Live from Makkah:
Live from Madinah:
Syahdu dan terharu di hati apabila melalui pondok kecil ini.
Bukan kerana terlihatkan pondok tersebut. Tetapi kerana fungsinya. Continue reading
Bersambung dari: https://muzir.wordpress.com/2012/02/06/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-4/
Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda. Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.
Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.
Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut. Continue reading
Hati ini syahdu. Hati ini rindu.
Labbaik ya ALLAH!
http://www.youtube.com/user/SaudiChannelOne?v=L1ofE3wPe5Q
http://www.youtube.com/user/SaudiQuranTv?v=S2PriQcCG38
Bersambung dari: https://muzir.wordpress.com/2012/02/06/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-3/
Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah. Baginda telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian. Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu. Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.
Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak mereka kepada Islam. Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda. Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif. Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari. Sepanjang tempoh itu, semua orang kenamaan telah Nabi jumpa. Tetapi semua mereka telah menghina Nabi. Malah mereka menyuruh khadam-khadam mereka membaling batu kepada Nabi ketika Nabi hendak keluar dari Ta’if. Tumit Nabi terkena batu sehingga kasut Baginda dipenuhi darah. Zaid bin Harithah yang cuba melindungi Nabi, telah terkena batu di kepalanya. Continue reading
Bersambung dari: https://muzir.wordpress.com/2011/02/14/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-2/
4 peristiwa penting iaitu keIslaman Hamzah, kemudiannya keIslaman Umar, penolakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam terhadap tawaran orang kafir Quraisy dan kesepakatan Bani al-Muttalib dan Bani Hashim yang terdiri daripada yang Muslim dan yang kafir untuk melindungi Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam benar-benar mencabar para pembesar Musyrikin Makkah. Kesemua itu berlaku berturut-turut dalam masa kurang dari empat minggu.
Mereka tidak boleh membunuh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kerana mereka tahu akan berlaku pertumpahan darah yang besar disebabkan oleh Bani al-Muttalib dan Bani Hashim telah bersepakat untuk melindungi Baginda. Justeru, kafir Quraisy mesti mencari jalan lain untuk membantutkan dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. Continue reading
Saya tidak dapat menahan diri dari ingin segera merekomen dua buku ini setelah mendapat tahu ada beberapa sahabat saya akan melakukan ziarah ke Makkah dan Madinah tidak lama lagi.
Maklumat ringkas buku: Continue reading
Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio. Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir. Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya. Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya.
LabbaiKA ya ALLAH!
Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut. Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya.
“Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang. Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?” Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung.
Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama? Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut? Continue reading
Berikut adalah gambar-gambar yang membayangkan rekabentuk Makkah dan persekitarannya yang bakal siap pada tahun 2010. Gambar2 diperolehi dari sini.
Fuh, jika benarlah apa yang dilaporkan oleh link di atas, maka sudah tentu projek pembinaan ini dilakukan secara besar-besaran. Pembinaan yang bakal dilakukan ini barangkali bagi menampung jemaah ummat ISLAM yang semakin bertambah mutaakhir ini. ISLAM kini telah menjadi agama yang paling cepat pertambahan penganutnya, terutama pertambahan dari benua Eropah dan Amerika.
Ramai di kalangan ummat ISLAM yang baru memeluk ISLAM telah mengetahui kebenaran ISLAM tatkala mereka membaca sendiri isi kandungan al-Quran. (Sila lawati www.wechooseislam.wordpress.com untuk membaca/menonton kisah2 mereka)
2 tahun lepas, ketika saya pergi mengerjakan umrah, kerja2 pembinaan telah giat dilakukan. Rakan2 saya yang mengerjakan umrah tahun lepas mengatakan bahawa persekitaran Makkah berhabuk dan berdebu disebabkan kerja2 pembinaan. Kita harapkan ia dijalankan dengan penuh teratur, tanpa terlalu mengganggu jemaah muslim yang mengerjakan ibadah haji, umrah dan lain2 ibadah harian di sana.
Berita lain berkenaannya: http://www.worldfutures.info/News/Latest/v.html