Tag Archives: mudzakarah

Muqobalah PAS-UMNO

Menyentuh isu semasa tentang muqobalah (pertemuan) yang telah diadakan beberapa kali oleh sebahagian kepimpinan PAS & UMNO, pada saya ia kisah lama yang berulang2…

Jauh di sudut hati setiap kita nak melihat perpaduan ummat ISLAM di Malaysia. Hatta, saya percaya sejak dahulu kepimpinan UMNO & PAS ingin melihat ia terlaksana. Yang menjadi penghalang adalah ideologi dan pegangan.

Kita sebagai ummat ISLAM, tak boleh mengorbankan ISLAM sebagai ad-Din, walaupun atas nama perpaduan. Kerana ISLAM adalah suatu yang menjadi teras dan pegangan kita.  Tetapi, kita boleh mengorbankan lain-lain unsur untuk tujuan perpaduan misalnya.  Dalam hal ini, UMNO mestilah mengorbankan idea nasionalisme dan sekularismenya jika ingin melihat perpaduan Melayu dan ummat ISLAM di Malaysia.  Kepimpinan PAS sejak dahulu lagi telah lama bersetuju untuk bergabung asal sahaja UMNO menerima syariah Islamiyyah sebagai dasar perjuangan.

Hasrat utk berjumpa, berbincang hatta bergabung akan terus dicatat sejarah hingga akan datang antara UMNO & PAS. Hakikatnya, mereka rindu utk melihat perpaduan orang Melayu.  Kita pernah gemilang dan bersatu padu atas nama ISLAM sewaktu zaman kegemilangan Kesultanan Melayu yang didasarkan dengan ISLAM.  Ternyata, ISLAM memberi kemuliaan kepada ummat yang menjadikannya sebagai pedoman.  Apabila ISLAM disisihkan, maka saat itulah ummat Melayu kehilangan megah dan gemilangnya.  Hilang barakah dan restuNYA.

Saya sangat berharap pertemuan demi pertemuan terus dilakukan. Agar akhirnya nanti ummat Melayu Muslim di Malaysia bukan lagi dilihat sebagai 2 kumpulan, tetapi 1 ummat yang bersatu padu atas dasar Islamiyyah, amin… Walaupun ia seakan terlalu ideal, namun setiap perkara untuk ia berlaku, bermula dengan niat dan cita2.  Ia mungkin sukar dan mengambil masa, tapi ia tidaklah suatu yang mustahil.

Saya melihat PAS sebagai parti ummat ISLAM yang jujur dan ikhlas dengan perjuangannya.  Walaupun muqobalah ini bagus, namun ia tetap perlu ditangani dengan hati-hati terhadap sebarang taktik yang berkemungkinan digunakan oleh sebahagian pihak (eg UMNO) yang mahu menangguk di air yang keruh.  Kerisauan ini ada disuarakan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam Harakahdaily.

wAllahu ta’ala a’lam.


%d bloggers like this: