblat!

Minggu lepas, saya bersolat Zohor di sebuah masjid di Kota Damansara.  Mu`azzin ketika itu sedang melaungkan azan, jadi saya pun tunggulah sehingga beliau selesai.  Dalam hati, saya tertanya-tanya kerana pelik melihat garis-garis putih yang ditampal melintangi ruang solat masjid tersebut.

Ruang solat utama masjid

Selepas solat sunnat ba`diah, saya menghampiri salah seorang ahli jemaah masjid.  Menurut beliau, rupa-rupnya arah qiblat masjid tersebut tidak menepati arah yang betul.  Jadi, garisan-garisan itu adalah tindakan pembetulan yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa masjid untuk memberitahu ahli jemaah masjid tentang arah qiblat yang sebenar. Continue reading


Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

Saya baru sahaja berpindah ke Alam Budiman, Shah Alam.  Sudah hampir sebulan saya di tempat baru ini.  Masih belum ramai orang di fasa yang saya tinggal ini.

Antara perkara pertama yang datang ke fikiran saya ialah arah qiblat, iaitu ke arah mana hendak dihadapkan wajah & tubuh ini tatkala solat.  Sebelum berpindah, saya telah rujuk ke peta Alam Budiman dan secara kasarnya tahulah ke mana arahnya.

Antara kaedah-kaedah lain yang saya gunakan ialah: Continue reading


QIBLA LOCATOR

Website berikut menyediakan kemudahan kepada ummat ISLAM dalam mencari arah dan kedudukan qiblat dari lokasi tertentu.  Kita hanya perlu masukkan lokasi yang diingini.  Mudah.  Apabila outputnya keluar, kita boleh berinteraksi dengan peta Google, samada zoom-in, zoom-out dan sebagainya.  Berikut adalah websitenya:

www.qiblalocator.com

Ini adalah output yang diperolehi apabila saya memasukkan lokasi TTDI Jaya:

Qibla Direction
Your Location
Latitude 3.1015
Longitude 101.5505
 
Qibla
Degrees 292.58° N
Distance 6969 km
Arah qiblat Ilham Apmt, TTDI Jaya
Selamat mencuba!

%d bloggers like this: