Tag Archives: pkr

Jangan Sampai Putus Saudara, Kawan & Tuhan!

Walau berbeza, persaudaraan tetap dijaga.

Walau parti apa pun yang saya pilih, walau parti apa pun yang saya sokong dan tolong; saya harap saudara-mara dan rakan-rakan saya yang tidak sama dengan pilihan saya tidak berkecil hati.

Kita tetap bersaudara.  Kalau boleh kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa perbezaan kecenderungan parti politik tidak menyebabkan kita bermusuhan.  Tidak menyebabkan kita putus persaudaraan.  Bahkan kita boleh berfikiran terbuka tentangnya.

Kita adalah insan-insan yang matang.  Raikanlah perbezaan.  Agree to disagree.

Hendak berkempen, berkempenlah sampai ke awan.

Tapi jangan sampai putus saudara, kawan dan Tuhan!

muzir.wordpress.com


Parti Islam SeMalaysia (PAS) Tetap di Hati

Tak habis-habis kisah lompatnya para pemimpin Parti Keadilan Rakyat ke parti UMNO.  Masalah peribadi?  Dibeli maruah?  Hilang semangat perjuangan?  Saya tak tahu apakah sebabnya?

Senario ini memang dilihat tidak sihat, apatah lagi pada pandangan dan hati rakyat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat.  Mereka yang lompat-lompat ini sebelum itu bukanlah sangat dipilih kerana kredibiliti atau terkenalnya mereka sebagai calon.  Mereka tidak dikenali.  Tetapi, lebih kepada harapan menggunung rakyat kepada PR, iaitu Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) yang dilihat mampu untuk menyeimbangkan keangkuhan Barisan Nasional.  Dan yang paling penting memperjuangkan suara rakyat yang selama ini dipandang sepi oleh kerajaan BN.

Pastinya senario ini mengecewakan hati-hati para pengundi, penyokong parti serta rakan seperjuangan mereka sebelum ini.

Berbanding Parti Islam SeMalaysia (PAS), senario lompat parti ini tidak berlaku di kalangan pimpinan mereka.  Mereka jarang menimbulkan masalah dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan.  Malah, PAS sentiasa meraikan sahabat di dalam PR dan sangat menghormati perjanjian  yang telah mereka meterai di dalam PR.  Mungkin ini lahir dari tarbiyyah dan kefahaman yang kuat yang diperolehi di dalam PAS.  Dan tentulah juga, atas keyakinan dan keimanan bahawa perjuangan ini akan menjadi bekalan tatkala bertemu dengan ALLAH nanti. Continue reading


%d bloggers like this: