Tag Archives: model

Pameran Mengenai Sirah Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung.  Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  SubhanaALLAH!

DSC_0882

‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.

Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Continue reading


Gambaran Keadaan Rumah Rasulullah saw

Gambar di bawah adalah antara bahan pameran yang dipamerkan di Jeddah, Arab Saudi.  Ia merupakan replika dalaman rumah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Model rumah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam dibina bagi memberikan gambaran kehidupan yang sangat sederhana yang dialami oleh seorang hamba ALLAH, yang juga pesuruh ALLAH dan pemimpin agung ummat manusia.

Semoga ia dapat memberikan kita keinsafan.

Replika dalaman rumah Rasulullah saw
Replika dalaman rumah Rasulullah saw

Saya petik gambar di atas dari sini.

Menurut sumber yang dipetik, model tersebut dibina berdasarkan hadith-hadith sahih yang telah diriwayatkan.  WALLAHU Ta’ala A’lam.

Untuk melihat gambar tersebut dengan lebih jelas dan merasa seolah-olah kita berada di dalam blik tersebut, bolehlah lihatnya dalam bentuk spherical panorama (360 darjah), sila klik:  sini (mesti klik!) 

www.muzir.wordpress.com

 


%d bloggers like this: