Tag Archives: muhasabah

[An-Nasihah] Muhasabah Cinta

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
26 Mac 2012.

Arghh…Aku Dikecewakan…

Aku kecewa.  Aku dikecewakan oleh mereka.  Aku diusik perasaan dengan perbuatan mereka.  Kenapa mereka buat begini pada aku?  Sedangkan selama ini telah banyak aku perbuatkan untuk mereka.  Semuanya kerana ALLAH.  Betul, kerana ALLAH.  Nasihatku, tegurku, marahku semua itu kerana ALLAH.  Aku kasihkan mereka semua kerana ALLAH.

Telah banyak masa, tenaga dan wang aku belanjakan bagi menyampaikan mesej-mesej ALLAH kepada mereka.  Semua itu bagi mendapatkan redha ALLAH.  Eh, kenapa aku berasa kecewa pula ni? 

Sepanjang perjalanan di atas motorsikalku, aku memikirkan hal itu.  Memikirkan kenapa rasa kecewa dengan perbuatan mereka menyinggahi hatiku? Continue reading


Muhasabah Harian Setiap Muslim

Semalam saya menerima nota dari facebook berkenaan satu checklist yang boleh dijadikan muhasabah buat kita semua, terutama buat diri saya yang selalu sangat lalai dan leka.  Sila baca berikut  (Mudah2an ia bermanfaat):

*******
Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
  1. Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjemaah di masjid ? (bagi lelaki)

  2. Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi lelaki)

  3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

  4. Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib?

  5. Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib? 

  6. Apakah anda hari ini khusyu’ dalam shalat, menghayati apa yang anda baca?

  7. Apakah anda hari ini mengingatii mati dan kubur?

  8. Apakah anda hari ini mengingati hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

  9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

  10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan daripada api neraka? Kerana: Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, Wahai Allah! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan daripadapada api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, Wahai Allah! Selamatkan dia daripada api neraka. (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6) 

  11. Apakah anda hari ini membaca hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?  Continue reading


%d bloggers like this: