Saya sudah menonton video buli tersebut. Daripada cara dia membelasah, nampak sangat filem telah mempengaruhinya. Ada unsur-unsur sebuah seni pertahanan diri yang remaja itu cuba tiru.
Saya dulu masa remaja banyak juga terpengaruh dengan filem-filem gaduh dan pertahanan diri, cuma tidaklah mempraktikkannya pada tubuh orang, melainkan melakukan stunt-stunt dan aksi-aksi tertentu sahaja. Remaja memang mudah meniru. Mereka banyak tenaga.
Itulah bahana TV, filem dan media. Ia mudah masuk dan mencorakkan fikiran manusia terutama kanak-kanak. Selepas berjaya mencorakkan pola fikir, kemudian tindakan biasanya akan menyusul. Yang boleh berfikir, dia menapis. Yang jarang berfikir, ‘habis’ – geleng kepala. Continue reading