Tag Archives: rejab

Bagaimana Beramal Di Bulan Rejab?

Slide21

Bagaimana beramal di dalam bulan Rejab?

a)  Sheikh Mahmud Al-Sya`rawi di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakah bulan dari bulan-bulan `am yang afdhal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadith berikut yang diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:

“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, katanya:  “Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?”

Maka Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah Subhanahu wa Ta`ala ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain.”

Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan Haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala di dalam bulan-bulan tersebut.

b)   Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh `Abdul `Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, beliau menjawab: Continue reading


Pandangan Beberapa Ulama Muktabar Mengenai Kesahihan Fadhilat Bulan Rejab

Apakah terdapatnya kesahihan fadhilat khas berpuasa di dalam bulan Rejab?

Di sini dinyatakan beberapa pandangan ulama’ yang muktabar mengenai hal tersebut.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a)  Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadhilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadith-hadith yang didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:

“ALLAH Subhanahu Wa Ta`ala memberi fadhilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath`i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, dan banyak hadith-hadith timbul mengenai fadhilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha’if (lemah) dan Mawdhu’ (palsu), dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”

Menurut Al-Saqr lagi bahawa: Continue reading


%d bloggers like this: