Di samping amalan-amalan fardhu, terdapat juga banyak amalan sunat yang disyariatkan kepada ummat ISLAM untuk melakukannya. Amalan sunat sangat dianjurkan buat kita bagi yang ingin menambah amalan soleh buat bekalan bertemu ALLAH Azza wa JallA. Dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, mudah-mudahan ia bisa menaikkan status dan darjat seseorang di sisi Tuhannya. Seterusnya bakal memberikan natijah yang baik buatnya di Hari Akhirat nanti.
Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari `Asyura. Hari `Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.
Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
`A’isyah radhiAllahu `anha telah berkata:
“Pada Hari `Asyura, orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di Madinah, Baginda sallAllahu `alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia (puasa Hari `Asyura), dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya.”
(HR al-Bukhari & Muslim) Continue reading
Like this:
Like Loading...