Tag Archives: rasulullah

Pameran Mengenai Sirah Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung.  Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  SubhanaALLAH!

DSC_0882

‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.

Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Continue reading


Tokoh Segala Tokoh!

Di SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang pagi tadi telah diadakan program ‘Tokoh Terbilang Ummat Islam’.  Di beberapa laluan utama sekolah tersebut telah digantung biografi dan gambar beberapa tokoh-tokoh terbilang ummat Islam sepanjang zaman.  Tahniah buat guru-guru dan para pelajar yang menjayakannya.  Moga-moga ia memberikan inspirasi buat para pelajar untuk mencontohi mereka semua, in shaa’ ALLAH.

Kehadiran saya ke sekolah tersebut adalah untuk memenuhi jemputan pihak sekolah untuk menyampaikan ceramah sebagai salah satu aturcara utama program tersebut.  Saya diminta untuk menyampaikan kepada para pelajar mengenai tokoh terbilang ummat Islam.  Terpulang kepada saya mahu memilih siapakah tokoh tersebut.  Setelah bermula dengan sedikit muqaddimah ucapan, saya bertanya kepada para pelajar:

“Apa sebabnya kita nak tahu pasal tokoh terbilang ummat Islam ni?  Apa kebaikannya?”  Soal saya bagi memecahkan sempadan saya dengan para pelajar sambil saya turun dari pentas berjalan ke arah mereka. Continue reading


Cara Nabi Muhammad Membaca Al-Quran

Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia...

Bacalah Al-Quran dan fahamilah ia…

Di dalam tulisan bertajuk Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran telah disenaraikan beberapa hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai anjuran, galakan dan kelebihan berkaitan Al-Quran.  Semoga dengannya kita semakin bersemangat untuk mendampingkan diri kita dengan Al-Quran, in shaa’ ALLAH.

Berikut ini pula diterangkan mengenai cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membaca Al-Quran.  Tujuannya adalah supaya kita sama-sama meniru dan mengikuti cara yang terbaik ini, in shaa’ ALLAH.  Hadith-hadith adalah dipetik dari Syama’il Muhammadiyyah susunan al-Imam at-Turmudzi dan Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi – rahimahumallah. Continue reading


Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW

Masjid Nabi, Madinah al-Munawwarah.

ALLAH Ta`ala menyuruh sekalian mukminin agar bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam melalui firmanNYA:

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA bersolawat ke atas Nabi.  Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu sekalian ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

(Surah al-Ahzab, 33 : 56)

ALLAH iaitu Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Berkuasa, Maha Agung, Raja Segala Raja dan tidak berhajatkan sesuatu apa pun dari sesiapa, bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Seluruh para malaikat yang mulia juga bersolawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Inikan pula kita yang lemah, dhaif dan hina.  Inikan pula kita yang tidak berkepastian samada selamat atau tidak dari api neraka.  Inikan pula kita yang saban waktu sentiasa pula berhajatkan kesejahteraan dan perlindungan.  Tentulah terlebih-lebih patut kita bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Continue reading


[An-Nasihah] Milikilah Sifat Malu

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
26 April 2012.

Jawapan Kepada Isi Twitter Yang Menghina Rasulullah SAW

Status Facebook hari ini saya mulakan dengan menyentuh hal yang ditimbulkan oleh seorang wartawan muda dari Arab Saudi bergelar Hamzah Kashghari:

Bukan semua yang ada di dalam hati kita boleh kita zahirkan.  Kerana ia boleh menimbulkan natijah apabila ia dikeluarkan samada dalam bentuk tulisan atau kata-kata.  Natijahnya boleh jadi samada baik atau buruk.  Sebab itu, kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata mengikut hawa nafsu kita.  Kena fikir dahulu.  Dan fikir tentang akibatnya.

Apa yang diluahkan Hamzah Kashghari ini mengingatkan saya kepada seorang remaja lelaki dari aliran menengah agama yang belajar tauhid, fiqh, hadith, bahasa Arab dan belajar pula dalam bi’ah yang solehah, tetapi beliau mempersoalkan kewujudan Tuhan.  Beliau menangis tatkala meluahkan kerisauannya.  Namun, disebabkan apa yang berpusing di dalam fikirannya itu ditanya dengan ikhlas dan bertemu pula dengan seseorang dengan tujuan untuk mendapat pencerahan, maka tujuannya dapat difahami.  Setelah diberikan nasihat, maka legalah beliau. Continue reading


Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 4

Bersambung dari:  https://muzir.wordpress.com/2012/02/06/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-3/

Da`wah Islam ke Luar Kota Makkah

Ta’if

Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah.  Baginda telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian.  Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu.  Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.

Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak mereka kepada Islam.  Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda.  Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif.  Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari.  Sepanjang tempoh itu, semua orang kenamaan telah Nabi jumpa.  Tetapi semua mereka telah menghina Nabi.  Malah mereka menyuruh khadam-khadam mereka membaling batu kepada Nabi ketika Nabi hendak keluar dari Ta’if.  Tumit Nabi terkena batu sehingga kasut Baginda dipenuhi darah.  Zaid bin Harithah yang cuba melindungi Nabi, telah terkena batu di kepalanya.  Continue reading


Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 3

Bersambung dari:  https://muzir.wordpress.com/2011/02/14/rasulullah-saw-ketika-di-makkah-bahagian-2/

Pemulauan

4 peristiwa penting iaitu keIslaman Hamzah, kemudiannya keIslaman Umar, penolakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam terhadap tawaran orang kafir Quraisy dan kesepakatan Bani al-Muttalib dan Bani Hashim yang terdiri daripada yang Muslim dan yang kafir untuk melindungi Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam benar-benar mencabar para pembesar Musyrikin Makkah.  Kesemua itu berlaku berturut-turut dalam masa kurang dari empat minggu.

Mereka tidak boleh membunuh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam kerana mereka tahu akan berlaku pertumpahan darah yang besar disebabkan oleh Bani al-Muttalib dan Bani Hashim telah bersepakat untuk melindungi Baginda.  Justeru, kafir Quraisy mesti mencari jalan lain untuk membantutkan dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. Continue reading


Kuliah Syama’il Muhammadiyyah – oleh Ust Adlan

Dijemput kepada semua untuk hadir ke kuliah permulaan menggunakan kitab Syama’il Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmidzi.  Butiran kuliah adalah seperti berikut:

  • Tarikh:  3/2/2012 (Jumaat)
  • Masa:  Selepas solat fardhu Maghrib
  • Disampaikan oleh:  Ust Adlan Abd Aziz
  • Lokasi:  Surau Raudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam.
InsyaALLAH, kuliah ini akan diadakan secara bulanan.

[An-Nasihah] Cinta & Ikut Sunnah Nabi SAW

Muka surat 1

Muka surat 2

Jika ada manfaatnya risalah ini, silalah sebarkan dan tampal di papan-papan kenyataan masjid/surau/pejabat atau rumah tuan/puan.  Semoga ALLAH membalasi kebaikan tuan/puan semua dengan ganjaran yang banyak, amin.

Untuk memuat turun (download) dalam versi PDF, sila klik pautan (link) berikut, insyaALLAH:

Tuan/puan boleh memuat turun lain-lain terbitan An-Nasihah di pautan ini:

Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH.

Sekadar menyampaikan,

Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
27 Januari 2012.

%d bloggers like this: