Tag Archives: pru

Redha Dengan Taqdir Bukan Bermakna Duduk Saja!

Saya membaca kenyataan seseorang bahawa kita tidak boleh mengunakan alasan ‘redha dengan taqdir’ apabila menerima kekalahan parti yang kita sayang.  Katanya lagi kita tidak boleh duduk diam dan mesti berjuang melawan.  Tidak boleh terima begitu sahaja dengan alasan ‘taqdir’.

Saya tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Saya telah menulis di dalam tulisan berikut mengenai respon saya terhadap keputusan PRU-13.  Antaranya saya menyebut bahawa ia adalah sebahagian daripada ketentuan ALLAH dan kita mesti redha dengannya.  Baca di sini:

Apabila kita mengajak agar redha kepada ketentuan/taqdir ALLAH, bukan bermakna kita menyuruh tidak berbuat apa-apa.

Sabar, syukur, muhasabah, menjadikan diri kita lebih muslim, gigihkan dakwah dan kuatkan mujahadah adalah sebahagian bentuk tindakan-tindakan susulan yang bakal diberikan pahala di sisi ALLAH Ta`ala.  Sifat positif bakal lahir apabila kita redha dengan ketentuan ALLAH.  Sifat redha dan mengaitkannya dengan ketentuan/taqdir mesti disematkan dalam hati mukmin.

Malah disuruh oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam agar jangan berkalau-kalau lagi apabila sesuatu perancangan gagal, tetapi ucapkanlah “qaddaraALLAHU, wa ma shaa’a fa`al” iaitu “Ia sudah ketentuan ALLAH, dan DIA perbuat apa yang dikehendakiNYA”.  Continue reading


Jangan Sampai Putus Saudara, Kawan & Tuhan!

Walau berbeza, persaudaraan tetap dijaga.

Walau parti apa pun yang saya pilih, walau parti apa pun yang saya sokong dan tolong; saya harap saudara-mara dan rakan-rakan saya yang tidak sama dengan pilihan saya tidak berkecil hati.

Kita tetap bersaudara.  Kalau boleh kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa perbezaan kecenderungan parti politik tidak menyebabkan kita bermusuhan.  Tidak menyebabkan kita putus persaudaraan.  Bahkan kita boleh berfikiran terbuka tentangnya.

Kita adalah insan-insan yang matang.  Raikanlah perbezaan.  Agree to disagree.

Hendak berkempen, berkempenlah sampai ke awan.

Tapi jangan sampai putus saudara, kawan dan Tuhan!

muzir.wordpress.com


%d bloggers like this: