Tag Archives: nasyid

Jangan Berputus Asa, Kembalilah Kepada Tuhanmu.

Buat diriku dan sekalian ummat manusia, hampir setiap hari kita kadang-kadang dengan sengaja atau tidak sengaja menghimpun dosa.  Baik dan jahat bercampur-campur kita lakukan.  Pahala dan dosa berganti-ganti mengisi karung amalan kita.  Namun, sebagai manusia kita sentiasa cuba mengkoreksi diri dan beristighfar tatkala sedar dari lamunan orang berdosa.

Jika kita manusia yang jarang atau tidak pernah insaf sebelum ini, tetapi mahu kembali kepada ALLAH… Nah, pintuNYA sentiasa terbuka luas!  Marilah kembali kepadaNYA, jangan tangguh lagi.  Masih ada harapan.  Kerana DIA Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang…

ALLAH subhanahu wata’ala sentiasa bersedia dengan pengampunan.  Dan taubat seorang yang bertaubat akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu…

ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ

إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Bermaksud:  “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az Zumar: 53)

Dan dari Anas bin Malik radhiAllahu `anhu, beliau berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

“ALLAH subhanahu wa ta’ala berfirman:  “Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu dan AKU tidak akan memperdulikannya lagi.  

Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu.  

Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula.”  

(HR Tirmidzi, beliau berkata: “hadits ini hasan”)

Ayuh, saudaraku semua!  Tak kiralah samada anda pernah mencuri, berbohong, meninggi suara terhadap ibubapa, menzalimi orang lain, berzina, membunuh atau sebagainya; BERTAUBATLAH!.  Selagi nyawa belum dicabut dari tubuhmu, taubatmu masih akan diterima ALLAH, mudah-mudahan.

Semoga kita beroleh TAQWA, amin.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
7 September 2009


Al-Ghuraba’ (Orang Asing)

Kadang-kadang kita terasa yang diri kita hidup di dalam suasana yang asing.

Tatkala orang lain bermewah-mewahan, berseronokan, berjoli, mengaut habis keuntungan dunia, melanggar perintah2 Tuhan dan sebagainya.

Ssedangkan kita tetap dalam keadaan qanaah, malah patuh dengan perintah Tuhan.  Berjaga-jaga dalam setiap hal.  Meninggalkan yang haram dan syubhah.  Sentiasa cuba utk bersikap warak dalam hal keduniaan.  Menjaga amalan2 sunnah, malah berittiba’ dengannya.  Kita lihat tak ramai yang begitu.

Rugikah kita?  Oh tidak!  Memang itu sudah dijanjikan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Kita yang cuba utk kekal dalam beragama akan merasa diri asing.  Lihatlah sekeliling… Nescaya kita akan lihat sangat sedikit orang yang mahukan ISLAM.  Semoga perasaan asing yang melanda diri terubat dengan pesan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut:  (InsyaALLAH kita akan beruntung)

Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

 

Dari Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata: Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wa sallam memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

Lirik Nasyid Ghuraba’

Ghuraba’ Ghuraba’ Ghuraba’ Ghuraba’
Ghuraba’ Ghuraba’ Ghuraba’ Ghuraba’
Ghuraba’ Ghuraba’ Ghuraba’ Ghuraba’

Ghuraba’un wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghuraba’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah Continue reading


Koleksi Nyanyian Azhan Atan di Akademi Nasyid

Saya sehingga hari ini belum berkesempatan menonton Akademi Nasyid di TV9.  Walaupun begitu, saya suka mendengar nyanyian Azhan Atan yang berupaya membawa mesej nasyid dengan sangat berkesan.  Saya mula mengenali beliau apabila AAN membawa Azhan Atan ke lamannya, tempat saya selalu menimba ilmu secara siber.  Berikut adalah beberapa nyanyian beliau yang saya telah perolehi hasil carian saya di internet:

(Tips:  Utk menonton video di Youtube secara lancar, sila klik ikon ‘PLAY’ kemudian klik ikon ‘PAUSE’.  Biarkan tanda merah penuh.  Apabila dah penuh, tekan ‘PLAY’ balik.  Enjoy the video ya 😉 )

 

(1)  KAU Yang Satu

(2)  KepadaMU Kekasih

(3)  KAU Kekasih Awal & Akhir

(4)  Takkan Berpaling

(5)  Sesungguhnya

(6)  Permaidani

(7)  Pergi Tak Kembali


Veil (Hijab) – Dawud Wharnsby

The Veil
by Dawud Wharnsby

They say “Oh poor girl,
You’re so beautiful you know,
It’s a shame that you cover up your beauty so.”

She just smiles graciously,
and responds reassuringly,
“This Beauty that I have is just one simple part of me,
This body that I have,
no stranger has the right to see.
These long clothes,
this shawl I wear,
ensure my modesty.
Faith is more essential than Fashion,
wouldn’t you agree?

This Hijab
This mark of piety
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to preserve her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her girl, don’t you know,
this is the west and you are free.
You don’t need to be opressed, ashamed of your femininity.
She just shakes her head, and she speaks so assuredly.
See the Billboard and the Magazines,
The lines, the check-out Isles,
With their phony painted faces
and their airbrushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns
they are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy.”

And this Hijab
This mark of piety
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to preserve her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart to see the heart of purity.


Ulangtahun SMAKL 20 Tahun

10 OGOS 2008, SMAKL telah meraikan hari ulangtahunnya yang ke-20.  Program tersebut telah diadakan seharian (dari pagi hingga malam) di SMKAKL, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.  Saya tak sempat menghadiri programnya di sebelah siang disebabkan oleh sibuk menjadi tuan rumah kepada majlis perkahwinan adik perempuan saya.

Saya sempat juga hadir pada sebelah malamnya, walaupun masih penat.  Ternyata, agak gilang gemilang juga program sambutan ulangtahun tu.  Pada sebelah malam, terdapat ucapan guru-guru lama, klip video bangunan SM Wangsa Maju tempat SMAKL menumpang dulu dan beberapa persembahan nasyid.  Tak sangka, kumpulan Raihan dan Rabbani turut mewarnai majlis pada malam tersebut.  Nowseeheart, sudah tentulah, sebab mereka ex-SMAKL!

Antara foto yang sempat diambil pada malam tu:


AZHAN ATAN menyentuh hati kita semua

Semalam AAN memaparkan video seorang peserta Akademi Nasyid bernama Azhan Atan yang berasal dari Johor. 

Setelah menonton beberapa video yang diusahakan oleh proalahkam, ternyata Azhan Atan mempunyai bakat yang luar biasa.  Walaupun beliau digolongkan sebagai insan OKU (Orang kurang Upaya) kerana kurang daya penglihatan, namun suaranya merdu.  Yang paling menarik ialah penyampaian beliau lebih mengutamakan inti lirik lagu.  Jelas sekali pada lagu-lagu yang disampaikan, penekanan kepada lirik dan mesej lagu sangat terserlah.  Tidak hairanlah jika ada yang tersentuh jiwa mereka tatkala mendengar dan menghayati lagu yang disampaikan oleh beliau.

Saya masih tidak tahu pada hari apa dan jam berapa rancangan Akademi Nasyid ini ke udara di TV.  Kalau saya terlepas rancangan ini pun, sure akan ada orang lain upload ke internet ;).  Namun, harapan saya ingin melihat insan bernama Azhan Atan menyerikan suasana dunia hiburan di Malaysia dan membawa masyarakat ke arah mengesakan ALLAH.


%d bloggers like this: