Tag Archives: pru-13

Menutup Tirai PRU-13

Mujahadah

Mujahadah

Tahniah buat semua yang telah menjalankan tanggungjawab dalam PRU-13.  Kempen sudah, mengundi pun sudah. Ikhtiar telah kita jalankan.  Ada kebaikan buat kita, in shaa’ ALLAH.  Dan ketentuan ALLAH lah mengatasi segalanya.

قدر الله و ما شاء فعل

ALLAH telah mentaqdirkan segala sesuatu dan DIA perbuat apa yang DIA kehendaki.

Pasti ada ibrah dan hikmah besar untuk kita fikiri dan teladani.  Syukurlah ada juga berita gembira yang dapat kita dengar.  Dan sabarlah walaupun banyak juga berita tak sedap kita dengar.  Kerana syukur dan sabar itu sentiasa memberikan kebaikan buat seorang mukmin.  Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya: Continue reading


PRU-13: Saya Pilih Pakatan Rakyat!

ABCD

Saya pilih Pakatan Rakyat (PR), iaitu PAS, PKR dan DAP.  Dan saya suka untuk berkempen bagi pihak mereka.  Jika PR menang 2/3 dalam parlimen dan berjaya bentuk kerajaan baru (mudah-mudahan), saya bersyukur kepada ALLAH, alhamdulillah.

Saya pilih mereka dengan harapan yang besar untuk membersihkan negara kita yang selama ini banyak unsur penyelewengan, korup, rasuah, tidak amanah, tipu, menindas, bolot harta negara dan sebagainya.  Kerajaan hari ini ibarat pejabat besar yang banyak perabot, berperalatan mewah, penuh perhiasan tetapi Continue reading


Dakwat Kekal Pilihan Raya: Tatacara, Simulasi & Fatwa

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, in shaa’ ALLAH dakwat kekal akan digunakan sebagai kaedah untuk mengelakkan penipuan di dalam pilihan raya, iaitu penipuan dari sudut pengundian lebih dari sekali.  Ia salah satu tuntutan BERSIH yang dipenuhi dan diterima baik oleh SPR.  Tahniah BERSIH dan SPR.

Kaedah ini adalah baru bagi saya dan menimbulkan beberapa persoalan kepada saya.  Jadi, catitan ringkas ini adalah pencerahan kepada saya sendiri.  Saya harap ia juga bermanfaat buat tuan/puan yang sudi singgah dan baca. Continue reading


3 Syarat Agar Kempen Dikira Amalan Soleh

Saya sangat jarang bercakap tentang politik walaupun politik itu sebahagian daripada urusan ummat Islam yang sangat penting.  Di blog ini sangat jarang.  Di Facebook sangat jarang.  Di luar juga sama.

Namun, sempena musim pilihanraya ini, saya selalu bercakap tentangnya terutama di blog dan di Facebook.  Maaf jika sahabat-sahabat tidak selesa.  Saya tidak mahu ketinggalan berkempen sama.

Saya berharap dengan bercakap tentangnya, akan timbul kesedaran dan semangat untuk kita sama-sama mengubah landskap politik negara.  Dari buruk kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik, in shaa’ ALLAH.  Dan mudah-mudahan ada pahala di sisi ALLAH atas usaha kerdil ini, amin… Continue reading


Calon DAP Guna Lambang PAS Dalam PRU 13

Semalam saya terbaca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul `Am PAS bahawa calon-calon DAP di Semenanjung Malaysia akan menggunakan logo PAS dalam PRU-13 ini.

ALLAHU AKBAR!  Hati saya berasa sangat sebak dan terharu dengan perkembangan ini.  Moga-moga tahaluf siyasi ini mendatangkan kebaikan kepada semua, khususnya kepada dua parti tersebut.  Moga-moga yang belum-Islam dalam DAP semakin dekat hati mereka dengan Islam, amin…

Berikut kenyataan Tuan Guru yang saya maksudkan: Continue reading


Pertahankan Nikmat Kesuburan Majlis Ilmu di Selangor!

Antara nikmat paling besar dan ketara yang ALLAH Ta`ala kurniakan kepada rakyat Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) mentadbir pentadbiran negeri ialah suburnya majlis-majlis ilmu agama.  Bukan sahaja di masjid-masjid dan di surau-surau, bahkan di dataran dan padang juga diadakan majlis ilmu agama.

Terlalu subur, alhamdu-lillah.  Ia suatu yang sangat mensyahdukan hati.

PIC_0298

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi di Shah Alam.

Continue reading


Manifesto BN & PR, Mana Nak Pilih?

Saya menjenguk secara sepintas lalu manifesto BN dan PR.  Dua-dua bagus dan menguntungkan rakyat, saya kira.  Itu sekadar sekali pandang oleh orang awam, tanpa analisis yang mendalam.  Mana-mana manifesto jika dapat dilaksanakan, alhamdulillah.  Dan jika kedua-dua manifesto dapat direalisasikan, saya OK juga.  Asal sahaja mensejahterakan negara dan rakyat.

Persoalan yang lebih utama bagi saya ialah orang yang bakal memimpin negara kita.  Jenis manakah? Continue reading


%d bloggers like this: